Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label suka makan beras mentah. Show all posts
Showing posts with label suka makan beras mentah. Show all posts

Friday, 6 February 2015

Ketagih Makan Beras Mentah??


Salam.
Pernah tak jumpa orang yang suka benau makan beras mentah? Or korang sendiri sebenarnya yang suka sangat makan beras mentah ni? Apsal ek? Boleh bagitau aku tak apekah nikmatnya memakan beras mentah ini?


Hasil carian aku di google, selalunya perempuan mengandung je yang makan beras mentah ni. Maksud aku 'makan' di sini bukanlah makan macam kita makan nasi tu, tapi makan yang kunyah-kunyah sikit2 macam makan jajan tu. Tapi, ada jugak yang tak mengandung pun haa, punn suka makan beras mentah; macam mak aku sendiri dan sepupu aku.

Mereka ni suka betul makan beras mentah, sampai dah macam ketagih. Mak aku selalu kalau pergi pasaraya, kalau lalu je kat tempat beras, haaa dia tak boleh tahan dah. Dia cakap, bau beras mentah tu sedap samgat sampai dia macam nak koyakkan je plastik beras tu semata-mata sebab teringin nak kunyah makan beras tu. Macam ada dadah pulak~ hahah..


Selalu jugak aku larang mak aku makan, takut ada kesan apa-apa ke, sebab aku dengar-dengar orang cakap, makan beras mentah boleh buat kita kurang darah ke apa entah, tapi bila aku search di google, ianya MASIH BELUM SAHIH. So, tak tau apekah bahaya dan kesan daripada memakan beras mentah ini. Harapnya takde papelah yek...:)

Tapi pada sesiapa yang mungkin alami benda yang sama or tahu apa-apa info pasal tabiat 'suka makan beras mentah' ni, bolehlah share di ruang komen ya..(n_n) Terima kasih~

p/s: then ada satu lagi tabiat pelik yang aku baru tahu, iaitu suka jilat sabun mandi before guna. Seriousss wujud???