Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 11 March 2014

MH370 - Mari Luangkan Masa Untuk Berikhtiar



Nampaknya Allah SWT benar-benar mahu menguji kita terutamanya kepada
keluarga penumpang pesawar MH370. Dah masuk lebih kurang 3 hari, pesawat
itu masih hilang, walaupun pelbagai usaha mencari telah dilakukan.

Aku tak boleh nak bayangkan, dan aku tak nak rasa langsung perasaan yang
sedang dihadapi oleh keluarga dan rakan-rakan penumpang saat ini. Sangat-
sangat seksa, aku rasa. Ya, penantian memang sesuatu yang menyeksakan :(

Allah SWT Maha Besar dan Berkuasa. Mungkin kita juga harus 'turun padang'
dan berikhtiar. Berikut merupakan 3 cara yang dapat kita bantu, selain mengucapkan
kata-kata sabar dan memberi dorongan kepada pihak keluarga yang terlibat :

1. Solat Hajat


Kalau ada masa lapang, eloklah kita sama-sama buat solat hajat. 

2. Doa di sujud terakhir dalam solat


Mungkin anda tidak berkesempatan atau malas mungkin, bolehlah berdoa
di sujud terakhir sebelum anda bangun untuk Tahiyat Akhir. Aku pernah
mendengar ustazah aku cakap, waktu sujud terakhir itu adalah waktu kita
'berada lebih dekat' dengan Allah SWT, oleh itu berdoalah pada masa itu.

3. Berhenti untuk berdoa di hujung
ayat Mubin dalam Surah Yassin


Dikenali sebagai 'Yassin 7 Mubin' yang dibaca sebagai ikhtiar dalam
mendapatkan semula atau ditemukan semula dengan
BARANG BERHARGA ATAU SESUATU YANG BERHARGA YANG HILANG.

Dalam Surah Yassin, ada 7 ayat yang diakhiri dengan perkataan mubin.
Untuk melancarkan pembacaan, anda boleh tulis dulu doa anda, dan
kemudian tinggal baca dengan nada berdoa (merayu kepada Allah SWT)
dan bersungguh-sungguh.

Cara-cara membaca Yassin 7 Mubin

***************************************************************


Semoga Allah SWT mengampuni dan mengasihani kita dan memberikan
pertunjuk di mana MH370 berada sekarang ini. Ini adalah ikhtiar kita untuk
mereka. Siapa tahu, ada di antara kita yang doanya mudah diperkenan dan
dimakbulkan oleh Allah, dan berdoalah dengan seikhlas hati atas dasar
kemanusiaan. InsyaAllah, mungkin suati hari nanti orang akan mendoakan
kita juga di saat kita ditimpa kesusahan :) InsyaAllah...amin...


No comments: