Salam :(
Belakang rumah aku dulu, ade baaaanyak kucing! Dah beberapa generasi jugaklah yang mintak makan dengan kitorang. Sampailah ke generasi 3 ekor kucing putih ni. Sangat putih dan bersih sampai aku gelar diorang salji...
Entah anak siapa pun aku tak tahu lah, kat belakang rumah aku tu ada sekor kucing betina, tapi laki dia pelbagai. So, aku syak kali ni bapak dia jenis kucing putih, tu yang keluar anak 3 ketol sepesen cam bapak dia~ Sangat manje! Selalu jugak aku bawak masuk dalam rumah sebab nak bagi makan and main2..hehe (n_n)
Makan diorang ni biasanya aku gunting-gunting roti keping jadi bentuk dadu, pastu gaulkan dengan sardin. Memang selalunya dekat 20 minit jugaklah nak prepare makanan diorang ni sebab sambil gunting, sambil tengok TV~ :p Pastu, bagi susu sekali...
Gigihlah berebut camtu, diorang memang suka persaingan (-_-') Kalau sekor tak mula minum, semua buat dek je, start sekor je minum haa mula lah yang lain join sesak2 camtu...then dah lepas makan free, barulah boleh buat aktiviti bebas, seperti...
Investigating...
dan err... berebut kotak.... (-_-')
Memang daripada kecik budak 3 ekor ni wujud kat belakang rumah aku, dengan mak dia, dan adik-beradik dia yang terhasil daripada bapak yang lain. Semua hidup bermasyarakat dan berharmoni di sana...comel gila diorang masa kecik!
Sampailahh aku dah nak kahwin awal tahun 2016 yang lalu, diorang nilah yang teman aku main spray-spray lidi kat belakang rumah tu. Terhibur betul gua masa tu~ hahaha
Ni paling manja, aku bagi dia nama Anissah, sama macam kucing aku yang hilang dulu, sebijik putih camni. Kalau kita duk kat belakang tu, mesti dia nak panjat belakang kita sampai ke kepala~ Punyalah nakal! Hahah :p
Tapi tu lah...diorang dah hilang. Dah takde lagi kat belakang tu. Langsung takde kelibat lagi lepas ada dua orang budak cina tu panggil-panggil diorang. Pergi depan rumah bebudak tu pun, takde nampak langsung. Tu dah ibarat macam kucing aku, so aku marah kalau diorang amek dan bela! Kalau bela takpe lah, buatnye diorang aniaya...sian kucing2 salji aku tu :'(
Skang, belakang rumah aku dah sunyi sepi tanpa bebudak ni semua. Ibu dia pulak entahlah dah nak monopaus agaknya, lahir sekor je anak kucing baru. HAHAHAH! Btw, aku rindu nak bukak pintu belakang pastu nampak si putih-putih ni semua.. T_T
P/s: anak kucing baru tu aku bagi nama Sang Wira, sebab muka dia sebijik macam kartun sang wira yang warna biru tu. Siapa tahu sang wira, kita geng!
5 comments:
sang wira ?? macam tau tp lupa hahah kartun mesia tu ek ... yg lukisan tahap usop sontorian tu ek ....
bakpe tak rawat telinga kucing2 ko tu berkurap dah kesian
Sedihnya kucing2 tu da xde... sebenarnya hati mesti rasa sangat happy bila nampak diorg walaupun kita bukan officially pelihara diorang
Sang wira? Aku tak tahu lak adakartun tu. ehehe
Sang wira ? Xingat plak kartun apa kehkehkeh
SALAM sis lynn...
cemana tersesat mai sini..salam kenal :).
interesting ur blog..nak2 dgn latest pic peyut boyot2...
seronokkk kannn dapat rasa pregnant... sket lagi nak deliver dah..
moga selamat semua nya ye. saya blom ada rezki lagi nk rasa jadi ibu.. takpe,mana2 pun Allah yg tahu apa yg terbaik tuk kita..
btw..kelakar ok...ibu kucing tu monopause..hahhahaa
Post a Comment