Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Monday, 8 December 2014

Anissah dah hilang.... :'(


Salam :(
Di saat patutnya aku duduk depan tv layan game Malaysia vs Vietnam malam tadi, aku kena keluar dengan abah aku pergi mencari Anissah...


Ceritanya macam ni...

Hari tu, Anissah ada bisul kat belakang telinga. Besar gila, sampai jadi macam tanduk ala-ala Hellboy. Esoknya pecah, take time dua hari juga nak bawak dia pergi jumpa vet, sebab Anissah ni tak lekat kat rumah, asyik merayap je. So, hari Sabtu lepas berjaya masukkan Anissah dalam sangkar (pinjam klinik punya) dan bawa terus pergi vet.

Anissah kena stay sebab doc cakap perlu jahit lubang bisul tu. Dan abah aku pun nak 'kasi' sekali si Anissah ni. So stay satu malam di klinik tersebut.

Last aku jumpa Anissah masa before dia pergi vet, aku yang tolong masukkan dia dalam sangkar dan bawak masuk keter...

************************************

Petang semalam, aku balik kerja terus turun dekat bus stop betul-betul depan deretan kedai, klinik tu kat situ. Abah aku cakap dia tunggu sana, sebab nak amek Anissah sekali. Aku punya semangat turun bas, terus pergi klinik tu tanya Anissah mana.

Rindu tau even satu malam je tak jumpa, wuwu...terfikir mesti kesian dia kena tidur dalam klinik tu, baru lepas jahit lagi, mesti sakit...tapi, abah aku cakap..

"Anissah dah lari, dia meronta-ronta keluar daripada sangkar..."

Serius, lemah lutut aku dengar masa tu. Aku dah macam lost habis, pandang sekeliling, pastu jalan area situ, mata cari-cari kelibat Anissah. Abah aku cakap lagi, masa kat dalam klinik, dia baik sangat. Doc tu cakap dia belai-belai Anissah baik je, diam je. Tiba keluar daripada klinik, mungkin dia terkejut macam ada ramai orang dan bising hari tengah hujan masa tu, terus dia sondol bahagian pintu atas sangkar tu beberapa kali sampai terbukak, terus lompat keluar, lari. Sampai bengkok 'lock' sangkar tu dia kerjakan...aku dah kata Anissah memang rare. Dia sangat harimau... :(


Anissah ni liar, tapi dia tak pandai berdikari. Jalan lah jauh mana pun dia mesti akan balik rumah untuk minta makan. Dia sangat penakut dengan orang lain. Dia tak boleh manja dengan sesiapa. Dia liar dan garang, macam harimau. Jenis kalau lari pulak, terus lari mengejut tak kira lah kat tengah-tengah jalan ke apa. Lepas tu dia perasan dia ninja / askar...tak suka lalu di jalan-jalan yang mudah dilihat, dia lagi gemar lalu kat celah-celah rumah orang, kena panjat-panjat tembok bagai, lalu dalam semak...Anissah tak reti makan benda lain, dia makan whiskas tu je... :'(

Kesiannya Anissah aku...dah lah baru lepas kena jahit :'(...doc kata, lepas 4 hari baru dia boleh keluar rumah...ubat-ubat dia pun macam tinggal kenangan je ni..


Seriously, tak pernah aku dan abah berhabisan duit sebanyak ini untuk kucing, sebab kucing aku jarang sakit. Inilah first time bawa kucing ke klinik swasta, siap jahit dan buat operation untuk 'kasi'. Daripada takde sangkar, kami dah beli sangkar baru khas untuk Anissah..kami dah cuba sebaik mungkin nak baikkan Anissah, tapi dia dah hilang...aku tak sempat nak bagi dan sapu dia pun ubat-ubat ni... :'(

************************************

Anissah pernah hilang sekali waktu dia kecik...ontheway balik ke rumah daripada pasar malam, aku yang terperasan Anissah ni tengah main-main kat tepi jalan. Paksa abah patah balik, Alhamdulillah memang Anissah.

Kali ini...dia hilang lagi...aku macam putus asa, sebab tempat hilang kali ni bukan area kawasan rumah aku, tapi jauh daripada rumah aku... :'( Takde hint langsung mana dia akan pergi...berkali-kali kitorang keluar semalam pergi cari Anissah kat sana, tapi tak jumpa jugak :'(

2011

2014

Aku terfikir, mungkin Tuhan nak hilangkan Anissah daripada aku sejak dia kecik lagi, tapi aku asyik doa je supaya jumpa Anissah, jadi Tuhan 'pinjamkan' dia sekejap lagi untuk aku...sehinggalah hari semalam...Anissah ditakdirkan lari dan tidak dapat dikesan...

Semoga Allah lindungi Anissah di luar sana...Aminn~ :'(


Harap Anissah tahu, aku tak buang dia dan harap dia tahu, aku rindukan dia dan cari dia... :'(

4 comments:

Nur Inani said...

kucing rupanyaa. ingatkan apa tadi :)

Aisya A. said...

alaaaa, kite pulak yg nak nangis baca entri ni. sobs.. :'(

eima said...

alooooo........sedihnye...
nape la anisshaj ganas sgt ... huhu
suka tau buat cam ni .. tp percaya la ..anissah akan kembali .... percaya la....
selagi ade misai die ...die pasti kembali ... tok aku penah buang kucing die kat padang golf langkawi...dan rumah kami kat kedawang .... lepas 2 bln die balik

nuyui a.k.a miss YUI said...

erm sedihnya bc..hrp dia baik2 diluar sana..