Happy Three Friends

Miss Money

Friday 24 February 2012

Kisah Seram Untuk Orang Bijak Sahaja !!


Assalamualaikum and hi readers. Aku tak tahu lah sama ada korang
pernah tengok ke tak cerita hantu ni, tapi ianya agak bijak dan aku
nak share kat korang pasal kisah ni :)


****************************************


Ada seorang lelaki ni datang menginap di sebuah hotel. Setelah settle
semua hal, lelaki itu pon berjalan masuk ke dalam biliknya. Dipandang
pintu bilik yang terletak bersebelahan dengan biliknya dengan rasa
ingin tahu. 


"Ingat, jangan buka atau masuk ke dalam bilik sebelah bilik kamu tu!"
owner hotel itu memberi warning kepada lelaki itu tadi.



Nak je lelaki itu bukak je pintu bilik larangan itu, tapi badannya
berasa penat, lalu dibatalkan niatnya dan terus saja masuk ke
dalam bilik penginapannya. 




Selesai mandi, dia berbaring di atas katilnya sambil menonton
televisyen. Tiba-tiba, dia teringat kembali kata-kata pesanan tuan
hotel itu tadi. Rasa ingin tahunya begitu membuak-buak. Dia mencari
jalan untuk melihat dalam bilik tersebut.




Dan kini, dia telah berada di hadapan pintu bilik larangan yang
terletak bersebelahan dengan pintu biliknya. Perlahan-lahan dia
membongkokkan badan dan mengintai melalui celah lubang yang
terdapat di tombol pintu bilik larangan tersebut.




Suasana dalam bilik kelihatan biasa sahaja. Dan daripada lubang
kecil itu, lelaki itu dapat melihat seorang perempuan sedang bersandar
di tepi katil, membelakangkan lelaki itu. Lelaki itu hanya dapat
melihat paras perempuan itu dari belakang sahaja. Cantik. Kulitnya
halus, dan rambutnya paras pinggang.




Lelaki itu berdiri semula, berasa hairan.




" Biasa je, kenapa orang tua (owner hotel) tu tak bagi langsung
aku bukak or kacau bilik ni?"




Akhirnya, lelaki itu mengambil keputusan untuk tidur saja kerana
hari sudah lewat malam.



...............................................................




Keesokan harinya, lelaki itu pulang ke hotel agak lewat malam.
Ketika melintas di hadapan pintu bilik itu, hatinya terdetik lagi
untuk mengintai di lubang kecil itu. 



Lalu perlahan-lahan dia mengintai, dan apa yang dilihatnya kini
ruang bilik itu bertukar menjadi warna merah semata-mata.
Merah !



Lelaki itu semakin pelik ! Semalam okay, tapi ni mengapa jadi
warna merah pulak??



Tetapi, dia simpan perasaan hairannya itu sehingga esok pagi,
akhirnya dia bertanya juga kepada owner hotel itu.


"Uncle, apa sebenarnya yang berlaku kat bilik sebelah bilik saya tu?"


Lama uncle tu diam, tetapi akhirnya membuka juga cerita sebenar.

" Dahulu, terdapat satu kes perempuan kena bunuh dengan
suaminya kat dalam bilik tu...."


" Eh, mustahil lah uncle, hari tu saya tengok okay je, ada perempuan
cantik, putih kulit licin....." potong lelaki itu.


"Hmm, memang lah kulit, badan rambut dia semua cantik,
tapi....












mata dia.........
 
 
 

 
 

 
merah !"



.......


*************************************


Okay, sila imagine apa yang berlaku semasa kali kedua lelaki itu
mengintai di lubang tombol pintu itu. Korang akan rasa meremang
jika korang dapat tangkap 'sesuatu' ?


Hihihihiiii~~~~~~



Hanya orang bijak yang akan menikmati kisah seram ini ;)



7 comments:

amy syifa said...

eeee.....meremang!
mata ke mata

Lynn Damya said...

amy : hihihihi~~~~

Nong Andy said...

oh... hantu tu pun tgk skodeng dia hehehe...

cici tembikai said...

bee =/ apa ni . I bukak blog you 12.40am hari jumaat mlam sabtu -.-'' aiyooo. i terus scroll down pastu jerit panggil mak -.- ni rasa nak nanessssss ni

Lynn Damya said...

alamak ! alamak cici ! adesss, jgn nangis lahh dear..waaa jap2 i g pujuk u...huhu :p

cici tembikai said...

-,- dah nanges dah , siyes i jerit2 lepas tu my dad bangun dengan mamai tanya what happen lepas tu I cakap terbaca blog hantu lepas tu my dad cakap dah g tdo dengan mak, my dad pun tdo kat bilik i bersama lappy i lepas tu esoknya mak i kata i tdo lasak asyik terajang dia masa tidur lepas tu my mom kata jangan baca blog hantu malam-malam lepas tu... err tu je . sila baca dalam 1 nafas -,-

Lynn Damya said...

cici, hahaha kelakar lah u babe, xsangka smpi mcm tu sekali kesan cerita seram kat u ye..ciann lah dia :) hihi