Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 24 February 2015

Blogger Dah Tak Bagi Letak Gambar-gambar 18SX Dah


Salam.
Syabas Blogger.com!!

Kalau dulu, even Blogger dah bagi reminder kalau sesebuah blog tu mengandungi sesuatu yang 18SX/ 18SG, still pengguna bawah umur masih dapat mengakses blog tersebut dengan hanya menekan option 'I understand...bla..bla..bla'


Tetapi sekarang, Blogger telah menguatkuasakan suatu undang-undang di mana para blogger tidak akan dibenarkan sama sekali untuk memuatnaik gambar-gambar / video-video / elemen grafik yang berunsurkan 'nudity' (kelucahan/ telanjang/ 18SX) secara umum, sejak semalam iaitu 23 Mac 2015 (yang merupakan tarikh rasmi undang-undang ini dikuatkuasakan)

Bagaimanapun, Blogger masih membenarkan apa-apa yang berunsurkan 'nudity' yang bertujuan untuk seni artistik, dokumentari, pendidikan dan konteks saintifik.

Perubahan Pada Blog Sedia Ada Selepas Tarikh 23 Mac 2015??

Bagi blog yang memang takde unsur-unsur 'nudity' ini, memang takde perubahan sangat, tapi bagi blog yang terkandung unsur-unsur nudity, ia tidak akan di-delete tetapi blog mereka akan dijadikan private secara automatik. Bermakna hanya owner blog (admin) tersebut saja yang dapat lihat blog tersebut.

Apa nak buat kalau tak nak blog di-private-kan??

Untuk blog yang dibuat sebelum 23 Mac 2015, dan jika ia mengandungi unsur-unsur 'nudity', anda ada 2 pilihan:-

i. Delete apa-apa gambar/ video dalam blog anda yang berunsurkan 'nudity'
ii. Tandakan blog anda sebagai private
iii. Export blog (ni kena tanya pakar lah kot)

Kesan pada blog baru buat selepas tarikh 23 Mac 2015

Blogger akan terus remove ataupun mengenakan tindakan lanjut untuk blog-blog yang mengandungi unsur-unsur 'nudity' seperti yang telah tertera dalam polisi Blogger.

Sumber

Jadi, pada blogger-blogger yang suka menaikkan ranking blog dengan benda-benda yang macam ni, meh aku gelakkan korang~ Hahahaha~ padan muka!! Lepas ni kalau nak popularkan blog, kenalah guna gambar / video yang berfaedah sikit ya~


P/s: Good job Blogger! Diharap akan habis terhapus semua blog-blog lucah yang ada di Malaysia ini!


5 comments:

Pojiegraphy said...

Great move for them dalam membanteras aktiviti yang kurang bermoral ini! Thanks for sharing!

sumie said...

baru tahu ade pulak benda2 gini ek? apapun bgslah di block bnde2 gini.

Unknown said...

tepuk tangan ramai2...;p

reenapple said...

Aku baru terbaca tadi oastu terus ke blog kau . Haha

eima said...

oooo bagus ...
menarik ni