Happy Three Friends

Miss Money

Friday 6 February 2015

Inilah Rahsia Mekap Semudah ABC


Salam.
Pergh~ seriously aku bukan manusia yang suka bermekap. Tapi setelah aku 'main mekap-mekap' bersama budak office aku ni masa boss kitorang tak masuk, aku terus teruja sebab gila senang mekap dengan 'benda' nih. Sangat-sangat senang!! Sumpah aku tak tipu, kalau tak senang...takkan lah aku boleh mekap diri aku sendiri macam nih haa~

Sebelum VS Selepas

macam biasa kalau nak buat gambar perbandingan camni, yang tak mekap tu kena lah bagi bersih dan hambar gila kan, supaya lepas mekap tu akan jadi macam wahhh! Erk..wahh lah sangat~ hahah

See? Nampak tak macam mana seorang rakyat marhaen mampu untuk berfeeling ala-ala artis dengan hanya sentuhan mekap yang semudah ABC ni?? Alaa come on lah, kasi aku can sikit untuk perasan yang aku ni reti bermekap please~~ Hahah :p

So, macam yang aku janjikan pada tajuk entry ini, aku akan bagitau rahsia mekap semudah ABC yang aku guna ni. Sangat teruja nak bagitau, sebab simple gila cara nak guna nya. Kita kena tonyoh-tonyoh je kat muka...gitu haa~ 

So, inilah 'rahsianya' !! \(n_n)/


LIPSTICK COLLAGEN D'HERBS TERLAJAK LAAARIS!!

Masa aku dengan budak ofiz aku main mekap-mekap tu, dia guna ni lah untuk mekapkan aku. Terus aku teruja dan beli satu. Owh ya, gincu ni ada yang datang dalam set macam ni tau :
Seleksi Set Mekap D'Herbs (Rm 59)
Dalam ni ada 3 item iaitu foundation, lipstick kolagen dan celak arab gitu. Memang senang lah cuma guna 3 item ni je muka dah terus berseri sebab lispstick collagen tu boleh berfungsi sebagai 3 benda, iaitu gincu, blusher dan eye shadow. Sangat bestt!!!

Dan kalau cara aku pulak, oleh kerana aku memang dah bertahun guna Krim Safi (lidah buaya) sebagai foundation, dan aku dah ada eyeliner favourite aku sendiri, jadi aku hanya beli lipstick kolagen tu saje sebagai pelengkap mekap aku. Walhal hakikatnya aku bukan pakai selalu pun. Hahah..


Lipstick Collagen D'Herbs (satu Rm 25)

Tapi aku beli dapat Rm20 je..hehe.

Cara aku mekap guna LIPSTICK COLLAGEN D'HERBS ni:

Lepas pakai foundation, compact powder dan eyeliner, aku sapu lipstick ni pulak di bahagian:

i. Bibir
ii. Pipi (sebagai pemerah pipi. tonyoh sikit kat tangan dan sapu ratakan dekat pipi)
iii. Dan di kelopak mata (sebagai eyeshadow) 

******************************************

Dah siapp!! Tadaaa~ 
(n_n)

(mak aku masa muda macam ni lah ghopenye~ cuma mak aku putih lagi lah macam cina..hahah)

Owh ye, lipstick kollagen ni katanyeee sesuai untuk lelaki dan wanita sebab warna dia tu ikut warna darah kita. Entah betul atau tak, aku tak tau. Yang penting, mekap guna lipstick collagen ni sangat senang. Okay tu je, semoga bermanfaat buat gadis-gadis yang tak reti bermekap macam aku ni ye, hahah..bye (n_n)

p/s: nasib~~ suara aku tak berubah ikut gaya suara pengasas produk ni..hahahaha!


3 comments:

nur anis said...

saya dah beberapa kali ulang beli lipstick ni..memang superb.. tapi baru tau yang dia boleh pakai dekat pipi dengan mata jugak...senangnyaaaa..

nuyui a.k.a miss YUI said...

Xpnh try lg tp makeup awak mmg cntik. Yui pun pakai safi je. Hehe

Jepun Mari said...

lipstik cologen d'herbs ni mmg sentiasa ada dlm h-bag,
serasi sgt bibir tak merekah..