Happy Three Friends

Miss Money

Friday 13 February 2015

Gambar Sekitar Pemergian Tuk Guru Nik Aziz Nik Mat (12 & 13 Feb 2015)


Salam.
Jasad Allahyarham Tuk Guru telah pun selesai dikebumikan, dan hari ini, selesailah segala urusan mu dengan dunia wahai Tuk Guru, semoga diampunkan segala dosamu dan diterima segala amalan mulia mu oleh Allah SWT...amin amin amin~ Al-Fatihah heart emoticon


12 Feb 2015
Suasana di Kediaman TGNA pada malam 'pemergian' beliau


Kelihatan ramai rakyat Kelantan mula berpusu-pusu menuju ke kediaman TGNA untuk menziarahi dan memberikan penghormatan terakhir kepada beliau.








Antara yang hadir adalah Menteri Besar Kelantan, Ustaz Ahmad Yaacob; yang telah mengisytiharkan pemergian TGNA malam tadi.

Tuk Guru Haji Abdul Hadi Awang juga dilihat berada di kediaman TGNA. Beliau adalah orang yang paling rapat dengan TGNA. Masing-masing kelihatan sudah uzur, dan kita doakan semoga beliau dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang baik.

13 Feb 2015
Suasana di Kediaman TGNA pada waktu subuh (hari ini)


Hadirin menunaikan solat Subuh di luar kediaman.



Suasana di dalam masjid ketika jenazah TGNA dinaikkan untuk ditatap oleh setiap hadirin (8.30 hari ini)


Tatapan untuk kali yang terakhir buat kita yang tidak dapat hadir ke majlis pengkebumian beliau.

Suasana di perkarangan Masjid Pulau Melaka ketika solat jenazah untuk TGNA (10.00 pagi hari ini)





Dato' Seri Najib juga dilihat hadir menyertai majlis pengkebumian TGNA.

Dan tibalah, di saat-saat yang dinanti oleh semua umat yang menyayangi TGNA ini, iaitu saat jasad beliau diusung keluar dengan ribuan manusia menanti untuk menyambut dan mengiringinya buat kali terakhir...


Jenazah sedang diusung keluar daripada Masjid untuk dikebumikan...


 Ustaz Azhar Idrus antara manusia yang bertuah yang dapat mengangkat pengusung jenazah Allahyarham TGNA.



Lihatlah betapa seorang pemimpin yang zuhud ini begitu disanjungi dan dihormati daripada hidupnya hingga ke hari ini...di ketika ini, bergema-gema manusia bertakbir 'Allahuakbar' dengan kuatnya. MasyaAllah..


Ribuan yang mengiringinya hingga ke liang lahad...


Suasana di perkarangan tanah perkuburan Kg. Pulau Melaka (12.00 tgh hari ini)


 



AL-FATIHAH untuk Allahyarham Tuk Guru Nik Aziz Nik Mat. Semoga kita yang masih tinggal...dapat meneruskan perjuangannya. InsyaAllah...amin..



Gambar kredit kepada:
PAS, Siakap Keli dan Harian Metro, serta orang ramai.

P/s : Dijangka semua negeri bakal mengadakan solat jenazah ghaib untuk TGNA tengahari ini selepas solat Jumaat. :') 

1 comment:

DHAGI said...

Ramai orang syg dia..semoga dia ditempatkan di kalangan orang yg beriman.