Happy Three Friends

Miss Money

Monday 24 August 2015

Apa itu Busy Book?

Salam.
Aku rasa dah makin ramai ibu-ibu yang tahu pasal Busy Book ni kan? Busy Book ni adalah sebuah buku yang diperbuat daripada fabric atau felt; yang khas untuk buat kanak-kanak mem-bizi-kan diri mereka masing-masing. Hahaa~


Busy Book ni dalam dia ada banyak aktiviti untuk kanak-kanak selesaikan. Sebab tu lah nama lain untuk Busy Book ni adalah Quiet Book. Buku ni boleh buat anak-anak anda senyap sebab diorang duk bz buat aktiviti dalam buku tu. Hehehe...so, before ibu-ibu semua cadang nak buat Busy Book ni, jom lah kita amek tahu sikit tentang buku ni ye...


Fungsi
Asalnya Busy Book digunakan untuk membuat kanak-kanak senyap agar tak buat bising terutamanya ketika mak ayah sedang hadiri majlis keramaian or makan di restoran (instead of beri smartphone, better guna Busy book)

Tapi dalam masa yang sama, Busy Book juga dapat meningkatkan skill motor halus (fine motor skill) dan menjana perkembangan otak anak anda dengan melakukan aktiviti-aktiviti dalam Busy Book tersebut yang kebanyakkannya memerlukan kemahiran dan kekreatifan berfikir.

Content Untuk Busy Book
Haruslah aktiviti yang dapat menjana dan 'mengembangkan' fine motor skills kanak-kanak, seperti aktiviti:

i. Membutangkan / buttoning



ii. Clips


iii. Buka Tutup Zip

iv. Basuh-basuh baju


v. Ikat-mengikat

vi. Masak-memasak

vii. Follow the track!

dan baaaaaaaanyak lagilah aktiviti yang boleh dimasukkan dalam buku ni tau! Terpulanglah ikut kekreatifan mak dia, apa2 yang memerlukan skill, maka bolehlah dimasukkan dalam Busy Book ni. Hehehe... even nampak macam bodoh-bodoh je aktiviti dia kan, tapi inilah yang sebenarnya dapat melatih anak-anak anda untuk gunakan segala deria yang dia miliki, secara kreatif dan berkesan!

Dan ya, memang semua aktiviti ni ada dalam smartphone, tapi tetap tak sama dengan Busy Book, Busy Book menggunakan segala deria yang anak anda miliki. Contoh macam aktiviti klip tadi tu kan, anak anda dapat rasa susahnya nak bukak klip tu dan selagi tak boleh bukak, selagi tu lah otak dia bekerja untuk cari penyelesaiannya, sampailah akhirnya dia reti bukak benda tu :D
(berbeza kalau dalam smartphone, mungkin sekali sentuh dgn hujung jari je klip tu dah terbukak daahhh...mudahnyewww)



Mestikah Busy Book Guna Kain dan Dijahit??
Tak semestinya. Tapi kalau nak tahan lama, guna fabrik or kain felt lah kan. At least kalau terkena air, boleh kering kalau jemur. Tapi kalau guna kertas, hancurlahhh. Lagi satu, budak-budak ni belum tahu erti sabar, kalau dia tak boleh buat or stress buat, takut dia buat secara kasar. So, pakai kertas takut senang koyak pulak kan. Hehehe...so better pakai fabric lah :D

Macam mana nak buat Busy Book??
Oleh sebab projek ni macam menarik, so okaylah. Aku try buat pelan-pelan, dan akan update sikit-sikit tutorial dan mana aku beli barang-barangnya supaya boleh bantu ibu-ibu di sana dapat inspirasi untuk buat juga Busy Book ni untuk kegunaan anak-anak mereka. In Shaa Allah (n_n) Doakan aku rajin ek? Hahaha~

*********************************
Okay, tu saje penerangan tentang Busy Book a.k.a Quiet Book untuk kanak-kanak. Ada masa aku update lagi pasal ni. Thanx singgah sini (n_n)

P/s: feeling macam cikgu tadika pulak bila tulis pasal ni..hahaha~

7 comments:

ainniah said...

Memang tengah GILA tengok busy book ni. Survey harga agak mahal. Kalau mampu buat sendiri memang nak buat sendiri ja. Hehe...
Pls pls pls update more on Busy Book. :)))

Azwar Syuhada said...

Menarikk..dari bagi budak kecik main ipad, baik bagi "busy book"

Unknown said...

First time plak dgr pasal busy book ni. Thnks for sharing. Hehe

reenapple said...

Comellah :D

Anonymous said...

In process huhuhu

Unknown said...

are u selling this?

tiadanama.la.ni said...

busy book

pakej A (15 pages) RM 170
pakej B (10 pages) RM 120
pakej jimat (5 pages) RM 70

facebook page & instagram : by farah.j