Salam.
Siapa kat sini berketurunan Banjar? Mesti korang familiar dengan nama Utoh dan Diang kan? Ke orang banjar sendiri tak tahu menahu pasal nama-nama ni? Haha~ alkisahnya, terjadilah suatu kejadian perbualan SMS aku dengan customer yang maybe dah berumur 30 lebih camtu lah...
Aku: (sms kan no.akaun dan nama penuh aku untuk dia buat bayaran pillow yang dia order)
Cust: "Eh, awak orang Banjar ke?"
Aku: "A'ah ye saya. Ni mesti tahu dpd nama ayah saya kan?"
Cust: "Haha..a'ah lah. Selalu orang banjar je yg ada nama-nama Utoh tu...kalau pempuan pulak Diang.."
Aku: Hahaha..dah agak dah~ (nama ayah aku memang ada nama 'Utoh')
Haa..dan kalau nak tahu, dua nama itulah nama khas untuk orang banjar. Utoh tu gelaran untuk lelaki, dan Diang tu pulak gelaran untuk perempuan. Aku tak tahu sekarang ni, ada lagi ke tak generasi baru keturunan Banjar yang dinamakan dengan nama-nama ni. Kot lah ada orang Banjar nak letak gabung nama banjar ni dengan nama moden, boleh lah buat cenggini namanya:
- Utoh Hakimi Daniel
- Utoh Johari Mahmood
- Utoh Ronaldo Biskitian
Hahahahahaha! Mengarut sangat kan~~ kalau perempuan pulak guna Diang...so kalau nama aku ada diang, maka jadilah
Diang Damya~~~
Perghhh agak komersial jugak bunyinya! Hahahahaha (n_n)
P/s: main SMS dengan akak customer tu sampai ke malam, aku dah cakap ok kak, bye..ehhh dia balas lagi, hahaha...peramah dan mesra sangat orangnya, hahah..semuanya hanya kerana nama Banjar tersebut. Hidup banjar! (Tetiba)
4 comments:
new info received!
hai diang damiya :)
baru tahu..
banjar tak sama ngan jawa kan?
selalu konpius..
baru tau n first time dgr ni...dah tambah 1 pengetahuan. hihihi
ilmu baru ni.. kikiki
Post a Comment