Happy Three Friends

Miss Money

Friday 28 August 2015

Masalah Seorang Designer Bila Customer Kata 'Design Dah Ada'

Salam.
Aku rasa semua designer pernah ataupun selalu mengalami benda ni. Lagi-lagi yang kena direct deal dengan walk-in customer terutamanya, tengah-tengah nak bincang, once diorang bagitau je yang diorang DAH ADA DESIGN, confirm designer dah happy sebab kalau design dah ada, designer tak yah designkan lagi boleh terus cetak (customer pun boleh dapat murah sikit)....malangnya, kekecewaan yang melanda sebab kebanyakkan design yang diberi memang tidak membantu, kerana...

1. Softcopy design dalam word
Serius?? Kalau nak print A4 okaylah, tapi ini nak buat banner. Nak buat backdrop. Okaylah, untuk sesape yang belum tahu...
Nota: Apa-apa gambar ke, design ke, yang asalnya bersaiz besar mana pun, bila dimasukkan dalam Microsoft Word, saiznya automatik jadi kecik gila. Even lebih kecik daripada size A4 paper. So, bayangkan betapa blur dan pecahnya gambar or design tersebut jika nak diprint atas canvas yang berkaki-kaki lebih besar daripada size A4. Kitorang kena taaaarikkkkkkkkk besaaaaaarrrrkannnnnnn 'design' anda tu sampai mata kitorang berpinar dek kerana pixel pecah lalu jadi blur gila! So, kalau betul design anda dah buat, save dalam JPEG dengan size yang besar. Itu dah memadai dah! Terima kasih!


2. Softcopy design dalam Microsoft lain-lain (Excel, P.Point)
Ni lagi satu! Buat design namecard guna Excel, lepas tu bagi designer suruh print. Dia ingat boleh terus print ke? Nggak bisa~
Nota: Setiap design ada format dan size yang memang dah tetap dan universal mengikut mesin kalau nak print ya. Jadi janganlah ingat design dalam Microsoft camni boleh terus hantar ke kilang untuk dicetak. Kitorang kena buatttttttttt semula design tu dalam format dan size yang dah ditetapkan, baru boleh cetak!

3. Conteng design atas kertas
Adoi~ kalau inilah yang awak panggil design, rasanya budak-budak tadika tu dah dapat master kot dalam Art & Design. Hmm~
Nota: Janganlah beri harapan palsu kepada kami para designer ni, janganlah cakap ini designnya...yang anda tunjuk ni hanyalah idea, ataupun rough sketches. So, lain kali sila lah guna term-term tu ya..

4. Design Orang Lain (Yang di-snap guna kamera fon)
Jenis yang ini, dengan bangganya suruh kita design tiru sebijik macam design yang dia tunjuk tu. Amboi~ amboi~ sesedap rasa kau curi design orang lain, pastu suruh designer lain buat. Kes ciplak-ciplak design macam ni selalu terjadi, masing-masing salahkan designer, tapi sebenarnya customer yang suruh. Kalau kerja freelance orang suruh aku tiru, memang aku tak nak buat. For me, it's called ETIKA! Biar ah nak kata berlagak ke apa, yang penting aku tau apa Do & Don't seorang designer. Tapi, malangnya, kalau kerja tu company punya, hmm...terpaksalah...:(
Nota: Design yang dah siap sempurna, adalah sangat susah untuk ditiru semula. Customer tak tahu ada antara background artwork/ vector/ photostock/ icon yang digunakan mungkin berbayar dan ini menyebabkan designer yang kena tiru tu mengalami kemurungan akibat tugasan meniru ni. Tu belum kita kena cari jenis font yang digunakan untuk nampak sebijik. Dalam komputer seorang designer ni, font type kami ada beribu-ribu jenis tahu. Kau imagine berapa lama masa yang kami nak kena spend hanya untuk mencari font?? (btw, time aku tengah tulis point ni, aku terdengar customer bagitau staff design dia ada kat whatsapp pastu nak ikut sebijik camtu) SEE??? Menyakitkan hati tahu! Designer ni kerjanya me'reka', bukan MENIRU SEBIJIK!!

*************************************

Dan paling kelakar adalah, kebanyakan mereka akan berkata camni lepas tunjuk 'design' :

"Ni dah ada design ni, bolehlah bagi kurang sikit harga kan..hehehee"


Ada orang sound aku, dia cakap kau designer, kau buat je lah macam apa yang customer nak~ Hahahaha...okay camni ye bro, boleh je. Memang aku tak kisah pun, sebab memang aku boleh design, yang tak bestnye part nak mintak kurang or FREE caj design tu hah...customer bukan boleh kalah kalau kita nak explain. Hahaha~~ 

5 comments:

Anonymous said...

nice article :D

Jueliza Jamani said...

Hai salam perkenalan.. u buat yg kami geng yg kaler oren tu ehhh..

Hafizi Azmi said...

Bertabahlah.. :'D

Zaza Iman said...

hehe..pnh dpt.. bru ni pun ada... cust dh design guna p.point.. bl msuk ps blur sgt..kena jgk design smula hehe..

Razf said...

hahahah.. kurangkan sket harga tu.. adoi.. tp customer mmg x faham kot.. saya pon.. LOL

tp letak design kt word tu mcm errr... perlu ke ltak kt word,,