Happy Three Friends

Miss Money

Monday 17 August 2015

Boleh Nangis Kalau Masuk SSF Ni

Salam.
Hahahaha...korang pernah tak masuk SSF Furniture ni haa?


SSF ni aku ibaratkan macam syurga perabot dan dekorasi unik bercirikan English style yang sumpah terlalu amat menarik! Ada dua sebab kenapa boleh nangis kalau masuk sini iaitu...

i. Harga mahal gila
ii. Pastu kau takde duit

Hahaha..so, semalam aku saja masuk lagi kedai ni untuk cuci-cuci mata nak feeling-feeling orang kaya gitu kan. Kalau kat Kulai, SSF ni dalam IOI Mall dekat Bandar Putra tu hah. So, jom lah tengok apa yang menarik yang ada dalam kedai SSF ni :D


SSF ni dia buat macam showroom...setiap ruang tu dihias macam kat rumah. Ada ruang tamu, ada bilik-bilik, ada dapur, ada taman. Tu yang dalam gambar nampak cam semak sikit, tapi kalau pergi betul-betul rasa macam dalam filem Fairy Tale~~~hahaha

Kat sini area showroom tema warna putih...aku lalu situ time lagu Titanic tengah on air..sempat lah berangan cam dalam kapal Titanic kejap..haha

Yang macam buku-buku belah kiri tu macam kotak...tiga lapis buku tu satu kotak, boleh bukak-bukak.

Ada kerusi Cinderella..



Tapi dalam banyak-banyak benda, aku rasa lampu bawah ni jugak yang paling artistik dan paling english style lah konon..wuwaaa aku nak niiiiiii!!!! Wuwuwu...


Tak tau kenapa, lampu tu rasa macam sangat homemade gitu. Hadoi...nangis lah tak dapat beli. Rege dia dekat seribu setengah. Hahaha~

P/s: SSF ni ada banyak cawangan, nak tau lebih lanjut klik FB diorang ni SSF SDN BHD

4 comments:

Razf said...

copp.. IOI Mall kt Kulai tu ade lg ek? igtkan dah tutup

Pojiegraphy said...

Orang yang kalau suka menghias rumah and yang suka barang-barang unik ni confirm boleh jadi tak keruan bila datang sini sebab macam-macam ada. Boleh buat koleksi peribadi juga!

eima said...

takpenah masuk ... dan rasa mcm takan masuk je tak mampu kot ...huhu

Anonymous said...

beberapa kali masuk tp sedeh xbeli apa-apa sebab mahal tak mampuuu