Salam :D
Ya! Citer ni patutnya aku dah update sejak 2 minggu yang lalu, tapi dek kerana takde mood, maka ia baru diciterkan hari ni :p So, tahun ni ada dua sambutan iaitu dengan officemates dan family yang mana dua-dua tempat yang kitorang makan tu 'bermasalah' sikit! Haihhh...so aku buat dua entry, ni cafe pertama...dengan officemates...
Season Bakery (AEON Kulai, Johor)
Season Bakery ni yang aku tau adalah kedai roti, tapi ada certain cawangan Season yang siap ada restoran dia sekali, dan ni first time aku makan kat situ. Makanan semuanya sedap dan best!
Tapi macam biasalah, western food camni memang mahal sikit regenya. Daripada segi pilihan, memang best. Ada pizza, burger, chicken chop, dan banyak lagi lah sampai confuse nak pilih mana satu! Haha~Aku order yang ni, hihi :
Aku ni memang hantu lada hitam. Sangat puas hati bila rasa perut aku ni 'panas' lepas makan lada hitam. Rasa macam terbakar kalori dan lemak gitu! Hahaha :p So, sos black pepper chicken dia sangatttttlah sedapnye pun adoi! Sangat berbaloi makan...
Tapi even food dia 80/100, tapi servis dia hanya 20/100, sebab...
Ada sorang staff dia sangat 'dingin' dan sangat berlagak! Puii~ Aku tak tahu dia tu manager ke assistant manager ke tapi dia sangat tak tahu macam mana nak greet customer dengan baik.
i. Standard lah orang minta tolong untuk ambilkan gambar, kan? Masa kami minta tolong dia ambilkan gambar, dia boleh buat muka dan macam nak tak nak je tolong. Langsung tak senyum okay! Snap pic guna fon wife boss aku, lepas je snap dia boleh sound..."Ea telefon ni memang blur ea gambar?" *muka berlagak*
ii. Tak prepare langsung meja tu dengan kutleri set! Selalunya makan restoran2 yang servis caj nya tinggi ni, memang akan ada orang sediakan pinggan, sudu, garfu, tisu dan lain-lain tu before hidangan sampai kan? INI TAKDE~~~~ Kitorang cakap minta pinggan untuk potong makan kek, dia kasi pinggan je la hai...nak suruh kitorang makan kek guna straw ke bang?
iii. TAK SENYUM langsung! Aku pantang betul orang yang kerja bidang customer service / front liner tapi berlagak camni! Dengan gaya dia yang macam terapung-apung bila jalan tu...Haihhh!! Mana-mana company sila lah ambil dia jadi model sambilan~~
****************************************
Kesimpulannya, makan kat Season Cafe ni best dan sedap, tapi disebabkan staff tersebut buat aku tak nak makan situ lagi dah. Kalau kat cawangan lain boleh lah..hehe (n_n) btw, ni kek birthday aku...
P/s: nasib kek sedap, sejuk sikit hati...hahaha (n_n)
11 comments:
hepi belated besdy..makanan nampak wow dah..
best nyer tengok makanan ni.. tp kat kl ader ke season cafe nieh..
kiter follow lynda eh.. mcm best jer baca posting kat sini..
ni blog faiiza.. sudi2 la jenguk..
http://faiizaonfleek.blogspot.my/
Ralatnya bila di layan macam tu..yang penting makanan best..happy belated bornday ye..
klu mmg tak pi dah ..semua cawangan kot ... mls aku ... klu gitu layanan nye
Wowwwww sodapppppnye.....hppy belated besday ....moga panjang umo murah rezeki bahagia sokmo...hihi
alamak Lynn buat spoil mood je kan cik akak tu hihi..anyway makanan semua nampak sedap2 belaka :)
xpernah dgr nama restoran ni,nanti balik malaysia nak try lah ;D
Happy belated bfday sis :)
nasib kek sedap kan.. huhu
hepi belated besday lynn ;)
alahaiiii..choiii..benci ngan perangai mcm tu..customer kot..elok2 la sket perangai tuu..tu br suruh amik gmbr..huhh..
HAPPY BELATED BIRTHDAY
HAPPY BELATED BIRTHDAY
mengiurkan semua pic makanan. tapi kalau I pun rasa nak penyepak orang macam tu . okay tak boleh blah'terapung apung' bila berjalan =.= hahahaha
Post a Comment