Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Friday, 18 July 2014

Resepi Mandai Lauk Orang Banjar


Salam.


Haa tahukah korang apa itu Mandai ?? Mandai ni rasa dia sedap gila tau, lebih kurang macam pembuka selera lah gitu~ Ni rupa mandai tersebut :


Mandai ni adalah sejenis lauk yang original daripada Banjar tau. Aku ni memang pure orang Banjar~ hahaha tapi tak reti cakap banjar pun...tau nya makan je..hehe :p Perkataan mandai tu sendiri asalnya daripada Banjar yang bermaksud jeruk kulit cempedak. Clazzzz kann kulit cempedak pun boleh jadi lauk..hehe

Aku lama gila tak makan mandai, tapi nasib baik hari tu masa aku balik kampung, makcik aku ada masak mandai ni, so kitorang pun tapau lah sikit bawak balik rumah~ hahaha


Mandai ni diperbuat daripada kulit cempedak dan memang susah nak jumpa kat kedai-kedai makan sekarang ni. So, sesiapa yang merindui nak makan mandai or maybe first time dengar pasal mandai ni dan teringin nak rasa, boleh masak sendiri ya :D

Resepi Mandai


1. Buang kulit cempedak bahagian luar yang hijau menggerutu tu.
2. Basuh bersih-bersih dan potong-potongkan ia.


3. Ini proses penjerukkan kulit cempedak...sediakan sebalang air masak, dan tambah garam (xsure berapa sudu, tapi jangan banyak sangat, sebab takut bila goreng nanti, jadi sangat masin..haha)

4. Dah campur garam dalam air, masukkan kulit cempedak siap potong. Perapkan selama 3 hari. Kalau dah tak sabar sangat, dua hari pun boleh kot? :p
(abaikan je kalau ada putih-putih yang timbul kat permukaan air, sebab tu adalah getah kulit cempedak ni, nanti boleh cuci)

5. (Lepas perap) Keluarkan mandai ikut banyak mana nak masak,dan basuh bersih-bersih.

6. Sediakan bahan-bahan ini:


*Nanti masa masak, garam tu letak sikit je, sebab mandai tu memang dah bergaram sebab dah dijerukkan, dan ikan bilis tu pun dah bergaram..

7. Goreng mandai terlebih dahulu, agak-agak dah sesedap rasa tu, angkat. Then baru tumis bahan-bahan lain.

8. Bila dah nampak semua bahan tu garing-garing gitu, baru masukkan mandai yang dah digoreng tadi. Kacau-kacau sikit, siap!


Mandai ni memang sangat ngammm kalau makan hanya dengan sepinggan nasi putih panas semata-mata tau! Owh my~~~duk telan liur je masa taip entry nih.. hahaha

Okay selamat mencuba resepi banjar ni ya :D Nyum~nyum~


5 comments:

Amanda Suria said...

First time tgok...x pernah mkn ni....wah...boleh x if SA labelkan sbg hidangan eksotik?

bellz mommygojess said...

Kulaan laa... tp seyes x pena dgr lg lauk mandai nih. Hihihi..klu kitorng lauk banjar family paling suke masak time raye nmenye sambal taon..tp pedas gile....

eima said...

tu belum ko cite pasal kulit lembu salai buat masak lemak lagi tu ...

org banjar mmg tak suka membazir kan ..selagi boleh buat lauk dan mkn .... makan

Syeeda said...

pernah makan kat umah family angkat kat teluk intan. Sedap =)

Oleh Oleh Banjarmasin said...

hidup mandaiiiii,. heeeeeee