Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label Harga popcorn Garrett. Show all posts
Showing posts with label Harga popcorn Garrett. Show all posts

Monday, 6 April 2015

Kisah Aku & Popcorn Garrett Yang Mahal


Salam.


Ya! Siapa yang tak kenal dengan popcorn yang paling mahal di dunia ni. Popcorn yang mencecah ratusan ringgit~ Hahaha, memang aku akan fikir beribu-ribu kali kalau nak beli...TETAPI! Hari jumaat lepas....ibarat orang mengantuk disorongkan bantal...


Sebuah tin popcorn Garrett ini telah mendarat di meja aku. Bini bos aku kata, makanlahhh~ kawan dia bagi. Aku pun whoahhh!! Dalam hati, dapat jugak aku merasa popcorn mahal ni. Hihihihi~ Tapi, mula-mula aku snap pic dulu buat kenang-kenangan...

Yahooo!! Popcorn Garrett kini telah pun berada di dalam genggamanku!!

Hah dan akhirnya, ia memang betul-betul menjadi kenangan semata! Amekau~ Lepas snap pic hari tu aku terus bz siapkan kerja dan lepas tu balik. Means aku tak sentuh langsung lagi popcorn tu. Semalam aku cuti, budak-budak lain kerja. Dibantainya Popcorn Garrett mahal tersebut sehingga habis. Ouchhhh huhuhuhu!! Sungguh menyayat hati...huk huk huk... Tak dapat rasa popcorn mahal...wuwuwuwu :'( Rasa nak terpengsan sebab dengar popcorn tu dah habis...hahaha wuwuwu (dengan linangan airmata)

P/s : tapi kalau dah tertulis takde rezeki nak buat camne kan, hahaha.. T_T