Happy Three Friends

Miss Money

Friday 29 June 2012

Like This Yo Like this !


Like this~ Yo ! Like this !

Haha aku tengah angau lagu Wonder Girls yang baru tu ha..
Like this ~ Yo ! Like this !


Ok, baru je tadi siapkan full draft major Academic writing.
Sekarang nak edit photo lagi ni, haishh
lecturer kalau selagi bukan esok submission date nya,
adeeeeeeee je yang dia nak suruh ubah...
Mangkok tingkat betul lahh...


Then, petang ni ada gotong-royong kemas studio untuk
Degree Show..owhh terpaksa lah participate kan~~
kalau tak tak dapat lah book panel untuk letak artwork nanti
Huhu...


ada member yang tak nak datang ke? pergi mampos lahh
tapi lepas tu jangan nak bising macam langau hilang bini
bila tak dapat panel or what okayy~


Okay, astagfirullah'al azim...
Hari ni Jumaat, tak baik mencarut. Maaf2~
 Hmm...biasa lah kalau tengah serabut macam ni, 
hari-hari merupakan hari klimaks..
Memang rasa macam nak lempang je sapa-sapa yang
buat hal...
Except for 'that person'
:D


Okay lah, nak edit photo sudah~~
Wuarghhhh.....
maaf lah entry2 di kala aku buzy ni lebih kepada
entry personal yang ala-ala luahan perasaan dan kepenatan
di sini...
Maaf jika ada reader yang tak faham menatang apa yang
aku cuba sampaikan ni...
Ianya adalah menatang yang hampir pupus..


Ok bye (u_u)

(tajuk entry takde kena mengena dengan entry...taktik promotion katenye)



Thursday 28 June 2012

Selepas Ini & Akan Datang


Saat aku menaip ni, tinggal lebih kurang 3 minggu
Hanya tiga minggu.


Memang sekarang ibarat zaman perang student-student art.
Berperang dengan keinginan untuk tidur, tengok movie,
berhuha-huha VS final project yang melambak belum siap lagi.
Haha ! :D


Ya. Degree show 2 minggu lagi.
Tapi aku nak tulis tentang tempoh yang tinggal 3 minggu tu je.


Hanya tinggal 3 minggu saja, 
untuk kita bergelar sebagai seorang pelajar.
Mungkin ada yang continue to master tapi semua tak kan macam dulu.


Kita dah habis belajar.
Lepas ni, kita susah nak jumpa, jarang dapat macam dulu masa study.


Kita dah habis belajar.
Lepas ni, masing-masing bawa haluan hidup masing-masing :')


Jauh.
Masing-masing jauh.
Sibuk.
Tak sama.


Teknologi ada tapi tetap tak sama.
Anda setuju?


Sekarang ni, mood aku dah ala-ala graduation. Dengar lagu graduation tu
dah rasa touching lebih pulak, mengalahkan rasa nervous untuk ke degree
show :p 

Aku rasa macam baru semalam, aku jejak kaki ke Uitm Melaka.
Diploma berlalu pantas, 3 tahun rasa kejap je. Kemudian, sambung
degree, dapat lagi kawan baru, clazzmates baru, rasa macam
semalam je jejak kaki kat Uitm Shah Alam.

Rasa macam semalam je konvo diploma, ni dah nak habis degree.
Haha, sedihnya :)

Tak sangka aku dah nak habis belajar.
Serius, dengar lagu graduation time-time mood macam ni memang
boleh nangis..hadoiyai (-_-')

Tiga minggu je lagi...
Hihi.. T_T


Damn !
 apsal touching lebih pulak ni, tak sedar diri Academic Writing ko
belum siap lagi lerr Lynn Damya ! Nak kena fikir tema dinner lagi
nanti nak pakai baju apa...


ada ke patut tema 'Wannabe' ??
hmm....


 
 

Wednesday 27 June 2012

Iri membawa mati


Kita kena ingat. Dunia bukan macam yang kita bayangkan.
Dalam baik, ada yang jahat, ada yang dengki, ada yang iri.
Kita rasa, semua suka kita, kita buat baik pada semua,
semua buat baik pada kita. Kita selesa.


Tapi, kita kena ingat. Kita tak pernah tahu sama ada
mereka betul-betul ikhlas atau tidak. Kita lihat filem itu
kejam, tapi dunia sebenarnya lagi kejam.


Dalam filem, kita kesian lihat orang yang dianiaya,
tapi bila di akhir filem kita dapat tahu rupa-rupanya dia
dulunya jahat. Itu kira balasan Tuhan terhadapnya, 
mungkin.


Tapi dalam dunia, kita lihat orang dianiayai.
Bila di selidik, rupa-rupanya orang yang 'buat' tu langsung
tidak ada kena mengena dengan mangsa. Mangsa langsung
tak kenal siapa yang 'buat' dia. Ini hanya kerana iri hati.


Dalam dunia nyata, kita lihat orang baik, juga teraniaya.
Sehinggakan ada yang mati. Mengapa? Sedangkan si mangsa
tak pernah sekali pun menyakiti hati orang sekelilingnya.
Tak pernah sekali pun membuat orang sekelilingnya terasa hati.
Mengapa tetap dia dianiaya?


...


Kadang-kadang, yang jahat itu jugalah yang datang dari
saudara yang dekat dengan kita.

Tapi kita juga kena ingat, yang jauh juga boleh iri kepada kita,
apatah lagi yang rapat.


Memang aku banyak fikirkan tentang benda ni.
Sampai aku fikir dunia ni tak adil.
Tapi bila di fikir balik, semua ini kerja manusia.


Sedarlah, manusia semakin gila.
Semua boleh dibuat, halal haram diketepikan.
Risiko ditanggung beres.
Nyawa manusia dipersetankan.


Hanya untuk memenuhi kepuasan diri sendiri.


Kita kena ingat. Manusia semakin gila.
Dalam kemodenan ini, masih ada yang 'berasap-asap'.
Meminta supaya ditukarkan takdirnya menjadi lebih bagus.



Benda ni dah lama. Tapi masih mendapat high rating.
Cara termudah untuk mendapatkan apa yang ditakdirkan
bukan miliknya.


Aku tak tahu, macam mana nak respon tentang hal ni.
Rasa marah, tapi aku rasa takut, dan rasa sedih.
Duduklah di mana-mana pun, manusia tetap ada.
Dan manusia jahat selalu ada.


Semoga Allah melindungi kita semua.


Kalau ilmu itu boleh dilihat, pasti gelap semuanya
kerana ramai yang mengamalkannya.

Na'uzubillah.


( Aku tengah busy buat kerja tadi. Roomates aku tengah bersembang
dengan kawan-kawan dia. Salah satu cerita, yang buat aku terinspirasi
untuk tulis entri ni. 

Dia cerita kisah makcik dia, yang hidup dalam kehidupan yang
sangat tragik. Aku dengar, aku tak tahu nak rasa seram ke, 
sedih ke, kesian or takut.


Masa makcik dia kecik, mak dia buang dia, dah besar dia khawin pun
kerana disihir oleh lelaki yang dulunya langsung tak dikenali,
baru-baru ni suaminya tu meninggal dunia, tinggal dia dan 2 org
anaknya yang masih sekolah rendah,
dia sendiri terkena buatan orang, bercampur
pulak dengan mahkluk-mahkluk halus yang memang ada dalam
banglo yang dia duduk tu, makin lama makin stress sebab
hari-hari nampak segala makhluk-mahkluk tu, hidup rasa takut je,
even pasang ayat-ayat al-Quran
dalam banglo tu pun akan terpadam sendiri, pengsan masa
tengah bersolat, dan paling tragik...


dia hampir membunuh anaknya sendiri yang lebih kurang
darjah 2...


tapi Alhamdulillah, sempat dihalang oleh anaknya yang kedua,
yang baru je darjah 3...


Astagfirullah'al azim....


Aku terdiam dengar cerita dia tentang makcik dia.
 

Punca?
Semuanya kerana dengki dan iri hati orang-orang luar yang
entah siapa-siapa entah, yang tak dapat memiliki makcik 
kawan aku tu. Dia cantik sangat, tapi hidupnya tragik.


Itu je aku boleh cerita.

Cuma aku nak ingatkan, yang kita kena ingat tentang semua ni.


Kita hidup dalam masyarakat yang gila.
Mohon perlindungan Allah.
Semoga kita dijauhkan dari segala keburukan, kejahatan, 
godaan serta gangguan syaitan.


Amin~~




Saturday 23 June 2012

Anak kucing di rumah kawan (n_n)


Hi. Semalam aku tolong kawan aku (Bunga Sejambak)
 shooting TVC kat rumah
kawan kitorang yang lagi sorang ni (yanie)


Honestly, aku suka pergi rumah yang baaaaaanyak kucing !
Dan yang bestnya rumah kawan aku ni memang baaaaaanyak
kucingnya...


SUKA ! SUKA ! >_< 
(lompat2 bintang kerana kegembiraan terlampau)


Jom2 aku tunjukkan kucing-kucing comel tu, hihi..


Dalam rumah kawan aku tu, kucing is everywhere~~haha
Masuk sana, ada kucing, masuk sini jumpa kucing....
weee~~~seronok betul ! :D


Ini ibu kucing dengan anak-anaknya yang comel kat belakang tu :)

Semua tgh tidur (u_u), tapi aku kacaw sampai diorang bangun..
hahahaHAHAHA !


 

 Si comel dah bangun (n_n)



Anak kucing hitam tu terbaring sakan~~hahah





Sudah..sudah ketepikan semua anak-anak kucing dan ibu kucing itu.


Aku nak interframe jugak~~~


gambar selepas ber-shooting~ :)

Hahahahaha.....okay dah penat update blog, 
sekarang kena sambung wat kerja sudah~~~


(n_n)

meowww~~


Thursday 21 June 2012

Sepasang Bibir dan Suara




Hi. Tajuk itu puitis, tapi entry ini kasar.


Manusia sekarang, lebih banyak bercakap daripada bertindak.
Mulut satu mengalahkan dua kaki dan dua tangan.
Mulut satu mengalahkan dua telinga untuk mendengar.
Mulut satu mengalahkan dua mata untuk memerhati.
Mulut satu mengalahkan kedua-dua belah otak untuk berfikir.


Ramai !


Sekeliling aku, sekeliling korang, ramai !

Ramai yang macam ni !



Hanya tahu bercakap, bercakap dan bercakap.
Terlalu banyak bercakap !
Bercakap tanpa asal-usul.
Bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu.
Bercakap lebih tanpa bertindak.


Apakah??


Ya, aku sakit hati !
Mungkin bukan aku saja, tapi kami !
Siapa kami ?

LU FIKIR AH SENDIRI !!


Manusia berubah, tapi berubah jangan sampai buat orang
mencarut pada kau.
Itu bermaksud kau memang tak guna !
Berubah, aku jga berubah.
Tapi aku berubah kerana orang-orang tak guna macam kau.



dan betul kah kau tak guna??



....



...



"The choice is yours"