Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label EMPAYAR KUKUBESI. Show all posts
Showing posts with label EMPAYAR KUKUBESI. Show all posts

Friday, 25 April 2014

Sekali Pandang Macam Kukubesi...



Entry ini aku buat khas untuk menjelaskan 3 perkara berkaitan
siri baju-baju negeri yang menggunakan Jata Negeri sebagai
motif utama, iaitu :-

1. 'Jata Negeri' Idea Siapa?
2. Nak Elakkan Tersalah Beli Yang Tiruan?
3. Kelemahan Menjual Design Ciplak

**********************************************

1. 'Jata Negeri' Idea Siapa?

 
(Dua-dua design ini adalah design original
daripada KUKUBESI)

Sebelum kemunculan Empayar Kukubesi dalam industri T-shirt
ni, perasan tak langsung tak ada satu pun design baju even
design baju-baju negeri sekalipun, yang di-design dengan
menggunakan Jata Negeri sebagai motif utamanya? Cuba ingat
macam mana design baju-baju negeri before ni? Rasa macam
tak nak pakai kan, sebab setepek letak gambar bendera kotak
je, setepek letak peta negeri kat atas baju. Paling moden pun
tulis I Love JB (contoh) je...itu pun ikut trend I love New York~

'Jata Negeri' bukan milik Kukubesi, tetapi cara beliau mengolah
'Jata Negeri' agar bersesuaian untuk dijadikan motif utama dalam
design baju itu adalah IDEA beliau, dan KUKUBESI adalah orang 
pertama yang came out dengan design baju-baju negeri yang 
menggunakan 'Jata Negeri'.

Malangnya, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah
meniru design baju negeri tersebut sehinggakan 99% sama, telah
menyebabkan para pembeli terkeliru antara produk Kukubesi
dengan produk tiruan. Paling menyedihkan, apabila pihak yang
meniru itu, begitu bangga dengan hasil T-shirtnya dan marah bila
ada orang yang cuba mengaitkan design tersebut dengan Kukubesi.

Jadi, nak marah pun tak guna..sendiri mau ingatlah kan..
kalau dah curi idea dan design orang lain, kena lah tanggung 
benda-benda macam tu. Dah memang terang-terang itu idea KB,
so tak leh salahkan mata-mata yang memandang dan cakap baju
dia macam / tiru KB, sebab memang 99% sama~ :)

2. Nak Elakkan Tersalah Beli Yang Tiruan?


Contohnya, anda tengok kat Page KB dan bercadang nak beli
baju tu kat store EKB...tup-tup time anda keluar pergi jalan-jalan
kat bandar ke..mana-mana ke... terjumpa baju dengan design
yang sama, warna yang sama dan memang sama macam
design baju KB. Tapi dijual dengan harga Rm 50 ke bawah.

i. Bagi yang tahu bagaimana KB mempromosikan baju dia, pasti
pelik, sebab baju Kukubesi tak akan dijual di mana-mana selain
di Store Empayar Kukubesi sendiri iaitu di Cheras, Shah Alam
dan Skudai, Johor demi menjaga ke-ekslusif-an-nya.

Kalau dijual di booth sekalipun, ia bersempena dengan
event-event tertentu. So, kalau anda macam ternampak kat
pasar malam, takde orang beratur panjang atau menyerbu
gerai / booth tersebut, sila maklum itu berkemungkinan besar
bukan baju original Kukubesi.

ii. Untuk baju-baju negeri Kukubesi tidak akan dijual dengan
harga serendah RM 50 ke bawah


iii. Cuba pegang dan check bahagian label kat kolar baju tu,
ada tak label macam dalam gambar atas tu (tapi dalam pic
tu warna merah, kalau label baju, background label hitam,
tulisan putih). Then, belek baju tu ada tak tertulis nama
'Empayar Kukubesi'? So, kalau takde tu sah-sah lah itu memang
tiruan :)

3. Kelemahan Menjual Design Ciplak


i. Idea dan design original biasanya disertakan strategi pemasaran
yang lengkap termasuklah sasaran golongan pembeli. Mereka
akan mensasarkan golongan yang dijangka akan menerima idea
mereka, seterusnya memudahkan proses pemasaran dan penjualan.

Berbanding dengan mereka yang hanya tahu mengambil idea
orang lain dan di-claim sebagai produk mereka,  produk
akan disasarkan kepada golongan 'target audience' yang salah 
kerana nak dapat untung yang banyak dalam sekelip mata. Dan
masalah-masalah akan timbul apabila 'wrong target audience'
mula mempertikaikan kenapa design itu begitu, kenapa design itu
begini...u get it?

ii. Sampai bila pun takkan dapat mengukuhkan / mempopularkan
 jenama sendiri


iii. Kepuasan hanya diperoleh melalui duit semata-mata


***********************************************

Memang banyak dah aku nampak kat bandar JB ni, baju yang
sekali pandang memang boleh mengelirukan sebab sama gila
dengan design Kukubesi. Satu aku nampak dekat Econsave
Tebrau, satu lagi paling slumber dekat Bazar Karat.

Kadang aku fikir, boleh je kalau nak guna Jata Negeri sebagai
motif utama design baju, tapi tolonglah guna kreaviti sendiri
sikit. Kata pandai sangat design kan? Kalau setakat ambil design
asal then distortkan certain tulisan, tukar atas bawah sikit, mohon
faham wahai manusia-manusia yang tamak kan keuntungan
sekalian, itu takkan membuatkan idea itu menjadi hak milik anda 
:)

SEKIAN TERIMA KASIH

P/s: Bersainglah secara sihat...


Monday, 3 March 2014

EMPAYAR KUKUBESI SKUDAI, JOHOR


Salam, tanggal 1 MAC 2014 adalah hari bersejarah bagi Krew-krew
KUKUBESI kerana berjaya membuka sebuah lagi cawangan storenya yang
terletak di Taman Sri Pulai Perdana, Skudai, Johor. Tahniah EKB ! :D

Dan menurut sumber, seawal jam 9 lebih, kelihatan sudah ada kereta-kereta
yang mula mencari parking di lokasi kaunter penjualan, walaupun masa penjualan
bermula pada jam 12 tengahari nanti. Dan menjelang pukul 11.00 pagi, ramai
yang sudah mula berbaris di kaunter-kaunter penjualan. Tepat je jam 12.00,
apa lagi, kena serang lahh diorang nih ! Haha~

PENANGAN EKB LUVER di JOHOR






Semua gambar-gambar ini adalah yang dikongsikan di Facebook Kukubesi sendiri.
(Pinjam untuk promote Kukubesi secara ikhlas~hahah)

Dan ini lah Kukubesi punya owner, yang dipanggil KB je :D


Turut memuji Pekin (pelakon Malaysia) yang menurut sumber, begitu sporting
dari pagi sampai lah ke petang, ke malam setia ada di tapak penjualan. Sporting
melayan customer dan peminat, sporting membantu penjualan, dan sporting membantu
mengemas khemah. Tahniah Pekin ;)

Pekin membantu mengemas Khemah Kukubesi, selepas jualan ditutup

Orang Johor memang steady lah ! Aku berbangga jadi orang Johor yang
supportive~ hahaha (perasan) dan owh ye, ini UPDATE daripada
KUKUBESI SKUDAI :



Diorang dah siap susun baju kat store, so siapa-siapa yang terlepas peluang hari
tu nak beli baju KUKUBESI ni, boleh lah datang terus je ke Store ni ya :

EMPAYAR KUKUBESI SKUDAI :

Mula beroperasi pada Selasa ini ( 4 MAC 2014) 12.00 tghari - 6.00 ptg sahaja :)
Dengar2 cerita ada baju Pucuk Ubi dan Baju Cili Kering sampai hari tu, tapi tak
sure lah betul ke tak...kalau ada memang aku nak rembat barang sehelai dua lah kot~

Hehehehe (n_n) Jom tengok betapa gempaknya
FENOMENA EMPAYAR KUKUBESI DI MANA-MANA !! (klik)



Thursday, 27 February 2014

OPENING KUKUBESI STORE SKUDAI - 1 MAC 2014



Salam. Sebelum tu, siapa-siapa yang masih belum kenal apa 'KUKUBESI' ni,
boleh lah klik SINI


Okay, perhatian kepada peminat-peminat tegar TEE KUKUBESI, yang berada di Johor,
bergembiralah kita kerana akhirnya, Johor telah terpilih sebagai lokasi cawangan
Kukubesi Store yang seterusnya, selepas store di Cheras dan store di
Shah Alam (yang dipanggil MARKAS)

Berikut merupakan butiran lanjut tentang STORE KUKUBESI DI SKUDAI :


STORE OPENING on 1 MAC 2014
12.00 tgh - 6.00 petang
Taman Pulai Perdana, Skudai

Opsssss...tapi sebelum aku bagi alamat penuh store Kukubesi Skudai ni,
better kita layan dulu beberapa gambar yang aku ambil daripada
Facebook Page Kukubesi Skudai sekitar daripada peng-label-lan baju,
design-design Tee yang ada di Store pada 1 Mac tu, dan design packaging
bag yang coOl....Jom :

STORE EKB SKUDAI IN PROGRESS

 

TEE'S BAG DESIGN


DESIGN-DESIGN BAJU YANG ADA
@EKB SKUDAI (1 MAC 2014)






SENARAI HARGA BAJU @EKB SKUDAI
(1 MAC 2014)


Dan, mulai sekarang, tag-tag label Tee KUKUBESI bukan cikai-cikai lagi tau,
sila tengok video ni : Cara Penghasilan Tag Baju KUKUBESI (GEMPAK KAN!)

Okay, seperti yang dijanjikan, ini alamat penuh untuk
STORE KUKUBESI SKUDAI :

21-1, Jalan Pulai Perdana 11/2,
Taman Sri Pulai Perdana,
Skudai, Johor

Okay, berminat, bersedialah untuk memborong di sana pada 1 MAC ini ya,
aku ada baca sesiapa yang pergi ke sana dengan memakai baju Kukubesi,
layak menerima diskaun! Hehehe (tertakluk pada terma dan syarat ya)

Owh by the way :


Kalau nak, sila beratur ya.

Okay, TAHNIAH untuk KUKUBESI KREW
yang berjaya mengembangkan empayar kukubesi di Malaysia ini. Kita dapat lihat
begitu rakyat Malaysia berbangga memakai baju berjenama daripada luar negara.
Tapi, bila adanya KUKUBESI, aku rasa sangat berbangga sebab aku akhirnya
berbangga memakai produk anak Malaysia yang bukan saja nice, tetapi perghh~

Kebabommm !!

Dan untuk EMPAYAR KUKUBESI STORE (EKB)...


Welcome to Jay Bee 
\(n_n)/


Friday, 15 November 2013

FENOMENA EMPAYAR KUKUBESI DI MANA-MANA !!


Salam anak-anak tempatan sekalian. Ini aku nak memperkenalkan seorang lagi
anak tempatan kelahiran Cameron Highlands, Pahang yang berjaya menimbulkan
fenomena yang sangat fenomena di Malaysia ini !
Wahhh, macam gempak jer~ macam gempak jer~ Jom baca !

(aku dah sedaya-upaya meringkaskan dan memadatkan info-info agar tidak
membosankan untuk dibaca)

Sumber Gambar : http://komunis.fotopages.com/?entry=1836444

SIAPA KUKUBESI ??

Kukubesi adalah nama glamour sahaja, dan ini nama penuhnya :
Muhammad Fazli Bin Ab Latif

Tarikh lahir : 4 Januari 1978

Pendidikan : Graduan daripada Cosmopoint

Kepakaran / Bidang : Senireka grafik terutamanya photomanipulation, Fotografi,
dan Pemasaran dan Perniagaan

ARTWORK PHOTOMANIPULATION KUKUBESI

Poster Hikayat Merong Mahawangsa merupakan antara artwork terawal yang
menaikkan nama KUKUBESI dan seterusnya membuka 'jalan' padanya untuk
mengembangkan empayarnya di Malaysia.

Sumber Gambar : 
carlsamsudin.blogspot.com 
KukuBesi
Final Poster Design                               Gambar Asal
Sumber Gambar : Budiey.com
Kukubesi telah dilamar sendiri oleh YUSRY KRU untuk diberi kepercayaan
mendesign poster untuk filemnya itu. Haa kau ingat senang nak edit macam tu??

Ini pulak beberapa artwork manipulasi KUKUBESI yang hebat dan kemas :

Sumber Gambar : FB Kukubesi Manipulasi
Sumber Gambar : FB Kukubesi Manipulasi
Sumber Gambar : FB Kukubesi Manipulasi
Lihat lagi artwork KUKUBESI yang menyampaikan maksud yang mendalam
di SINI

Okay, dapat lihat tak sedikit sebanyak kehebatan 'memotong' (crop), menggabungkan
dan menyamakan tone warna nya di situ? Aku memang surender awal-awal lah kalau
nak buat artwork macam ni, sebab aku takde ketabahan langsung untuk buat se-details
dan sekemas ini~ Hahaha

GERAK GEMPUR KUKUBESI (Photomanipulation Contest)

KUKUBESI lah orangnya yang bertanggungjawab membuatkan ramai anak-anak
muda melihat apa itu seni manipulasi gambar. Beliau lah orangnya yang bertanggungjawab
menyemarakkan semangat anak-anak muda kita agar bersaing secara sihat dan
kreatif dengan menghasilkan karya-karya yang 'berjiwa Melayu' dan penuh makna,

GERAK GEMPUR atau PERANG POSTER ini adalah sebuah pertandingan
mengedit / memanipulasi gambar dengan menggunakan gambar yang diberikan dan
mengikut tema yang dipilih ketika itu. Ramaaaaai gila yang join okay !
Antara hasil-hasil karya peserta Gerak Gempur :

Sumber Gambar : Album GERAK GEMPUR KUKUBESI 2 (Klik untuk lihat lagi gambar
penyertaan)
Sumber Gambar : Album GERAK GEMPUR KUKUBESI 2 (Klik untuk lihat lagi gambar
penyertaan)
Hebat kan? Baru tahu anak-anak tempatan kita pun sebenarnya mampu menghasilkan
artwork segempak orang Barat, jika dilatih dan dibimbing dengan betulkan? Kagum!




Okay, ini sebenarnya motif utama aku nak memperkenalkan KUKUBESI ni kat korang
semua. Penting untuk korang kenal dan tahu dulu siapa KUKUBESI dan artworknya,
sebelum korang lihat produk-produk keluarannya agar korang tak memandang cikai pada KUKUBESI.Aku nak korang tahu, wujudnya design-design Tee Negeri yang aku rasa
designnya memang ada classs dan sangat rare di Malaysia ini berbanding Tee2 biasa
seperti I LOVE MALAYSIA...

Jadi, aku nak exposekan T-shirt Eksklusif keluaran EMPAYAR KUKUBESI :

 


Untuk kepuasan mata dan jiwa korang, sila klik KUKUBESI STORE dan cuci mata
dengan design-design Tee Negeri yang best !

Bawah ni pulak antara design-design TEE PROPAGANDA yang TOP ! :

 
 

FENOMENA EMPAYAR KUKUBESI


 


LIMITED EDITION : 60 PCS untuk setiap design pada setiap keluaran
yang menyebabkan hanya yang berjaya je yang dapat beli TEE KUKUBESI ni :D

  
 


Amacam? Tak nak beli ke? Hahaha...untuk maklumat lanjut tentang Tee2 ini,
bolehlah klik logo Empayar Kukubesi bawah ni :


Next entry aku akan update Tee2 baru KUKUBESI, okay.. Tunggu~~~~~


...


Owh ya, ini koleksi KUKUBESI TEE aku :




Personally, aku suka 'cara' KUKUBESI sebab dia berjaya menghasilkan
design yang membuatkan aku bangga untuk pakai baju design negeri sendiri.


Terima kasih sudi baca sini (n_n)

Sumber foto : Facebook Kukubesi Store, Facebook Kukubesi Manipulasi