Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 30 October 2012

:'( but :)


Kadang-kadang
macam bodoh bangang rasanya bila diri tengah macam ni


tapi berlagak macam ni


hmm...






Wednesday 24 October 2012

Handmade Dessert Yang Paling Senang Nak Buat


Salam satu bloggers. Hahaha kita lupakan bantal-bantal handmade dan segala
bagai alat jahitan di bilik aku ni. Dan mari kita berlenggang-kangkung ke dapur
untuk melihat hasil dessert yang adik aku buat malam tadi.


Beliau tengah lapar ler tu tengah-tengah malam buta, hahaha tu yang terciptanya
menu dessert yang bertajuk :


Roti Kek Beraiskrim Jagung dan Coklat Rice


Okay, untuk buat dessert ni, dekat rumah anda perlu ada :

1. Roti kek (sila mintak duit kat mak, beli kat kedai)
2. Aiskrim (perisa pape je pon sodap)
3. Chocolate rice (yg colorful pon boleh)


Ha, lepas tu pandai-pandai lah hias kan semua tu dalam pinggan ya :D
Hahaha senang dan mudah kan~~



Selamat mencuba~~~

amat sesuai dimakan oleh orang-orang yang tengah batuk teruk
macam aku ni. InsyaAllah, sembuh...hahahahha :p













Saturday 20 October 2012

10 Dekorasi Bilik Tidur Kanak-kanak yang Best Gila !!!


Betullah orang cakap, zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling best.
Hampir semua benda yang kita nak, kita akan dapat. Kau melalak je lah
kat depan orang ramai dalam shopping complex, mesti mak ayah kau belikan
punya lah. 


Then kalau kau menggedik depan orang ramai pun, takde orang nak lempang.
Semua akan pandang kita comel je kan kan kan? Pang !!


Okay, ni lagi satu benda yang best jadi kanak-kanak. Bilik tidur pun dah ala-ala
pentas untuk pertandingan bercerita dah. Haha best gila !













p/s : masa kecik-kecik dulu aku memang teringin nak katil yang ada gelongsor.
Tapi aku dah bagi hint, mak aku buat-buat tak faham je. Haha sedih betul... :p


 



WW Coming Soon....





Friday 19 October 2012

Pity cat....and us...



You're gonna die....

Boleh kita steady cakap macam tu tak dengan orang yang kita sayang?
Sanggup ke?


Even kita tahu pun, kita masih berharap apa yang kita tahu tu takkan berlaku.
dan selalunya..even kita tahu pun, kita berusaha untuk beritahu dia yang
semuanya akan okay...


Kita tipu.



Bila aku tengok gambar kucing kat bawah ni, aku tak tahu berapa lama lagi dia
boleh hidup, kalau makan pun dia tak boleh. Serius, memang aku sedih gila tengok.
Nak ikutkan hati memang aku tak sanggup nak letak pic ni dalam blog aku.
Tapi, aku nak sentuh 'sesuatu' kat sini...



Aku ambil daripada Facebook. Ini kisah dia :

"Kucing ini dijumpai di area Tanjung Balau sedang meminta simpati pada orang
yang lalu lalang untuk mencari sedikit makanan. Bila dihulurkan makanan dengan
lincah ia cuba makan TAPI ia hanya mampu menjilat makanan itu kerana bahagian
mulutnya telah HANCUR. Hanya lidah yang mampu terjelir untuk merasa.
Jika korang jumpa kucing ni, apa yang korang nak buat ?"


aku highlight soalan last yang memang tertulis kat kisah dia tu...


Jika korang jumpa kucing ni,
apa yang korang nak buat ?



Aku rasa ramai yang cepat-cepat keluarkan ipad, iphone, samsung galaxy tab,
DSLR, dan segala bagai gajet canggih untuk petik gambar kucing tu dan upload
dekat lamang-lamang soOSIAL, dengan harapan ada orang boleh tolong kucing ni.
Dan lepas tu terus blah dari situ. Kan??


Even hari tu ada excident pun, aku tengok ramai je yang berkerumun datang
merakam dan ambil gambar, lepas tu upload kat lamang soOSIALL
daripada menolong mangsa excident yang tengah sakit tu.


...


what the....





terima kasih sudi sebarkan, tapi trend sekarang memang kita ni suka sangat sebar
kan cerita di alam siber daripada menolong betul-betul di alam realiti.
Yelah, tolong sebar....kan?






Wednesday 17 October 2012

Kepenatan yang melanda-landa


Hallowwww~~~~apa khabar semua pun adoi~~~~


Hahaha, lama gila aku tak update blog kesayanganggg ni..hahaha
Keadaan broadband aku yang disabotaj sungguh tak membantu. Aku dah bayar
hari tu pun beliau masih melembapkan diri. Mungkin sebab cuaca sekarang ni selalu
hujan je, ye tak? Hehehe....


Okay, kali ni aku nak update segala bagai bantal handmade yang aku berjaya
ciptakan sepanjang aku mendiamkan diri tanpa berita di blog ini. Mari kita tengok
calon-calonnya~~~









Haihhhh...penat betul edit satu-satu dan upload satu-satu..uhuk2~~~penat :(
Hahaha, okay itu lah dia hasil ciptaan dan eksperimen aku setakat ini. Ada banyak
lagi yang sedang menunggu turn kelahiran.


Agak bersengkang mata jugak lah sebab minggu ni jadual aku banyak lari. Asyik
keluar je...huru-hara sekejap, haha :p


Owh ye, siapa-siapa yang rasa berkenan dengan hasil ciptaan aku ni dan
berminat untuk melamarnya jadi menantu, sila ke link (klik pic) aku ni ya :




Dan wuwuwu...dah lama aku tak blogwalking, line aku tak mengizinkan aku berfoya-foya
di blog korang...sedih tul, apa citer lah kawan-kawan blog aku semua tu...sorry ye korang,
nanti line dah okay, aku buat lawatan sambil belajar ke blog korang..heheh


Okay terima kasih sudi singgah sini..take care, all (n_n)




Wednesday 10 October 2012

Merepek Titanic (-_-')


"Aku rasa, sampai bila-bila pun,
favourite movie aku adalah filem Titanic"


Malam tadi aku layan jap, tapi aku skip-skip, sebab nak tengok part sedih je.
Antara part yang buat aku terharu adalah part dia buat trademark Titanic tu,
yang berdiri dekat bahagian paling depan kapal tu sambil depa kan tangan.


Masa tu kan ada soundtrack lagu My Heart Will Go On tu, huhuhu touching
sungguh scene tu, rasa macam nak pergi kat bahtera yang dekat Melaka tu je,
buat dengan bf aku, hahaha..


Then scene yang lagi mengharukan aku adalah scene masa Rose tiba-tiba
lompat daripada sampan pergi ke kapal besar tu. Mula-mula sedih dah tengok
Jack kat atas, pandang Rose. Wuwuwu, bila dia lompat je naik kapal besar semula
dan kejar Jack, huhuhuhu sedihnya ~~~~ :'(


Part tu lah aku rasa tak boleh blah, aku layan saja-saja tanpa mood pun, boleh
feel habis pulak tadi, rasa sayu sungguh, hadoi~~ (-_-')


Part ketiga yang sedih ialah masa Jack beku..wuwuwuwuwu T_T 
Pendek kata, semua scene lepas kapal terlanggar ice tu adalah scene yang
menyedihkan jiwa dan raga aku nih, uhuk2 T_T...sampai captain kapal biar diri
dia kurung dalam bilik kawalan tu pun, aku sedih dah tengok dia mati camtu..


Wuwu, lepas tu tengok scene couple yang dah berumur sangat terpaksa je lah
berbaring sama-sama atas katil, sebab tak berdaya nak selamatkan diri. Ibu-ibu
pulak tidurkan anak-anak kecik mereka dan cerita kisah-kisah yang ala-ala
happily ever after and immortality, even diorang tahu bakal anak-anak kecik
mereka tu, jap lagi mati... :(


Waaaaaaa....sedih betul citer Titanic nih ! Legend ! Memang legend habis !
Lagu dia pun, perghh...tersentuh jiwa aku nih...wuwuwu
'My Heart Will Go On' tu...isk2...


....


....


...



Motif sangat entry aku kali ni hah??
zzzzzzz....






Monday 8 October 2012

Menyiapkan segala yang tergendala !!!


Salam. Hahahahahahahaha (motif gelak)
Semalam kan, genap lah usia aku kepada 23 tahun. Hamba rasa dewasa sungguh !
Tapi, tetap sweet~ hahahahahahahahaha...


Aku dapat hadiah tudung indon daripada makcik yang jugak berniaga tudung kat
pasar pagi semalam. Aku memang baik lah jugak dengan makcik tu, tapi semalam
aku tak ikut pergi niaga. Yang mak aku ni pergi bagitau kat makcik tu,
semalam birthday aku.


Then, makcik tu bagi aku tudung. Tudung yang aku tak pernah terfikir nak pakai okay~
Dengan renda-renda bagai, wuwuwu..kenapa? Kenapaaaaaaa?? Hilang ke-cool-an aku
bila aku pakai tudung macam tu~ hahaha



Coraknya agak ceria di situ, nasib baik aku ada baju plain, kalau tak memang aku
semalam keluar rumah jadi kanak-kanak riang ria lah gamaknya (-_-') owh ye lupa
pulak...

"Time kasih makcik, bagi saya tudung ~~~~ hehehe (n_n)"

Amboi, mukadimah je dah macam satu entry, panjang sungguh ! Sorry~sorry :p
Haritu aku dah dapatkan semula stock baru untk buat bantal mengikut tempahan.


So, aku dengan segera dan pantas puntasnya menyiapkan 6 biji bantal sekaligus.
Tabah tidur pukul 5 pagi (-_-') Dah siap dah pun, cadang nak pos je hari ni, tapi
certain ada yang tak bayar lagi and ada juga yang tak bagi alamat lagi~ camner wa
nak pos kan? Wa jual kat pasar malam baru tau~ hahaha gurau je :p




motif berbaring-baring mereka nih (-_-') kesian photographer tau kena panjat-panjat~


Haaa....okay itu sajalah entry kali ni, aku jap lagi nak menyambung lagi kerja-kerja
pembedahan felt aku. Mau siapkan order, okay terima kasih sudi baca sini :D


p/s : maaf aku tak dpt BW buat masa skang ni, belum bayau broadband :(
lambat sangat~~





"Impian Mampu - Abg Stalker"


Yahooooo ! Ini aku mau kasi tau satu segmen yang sangat murni untuk di join !
Kenapa ia murni ??


Sebab kalau kita join segmen ni, kita dapat membantu menambah Rm 1.00 sebagai
derma kepada anak-anak yatim dan orang miskin. So, memang afdhal lah kalau kita
join segmen ni. :)


Nak join, klik kat gambar ya (n_n)

Simple je, segmen ni adalah dengan mendedahkan apakah impian kita (tak boleh lebih
30 perkataan, nanti disqualified)

Jadi......


"Impian saya adalah...........
melihat dunia ini aman, tanpa kekejaman dan penindasan"


(susah sebenarnya sebab tiba-tiba banyak pula impian yang terbayang kat minda nih,
tapi tak leh tulis semua, hahaha)


Okay, mari kita tag kawan-kawan kita....


Depends pada yang ter-tag untuk join ke tidak. Ok itu saja, terima kasih (n_n)



Friday 5 October 2012

Kehidupan Aku Setelah Bertukar !!


Bertukar !! Bertukar !! 

Yaaa...siapa cakap biznes ni sonang haa~~ siapa cakap kerja di rumah itu
best haa~~~adoi kalau tak kena gaya, boleh lingkup bisnez kau tahu~~


Most of my readers and friends dah tau yang skang ni aku adalah seorang
mesin jahit. Tiap-tiap hari aku mencipta bantal handmade. Rajin kan aku ! Hahaha


Skang ni life aku, masih stabil aku rasa. Yelah aku pun duduk dalam rumah, bukannya
atas kapal yang terumbang-ambing pun kan. Memang lah stabil habis ! Buat masa
sekarang ni, aku dah full time menjaga bisnes aku. Alhamdulillah, dari kecik aku berangan
nak bukak kedai sendiri, tercapai jugak cita-cita murni aku ni, hihi (n_n)



Bukan senang sebenarnya tau, tetibe je bukak bisnez.Kat rumah tu, ada dua orang
kuat di belakang aku iaitu mak aku, seorang advisor aku. Beliau selalu tegur
pasal jahitan aku. Wuwuwu T_T

Dan yang kedua ialah abah aku, seorang 'along' yang sedia meminjamkan duit tanpa
meminta wang bayaran semula mahupun yuran perlindungan. Hihihi


So, life aku sekarang berkisar tentang felt, alat jahitan dan facebook. Communicate
dengan customer through Facebook. Macam-macam ragam customer, itu satu
cabaran juga, sebab diorang ni kalau jadi customer memang menegakkan prinsip
'customer always right'


So..memang kita kena layan baik2 (n_n) Hehe <3 div="div">
Owh ye, ini crafting space and crafting stuff aku ;)



tapi itu masa awal-awal je (-_-'), sekarang kalau aku buat kerja, satu bilik aku kerjakan
betul-betul. Hahaha, colourful bilik aku dengan warna-warna felt tu.


Top view, bahagian lantai yang kosong je tu adalah tempat aku duduk membuat kerja :D

Kebersepahan yang nyata ketika kerja-kerja pembedahan sedang dilakukan~~~~ (u_u)


and..sometimes before aku menjahit, aku perlu tunjuk sketches dulu pada customer,
biasanya untuk mereka yang nak buat special request lah..




So far so good lah, i love my life now ! (n_n) Alhamdulillah~~












Thursday 4 October 2012

Kesengalan aku yang tak terbendung dan tak dibedung



Entri ni ditaip sambil muka ditutup dalam sarung waffle bagi mengurangkan risiko
rasa malu ketika menaip.


Antara benda sengal yang aku buat dulu ialah :


1. Kisah tutup phone

Okay, masa ni aku tak tahu lah umur aku berapa, tapi aku rasa dalam aku
tingkatan satu, dua gitu lah. Dan sila tahu yang masa tu, aku belum tahu sangat
apa itu teknologi~
 
Suatu hari tu, masa kat rumah, mak aku mintak tolong aku charge kan handphone
dia. So, aku phone charge kan lah kat bawah. Mak aku kat atas masa tu. Charger
kat bawah, so aku charge lah kat bawah, abah aku ada kat bawah masa tu.
 
Then, mak aku cakap, masa charge tu tutup handphone tu. Mak aku maksudkan
tutup itu adalah off kan handphone lah kan :)
 
 Aku pun dengan bijak dan pandai lagi berilmu ni pun amek lah bantal kecik
kat sofa, lalu aku letakkan bantal itu di atas handphone mak aku. Tertutuplah
handphone mak aku tu di bawah bantal tersebut. 

Abah aku tegur, "Woi, buat apa tu?"

Aku jawab, "Tutup handphone lah..."

Selepas itu, baru lah aku sedar di mana letaknya kebangangan aku. Huh ! Sengal betul !


2. Skrip Bujang Lapuk

Yang ni sampai sekarang aku masih tercari-cari apakah motifnya aku buat macam tu~
Masa kecik, mak aku selalu bukakkan cerita Pendekar Bujang Lapok lakonan P.ramlee
tu. Memang selalu sangat lah aku tengok cerita tu, sampai aku naik hafal dah skripnya.

Dan satu hari, aku memutuskan untuk tulis semula skrip cerita tu. Aku tuliskan
dalam test pad, siap ada babak satu, babak dua. Semua aku hafal. Bila aku tengok
benda tu, aku rasa sangat berpuas hati. Lengkap skrip tu, sebijik macam dalam
movie yang betul-betul ayatnya aku tulis.

Tolong bagitau aku, adakah aku ni berbakat tulis skrip? Hahaha


3. Fanatik movie Titanic

Okay, aku ni memang peminat cerita Titanic. Masa kecik-kecik lagi aku dah tengok
movie ni, tapi aku ingat lagi, dulu-dulu tengok movie guna CD. Titanic ada 3 cd, tapi
aku selalu tak dapat tengok CD 2, sebab diorang cakap yang itu ada censor.
Hahaha...so aku tengok je lah CD 1 & 3 berulang-ulang kali sebab aku touching
gila tengok cerita tu.

Kira aku ni fanatik habis lah cerita tu. Lepas tu, aku terbaca dalam satu Mastika ni,
ada tertulis satu artikel pendek tentang kos perbelanjaan untuk membuat filem Titanic.

And guess what, aku pergi hafal artikel tu dengan bersungguh-sungguh, dan lepas tu
aku try baca artikel tu semula tanpa melihatnya. Bangga gila bila dah dapat hafal
artikel bodoh tu. Rasa macam perghhh, aku memang peminat no 1 cerita Titanic.

Sengal betul, entah apa motif lah aku ni dulu-dulu (-_-')


4. Imaginasi penyanyi kaset

Dulu, mak ayah aku suka dengar kaset lagu-lagu nasyid, aku pun suka jugak.
Bila dalam kereta, mak aku pasang kaset tu dan lagu-lagu yang sama berkumandang
di radio.

Bila kat rumah pun,mak aku pasang lagi kaset tu, lagu-lagu yang sama jugak
keluar. Suatu hari tu, timbul perasaan kesian di dalam hati lalu aku menyuarakan
pertanyaan aku kepada abah,

"Bah, kesian orang yang nyanyi tu, asyik kena nyanyi je,mama asyik
pasang je, diorang tak penat ke?"

Innocent kan aku dulu, comel jek~~hahahaha ;p


5. Err...disket ke dik??

Okay yang ni memang aku mengaku betapa tak up to date nya aku dengan 
dunia luar, ala-ala katak goreng tepung gitu. Kisah ni bukan masa aku ketot-ketot
dulu, tapi masa aku err...mula-mula masuk U tahun 2007 dulu.

Pergi CC dengan bangganya aku bawak disket, rasa macam style je burn folder
dalam disket. Orang sebelah rupanya gelakkan aku, Kuang hajau sungguh !Huh !

Err....beberapa hari sebelum kejadian tu ialah aku pergi  ke library sorang-sorang,
ye aku bawak disket lagi...dah lepas tu nervous apasal PC kat library tu takde
tempat nak masukkan disket ??? Warghhh tolong ! Tolong !!!
 
Nasib aku tak menjatuhkan maruah aku dengan bertanyakan orang kat situ,
mana tempat nak masuk disket, kalau tak~~~~perghhhh !!


Okay, itu lahh kisah sengal dan tak berfaedah yang aku pernah buat dulu.
Entah pape je lah, hadoiyai~~ tapi tu dulu, sekarang aku dah ada wawasan~
(ayat awie dalam zombie kampung pisang)

Aku dah tak guna disket lagi, aku dah tak hafal mana-mana artikel lagi,
aku dah tak tulis skrip lagi dan yang paling penting lagi,


"Aku dah reti off phone !!"


Ngahahahahahahaha. Kbye~Zzzzz



Wednesday 3 October 2012

Party Budak-budak Creative ;)


Yo ! Siapa yang tak biasa dengan dinner / kalau kat sekolah dulu-dulu kita panggil
jamuan gitu~ Tapi bila kita masuk alam universiti, jamuan ini lebih dikenali sebagai
dinner, atau lebih jalang lagi disebut sebagai party~~~


Suka tak pergi dinner? Mestilah korang suka kan..kan..kan? Yelah malam tu lah
time kita nak tunjuk inner beauty kita yang selama ni tersorok di bawah ke-nerdy-an
kita kan? Hahaha...


Aku pun suka party...opz, dinner nih...Sebab aku dah bayangkan dah makanan
dia yang sedap-sedap tu. Free lak tu, oh my~~~~rezeki jangan sesekali ditolak !
Aummmm~~~tapi yang leceh tu lah bila part nak cari baju. Dengan tema yang
biasa-biasa je jahh~~~ seperti tema vintage, tradisional, arab, dan sebagainya
yang membosankan~


Kitorang ni budak final year. So, lecturer yang handle party malam pra-graduan
untuk kitorang. Kitorang nanti just datang lenggang kangkung je lah kiranya~
Hahaha, bahagia sangat ! Tapi kebahagian itu tidak berpanjangan rupanya apabila
tiba-tiba lecturer-lecturer perempuan kami dengan gilanya mencadangkan tema
party iaitu : 


' Wanna be '

Wohooo cam gempak kan? Menatang ape pulak wannabe ni kan? Ala2 wakenabeb ke?
Cari baju !! Cari baju cepat !!! <-- gelabah nak kenakan baju dgn tema wanna be
masa tu (-_-')

So, secara ringkasnya tema ni adalah malam dinner tu ko datang tu ala-ala
sebagai 'orang lain'. Jadi je lah sape yang ko nak jadi~ hihik...so malam dinner
tu, ramai lah jugak watak-watak superhero & movie yang datang party kitorang~
ahakz. Jom layan gambar :


Yang hot sangat tu ialah lecturer aku, part time jadi ahli sihir di sarkas~~

Menatang ni pun datang ???

Yang jadi pirate tu lecturer aku :D.....owh, sila tahu yang 'itu' adalah aku...

 Nampaknya ada reunion watak-watak filem Snow White (-_-') jelez okay tengok baju
lecturer aku yang pegang epal tu~~~~huh !

Watak-watak 'Perang Bintang'...owh tengok yang paling kanan tu, dia tenung je air
tu, jap g dah habis dah..magic sungguh kan~~

InsyaAllah~~~~insyaAllah~~~~insyaAllah~~~ada jalannya~~~
yang belakang tu kenal tak?? 


ish..ish..ish...kalau takut sila tutup mata (u_u)

Ni lecturer photo aku...dia sangat cool, kalau aku laki, aku dah adjust dia awal-awal,
hahaha cam haram~~

Bestfriendku bersama Abraham Lincoln ??? <-- betul ke eja ni?

Aku tengah makan waffle kat dalam sarung tu, hahaha :p


dan ini yang paling best !!


~~~~~ The Pencil Colour Group ~~~~~

~~~~~~~~~~

~~~~~~

~~~

~


Simple costume but really attractive !!! rasa macam nak terbalikkan diorang dan
colour drawing book ! hahaha >_<

Kanak-kanak riang ribena main pencil colour~


Hahaha itu lah antara watak yang datang menjayakan party pra graduan kitorang
yang dah ala-ala costplay dah haa~ pape pun aku memang tabik spring toink ! toink !
kat lecturer sekalian, semangat waja yang ditunjukkan sangat best dan sporting~


sanggup ni haa sewa baju cenggitu semata-mata demi untuk party ni, haha


Okay lah, itu je aku nak kongsikan kat sini. Actually, benda ni dah lama, tapi
aku tak update, bila aku belek-belek folder tadi, tertengok pulak folder ni, hihi


So, korang boleh lah cadangkan theme ni untuk party~~~korang nanti okay.
Ingat party yang baik okay, bukan party liar mahupun parti politik ! okay tu je,
thanx sudi singgah sini, (n_n)