Happy Three Friends

Miss Money

Wednesday 30 April 2014

Misi menyiapkan doodle hari raya 2014 :D

Hoyeah ! Hoyeah ! Dah nak bulan puasa ! Dah nak raya !! :D
Amboi padahal ada lagi dua bulan kan~ Haha..takpe, takpe
semangat itu penting. By the way, nampaknya Jakel mulai ramai.
Wah makcik-makcik ni, tak sabar juga nampaknya~ Takpe kita 
biarkan mereka, yang penting...aku tengah nak siapkan doodle 
raya untuk tahun ni... Haha~

Jika mengimbau semula doodle-moodle yang aku buat before
ni, (mengimbau bagai~), memang kelakar pulak tengok, haha~
Ini antara doodle-moodle aku untuk raya tahun-tahun lepas,
sangatlah flat nye kan, sebab aku tak tabah nak buat yang ada
shadow bagai :p

  

 
Template kad raya pun ada, poyo betul :

 

Tapi aku buat asal ada, dengan harapan dapat membantu
menaikkan trafik blog aku ni. Dan disebabkan ia  memang 
membantu, maka aku gunakan strategi yang sama juga
tahun ini, iaitu buat doodle ! :D

Konsep dah ada, sketches dah ada...tinggal tunggu nak masuk
AI je dan colorkan. Take time juga bagi orang-orang yang tahu
nak berehat je kejenya macam aku ni, haha...sebab tu kena
start awal ! Haha~

Okaylah tu je nak citer, terima kasih sudi singgah sini (n_n)


Tuesday 29 April 2014

Hobi Baru Bercucuk Tanam (n_n)



Okay....pelik.
Entah macam mana aku tiba-tiba boleh teringin nak
bercucuk tanam. (-_-')

Sebenarnya adalah dalam awal tahun ni aku bercita-cita nak tanam
sayur-sayuran dan bunga-bungaan. Aku ada bagitau mak aku,

"Mak, lynn nak tanam bunga lah..."

Tapi sedih, mak aku buat-buat tak dengar je...T_T wuwuwu~
sekarang ni aku rajin google-moogle tentang ilmu-ilmu tanam
sayur ni, tapi nampaknya aku memang zero habis! Aku fikir
campak-campak benih je, terus hidup sayur tu, lepas tu bila
macam dah masak tu, boleh lah petik makan. Haha...rupa-rupanya
susah jugak. Em..leceh sebenarnya...(-_-)

Tapi, aku berkenan dengan cara orang putih buat kebun dia
yang dikenali sebagai The Garden Bed :

Garden Bed tu kotak-kotak untuk tanam sayur tu lah, boleh
dibuat guna sambung-sambung kayu macam tu atau nak lagi
senang boleh guna batu blok macam bawah ni :

Aku nak terangkan lebih lanjut pasal Garden Bed pun tak berani
sebab aku memang takde knowledge langsung tentang benda ni.

Pastu, ingatkan dah siap Garden Bed, just letak tanah je untuk
penuhkan kotak tu, rupa-rupanya tak juga. Pelbagai bahan yang
kena dicampur-gaulkan dengan sebati untuk menjadikan tanah
bersedia untuk dicucuk tanam.

Ea berapa punya banyak layer daaa kena letak.... (*_*)
Tengok bahasa saintifiknya memang macam tak faham langsung,
tapi lepas baca blog Akak ni... baru aku tahu. Rupanya senang je,
kena gaulkan sebati tanah, tanah bakar, pasir, sekam padi dan
habuk sabut. Kalau ada tahi ayam sikit pun, haa gaul je kata akak
tu. Haha semua ni kalau dah siap gaul ada jual kat kedai tak ea?
Macam leceh lahh..wuwu

Okay, nantilah aku study lagi ilmu-ilmu bercucuk tanam ni.
Nak guna baja mana satu, cara penjagaan macam mana, matahari
dan air dia macam mana sebab pokok sayur ni lain-lain. Hmm..
Aku kalau boleh, nak tanam sayur-sayuran sebab bermanfaat
sikit..boleh jimat, dan yakin sayur-sayuran tu selamat dimakan.

Ini yang aku nak tanam :

Pokok cili ! Wajib sebab senang nak masak sambal nanti.
Hari-hari pun boleh makan sambal.
Pokok terung ! Kalau dah masal sambal, kenalah ada terungnya.
Terung goreng sambal :D Favourite nih~~
Pokok Kobis Bulat ! Sayur favourite aku jugak. Senanglah
masak kobis selalu. Haha
Pokok tomato ! Ini selain buat sayur boleh jugaklah buat
sapu kat muka, macam sedara aku buat untuk dapatkan kulit
muka yang licin. Haha, nasib berkesan :p
Pokok ulam-ulaman !  Sangat best kalau dapat tanam sebab
mana lah tau tetiba tekak terasa nak makan ala-ala kampung
gitu kan. Haha
Okay tu lah antara sayur-sayuran yang aku teringin nak tanam.
Kalau ada tanah besar, aku nak tanam labu sebab aku suka
makan labu. Labu masak lemak...arhhh sedapnya!!! Owh ye,
lepas tu kalau pokok kecik-kecik macam pokok toge ke, boleh
tanam guna hidroponik je kot..

Teringat pulak eksperimen sekolah rendah dulu. Haha..
So, itulah sedikit sebanyak tentang hobi baru aku yang masih
tersimpan dalam kepala saja setakat ni. Haha..begitu banyak
aku nak tanam, tak sedar diri agaknya yang rumah aku tu tanah
sekangkang kera je..haha... :p Maybe sebab tu lah mak aku wat
dek je bila aku cakap aku nak tanam bunga hari tu..haha :p

Takpe, nanti boleh try tanam sayur guna kaedah macam ni :


Okay tu saje, terima kasih sudi singgah sini (n_n)


p/s : aku rasa aku nak tanam sayur sebab aku suka makan sayur



Tropical Village Ayer Hitam ni hidup lagi ke...?



Okay, sebenarnya aku tengah merancang percutian kecil-kecilan
untuk family aku, memandangkan adik aku pun dah nak habis
Diploma dalam beberapa hari je lagi. Kitorang plan nak pergi
ke Melaka lagi untuk yang kesekian kalinya. Memang daripada
kecik, suka sangat pergi Melaka tu, tak tahu kenapa.

So, sebelum pergi ke Melaka tu, aku ingat nak pergi jalan-jalan
dalam Johor je dulu (balik hari lah kiranya). Satu tempat yang
aku nak sangat pergi lagi adalah Tropical Village di Ayer Hitam,
Johor. Tempat ni aku dah pergi masa aku kecik-kecik lagi, dan
aku rasa tempat tu best gila!

Paling aku ingat adalah dalam tu, ada taman permainan yang
bertemakan buah-buahan dan binaannya tu bersaiz gergasi.

Harap maklum, ni gambar google, budak kecik tu bukan aku
okay..haha..haa nampak tak rumah nenas tu? Situ aku dah
pernah masuk, belakang sikit macam ada sepotong buah
honeydew, itu jongkang-jongket! Apa lagi ya, aku tak ingat lah..


Aku tak ingat secara total, yang penting Tropical Village ni
menempatkan replika-replika 7 keajaiban di dunia seperti
Pyramid, Tembok Besar China, Menara Pisa dan sebagainya.
Sebab tu ia dikenali sebagai Taman Mini Malaysia :D


Ada Eiffel Tower yang boleh lalu dengan kereta kat bawah
dia..


Apa pun tempat ni memang dah lama gila, hampir semua
replika dibuat daripada simen, so berpanas berhujan sampai
dah berlumut dah. Pekerja pun malas nak menyental gaknya.

So, aku rasa tak nak lah pergi sana, takut kecewa pulak. Haha~
Tiket masuk Dewasa (Rm 10), Kanak-kanak (Rm 5)..kawasan dia
luas dan penat kalau nak jalan tengah panas, so boleh bawak
masuk pusing guna kereta sendiri, cuma kena tambah lagi RM5.

Pelik juga, masa aku kanak-kanak dulu rasa best sangat pergi
sini, maybe sebab budak kecik tahu nak main je tak kira lah even
kat mana sekalipun. Hahaha...So, bagi korang yang mempunyai
anak yang sporting untuk berposing di depan kamera, bolehlah
bawak pergi sini, sebabnya selain replika bangunan dan buah,
ada juga replika Sponge Bob, Shrek, Batman, Superman dan
sebagainya. Hihi~

So, mudahlah kerja aku, tinggal plan nak pergi Melaka je lah.
Melaka...wahhh lamanya tak pergi Melaka!!!

(tetiba excited sendiri)


Monday 28 April 2014




IT'S

UP

TO

YOU

...

I'VE

DONE

MY

JOB

...

TAKE

CARE

!

:)


Kesan-kesan TPPA



Pemahaman Tentang TPPA

TPPA adalah perjanjian multilateral terikat yang melibatkan
negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada,
Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. TPPA adalah
tentang liberalisasi pasaran di mana negara ahli bebas berniaga
di pasaran negara ahli secara terbuka sesuai dengan konsep
globalisasi.

Itu bahasa 'tinggi' yang agak sukar difahami bila dibaca.
Kalau bahasa 'mudah'nya, ia kedengaran seperti bagus, sebab
lepas ni barang-barang kita dapat masuk pasaran negara ahli
yang dah dinyatakan tadi, dengan BEBAS. Bagi yang selama ni
bercita-cita untuk memasarkan produk mereka ke luar negara 
akhirnya akan tercapai melalui TPPA.
(golongan inilah yang bakal menyanjung TPPA kerana ia ada 
keutamaan untuk mereka)

Tetapi, jangan lupa bahawa mereka juga akan bebas berniaga
di tanah air kita!

Bagaimana TPPA Menghancurkan Rakyat



Aku akan gambarkan bagaimana 'kebebasan berniaga' yang
diberikan itu sebenarnya merosakkan kita semua.

1. Dengan termeterainya TPPA, segala bahan asas yang 
berasaskan kimia akan dibawa masuk ke tanah air kita seperti
GMO (Genetically Modified Organism) yang terkandung dalam
beras, kacang soya, tumbuh-tumbuhan dan banyak lagi.

(soya memang bagus untuk kesihatan, tapi itu tak bermakna lagi
sebab pengeluar utama soya adalah US, yang menggunakan GMO
sebagai bahan untuk mempercepatkan proses 'matang' kacang
soya)

GMO adalah bahan asas atau makanan yang telah diubah secara
genetik menggunakan bahan-bahan kimia yang of course lah
mendatangkan bahaya kepada sesiapa yang memakannya
Dan, kalau sebelum ini kerajaan mampu menghalang bahan-
bahan berbahaya ini dijual kepada umum, maka lepas TPPA
di-sign, maka kerajaan tak boleh buat apa-apa. Aku ambil
contoh, even rokok sekalipun, kita takde hak untuk meletakkan
had umur untuk membeli, kita takde hak lagi untuk letak
gambar-gambar ngeri kesan merokok di packaging kotak rokok
sebab totally kita 'kehilangan' hak tersebut.


'Kebebasan berniaga' tu merupakan sepenuhnya hak syarikat/
individu pemilik perniagaan tersebut, sehinggakan mereka pulak
yang boleh menyaman kita jika kita cuba menghalang penjualan
produk mereka, termasuklah produk yang bahaya.

2. Kemasukan bahan-bahan GMO akan dilakukan secara besar-
besaran dan bakal memberi persaingan hebat kepada China,
iaitu negara yang sedang mengawal market bahan mentah seperti
ikan, sayur-sayuran dan makanan asas. China ada melakukan
beberapa sekatan untuk menggagalkan usaha ini, tetapi tak berjaya

3. 'Kebebasan berniaga' ini bakal membangunkan sistem ekonomi
Kapitalisme di tanah air kita. Kapitalisme bermaksud sistem
ekonomi dan sosial yang lebih ke arah pengumpulan harta dan
kekayaan oleh seseorang individu tanpa gangguan kerajaan dan
bermatlamatkan keuntungan semata-mata.

Para pengkritik Kapitalisme berpendapat sistem ini hanya akan
menambah lebih besar jurang antara golongan kaya dengan
yang miskin.


Bayangkan sekiranya individu tersebut merupakan seorang yang
jahat? Aku rasa kalau dia membunuh sebab keuntungan pun kita
tak boleh nak saman atau dakwa, sebab TPPA dah beri
kebebasan. Bahaya kan...

5. Berbalik kepada bahaya GMO Foods tadi, makanan tersebut
pasti akan dipromosikan sama ada sebagai bahan asas yang murah,
atau pun sebagai makanan mahal tetapi kononnya menyihatkan
(seperti ubat-ubatan, supplement dan sebagainya). Jadi dalam
kesempitan hidup kita sekarang ni, aku andaikan pasti kita akan berlumba membandingkan harga dan membeli barangan yang
lebih murah. Petani dan usahawan tempatan juga terpaksa
bersaing kuat dengan produk luar negara yang dibawa masuk
secara besar-besaran ke negara kita...

..................

dan sekiranya kita mengamalkan pemakanan sihat seperti
sayur- sayuran dan buah-buahan, adakah kita pasti ianya 
selamat...?

...............





Jadi macam mana anda nak bezakan atau nak tahu makanan
yang mana ada GMO, dan makanan mana yang takde GMO?




Sudah tentulah kita kena check label kan, barulah kita boleh
pastikan apa yang kita makan tu selamat dan tak memudaratkan,

tapi...



itu tidak akan terjadi. Kita takkan ada label untuk dibaca, sebab
Obama telah memberikan hak kepada pengeluar bahan makanan
yang mengandungi GMO, mereka boleh untuk tidak meletakkan label GMO, dan mereka tidak akan dikenakan apa-apa tindakan.

Jadi seterusnya, sila bayangkan...



1. Kesihatan kita pasti akan terjejas dari semasa ke semasa
akibat kesan makanan terutamanya kesan daripada GMO
foods yang menyebabkan lebih ramai rakyat akan 'menghuni' 
hospital dan klinik-klinik kesihatan.

2. Maka secara tak langsung harga bahan sintetik, ubat-ubatan
dan perkara yang berkaitan kesihatan akan melambung naiknya.

( melalui TPPA juga, Obama bakal mengharamkan ubat-ubatan
generik yang kita beli dan guna selama ini. Ubat-ubatan generik
ni maksudnya macam ini :

Kalau sebelum ini, selepas melalui tempoh-tempoh yang 
ditetapkan, negara-negara lain akan diberikan pattern ubat-ubatan 
itu dan diberikan hak untuk mengeluarkan ubat-ubatan yang
sama dengan pattern tersebut. Hasil ubatan tersebutlah yang
dipanggil ubat-ubatan Generik. Melalui proses ini, kita sebagai
rakyat masih mampu untuk beli ubat, sebab ubat-ubatan asli itu
dikeluarkan daripada negara sendiri.

Tapi selepas TPPA, hak itu tiada lagi, dan kemungkinan besar
ubat-ubatan generik akan dihapuskan dan kalau kita nak
dapatkan ubat, kita kena beli dengan harga yang sangat-sangat 
tinggi sebab ubat-ubatan itu akan dibekalkan direct daripada 
syarikat pengeluar sebenar. Jadi bayangkan apa akan jadi
pada golongan berpendapatan sederhana dan rendah jika
mereka sakit. Adakah kita akan dibiarkan mati kerana tak mampu
nak beli ubat-ubatan??? )

3. Dan apabila suatu ketika nanti Malaysia mungkin dah tak
mampu untuk menanggung kos perubatan ini, maka 'bantuan'
akan datang daripada US dengan mereka membawa masuk
pakar-pakar mereka dalam bidang kesihatan sebab mereka
berjaya mengawal 'market kesihatan'

4. Ini adalah salah satu contoh bagaimana idea bijak agar
sistem ekonomi 'Kapitalis' tersemai di tanah air kita tanpa 
disedari. Mereka memberikan kita bekalan bahan mentah
dan makanan dengan harga rendah yang mana sebenarnya
memberi kesan negatif kepada kita, dan seterusnya
'mengenakan' kita dengan hal-hal kesihatan kita.

5. Bayangkan sekiranya anda tidak tahu langsung mengenai hal
ini?

6. Bayangkan sekiranya anda ada terdetik dan semangat untuk
melawan, tetapi tidak berdaya untuk melawan disebabkan telah
termakan begitu banyak bahan-bahan makanan dan ubat-ubatan
yang memberi kesan negatif dan lemah pada tubuh badan anda,
menyebabkan anda pasrah dan ikut sahaja.

7. Bayangkan jika anda sakit, anda tidak mencari pakar perubatan
Islam, tetapi terus datang ke klinik-klinik atau hospital yang
mengambil ubat-ubatan daripada US / yang telah pun dimonopoli
oleh pakar-pakar kesihatan US yang terus saja menyuntik anda
dengan ubat-ubatan dan vaksin sebaik saja anda datang mengadu
yang anda sedang sakit. Ubat-ubatan yang diberikan semestinya
memulihkan rasa sakit anda, tetapi dalam diam bertindak
merosakkan sel-sel dalam badan anda.

8. Bayangkan pula sekiranya doktor yang merawat anda itu
adalah seorang doktor kafir yang bersekongkol dalam misi
menjahanamkan kebangkitan orang-orang Islam dari Timur.
Bayangkan juga mereka dah bersedia dengan segala ubat-ubatan
yang bakal merosakkan lagi sel-sel badan dan sel otak kita
supaya kita tak berdaya untuk melawan melainkan diam dan
ikut saja..

9. Dan sekarang kita perlu meletakkan diri kita dalam satu jurang
yang mana kita bakal dibunuh secara terang-terangan dan
nyata, atau 'DIBUNUH' secara sembunyi-sembunyi melalui
ubat-ubatan. Sila bayangkan sendiri dan ambil tindakan sendiri.

dan sekarang aku akan kaitkan agenda ini dengan NWO
(New World Order)



Perkaitan TPPA Dan NWO

New World Order atau Sistem Pemerintahan Dunia Baru adalah
suatu pemerintahan yang menguasai satu dunia secara menyeluruh
oleh suatu kuasa besar sahaja. Inilah Teori Konspirasi yang
kita perkotak-katikkan selama ini, bakal menjadi realiti tanpa kita
sedari.

Bukan calang-calang orang yang menjadi dalang di sebalik NWO,
mereka semua adalah ahli-ahli Jews, Freemason, Israel dan
pengikut-pengikut Iblis di sana yang melakukan ritual besar-
besaran tanpa kita sedari langsung, demi mencapai NWO.

Namun, untuk mencapai NWO adalah bukan mudah, salah satu
cara adalah dengan 'menghapuskan' sebahagian besar penduduk
dunia agar yang tinggal sedikit itu akhirnya terpaksa saja
menerima NWO dengan terpaksa.

Banyak agenda yang telah dilakukan demi membunuh kita
sama ada secara peperangan, musibah dan tragedi yang direka,
melalui ubat-ubatan yang sebenarnya lebih merosakkan
kesihatan, melalui hiburan yang melalaikan, menimbulkan
masalah sosial yang meningkatkan kadar kematian secara
bunuh diri dan sebagainya, yang mana TPPA juga mungkin
adalah salah satu cara untuk membunuh kita dalam diam.


Kajilah siapa David Rockefeller ini dan anda pasti
akan terkejut

Apa pun, kita sedang berada dalam suatu keadaan yang cukup
terdesak sebenarnya. Selamat datang...ke tahap-tahap terakhir
sebelum New World Order menjadi realiti.



Semoga kita dan anak cucu kita nanti terus kukuh berpegang
kepada Islam agar terus dilindungi daripada 'kegelapan' ini.

Amin.......

(menulis bukan untuk berlagak pandai, tetapi ini adalah pengetahuan yang amat penting untuk
dikongsikan kepada semua. Seperti yang aku katakan sebelum ni, kita memang tak berdaya
kalau nak lawan mereka, tapi at least bila kita dah tahu, buka mata, dan sedar apa yang sedang
berlaku di sekeliling kita, sedikit sebanyak kita tahu bagaimana untuk bertindak.)

Sekian terima kasih 









Sunday 27 April 2014

Lawatan Obama dan TPPA



Aku sedang cuba mengambil tahu tentang kedatangan Barrack
Obama ke Malaysia, tentang perjanjian TPPA (Trans-Pacific
Partnership Agreement) dan agenda yang tersembunyi dalam
TPPA tersebut.

Tapi sebelum tu, aku nak ingatkan bahawa orang-orang yang
berkuasa seperti Amerika ni sangat suka manusia-manusia yang
menganggap benda ni sebagai hal politik yang membosankan dan
tak perlu diambil tahu, sebab ia lebih memudahkan kerja mereka.
Aku tak nak mereka rasa mudah sangat, sebab itu aku cuba faham
kan dan aku tulis entry ini, buat sesiapa yang nak ambil tahu...
At least, kita tahu apa yang kita perlu buat walaupun tak berdaya
nak membantah :)

************************************************

Aku ada ambil tahu tentang TPPA dalam sebulan lebih yang
lalu, sebab ayah aku ada beritahu aku pasal ni. Ayah aku banyak
membaca, jadi dia tahu. Lepas tu, aku jadi takut bila
membayangkan keadaan rakyat Malaysia untuk jangka masa yang
panjang, selepas perjanjian TPPA itu ditandatangani. Kenapa?


Sebenarnya aku nak cerita sesuatu, 'meeting' untuk menjayakan
TPPA ni dah lama dibuat, tetapi belum dapat dilaksanakan lagi
sebab ada antara ahli-ahli (negara yang terpilih untuk menyertai)
yang enggan menandatanganinya kerana ia akan menjadikan
mereka seolah-olah hamba kepada US. Dan Malaysia adalah
salah sebuah negara yang enggan sign TPPA.

'Takdir' membuatkan Malaysia terpaksa menghadapi kejadian 
yang memilukan iaitu kehilangan pesawat MH370 yang
majority penumpang adalah warga China. Fikirkan dah berapa 
lama misi mencari pesawat Mh370 tu di lautan Hindi?

Sedangkan ketika aku menulis ni pun, misi masih belum 
diberhentikan. Aku terfikir, Malaysia boleh bankrup kalau
misi ini diteruskan. Aku tak fikir semua usaha dan bantuan 
daripada pakar-pakar negara luar itu adalah percuma
semata-mata. Dalam dunia kini yang serba materialistik ni,
pasti harus ada balasan yang setimpal dengan pertolongan 
tersebut.

Dan tiba-tiba, Barrack Obama announce dia nak datang melawat
Malaysia. Aku agak pelik. Jadi, aku cuba research apa motifnya
kau nak datang Malaysia di saat-saat begini?

...


Aku cuma terfikir satu perkara, Malaysia harus menandatangani
perjanjian TPPA demi menjamin masa depan ekonomi dan 
survival rakyat dan negara Malaysia. Dalam erti kata lain, 
Malaysia terdesak dan mesti menandatangani. Hingga saat aku 
menulis ni, aku tak tahu perjanjian TPPA ini dah ditandatangani
ke belum, dan aku tak tahu sama ada ia akan ditandatangani 
secara terbuka atau secara tertutup.

Gambar ni aku ambil daripada sebuah entry yang bertajuk
'Demo Bantah TPPA Gagal Mendapat Sambutan'. Tanya diri
sendiri, adakah kita faham TPPA tu apa sebelum ni? Mungkin

sebab itu demo ini gagal mendapat sambutan...

Berkenaan TPPA, tak lama lagi adalah tu lagu TPPA, Iklan
TPPA, drama pendek tentang TPPA, ala-ala GST jugak lah~
Yang pasti, yang akan diberitahu kepada umum hanyalah
KEBAIKAN TPPA, iaitu :

1. Ekonomi bakal distabilkan selain kewangan dan 'cash flow'
dalam negara akan bertambah rancak. 

2. Dari segi ketenteraan dan juga hubungan diplomatik
antarabanga, negara kita akan mempunyai jangka masa 'survival'
yang lebih besar dan berpanjangan dan..kita juga pastinya takkan
diancam atau terancam oleh mana-mana negara atau dengan kata
lain kita tidak akan diserang oleh mana-mana negara sebab kita
kononnya berada di bawah 'lindungan US'

Nak tahu apa lagi kandungan TPPA yang sebenarnya hanya
menguntungkan Obama dan sekutunya sahaja? Aku akan sambung
next entry...sebab skang dah nak balik kerja. Terima kasih pada
yang sudi ambil tahu tentang ini. Ini bukan benda remeh, tapi
benda ni adalah something yang 'sangat besar' dan kita perlu tahu!

Sekian terima kasih


(setakat ini menurut Obama, beliau datang Malaysia bukan sebab
nak desak Malaysia sign TPPA, baiklah...mungkin lagi 20 tahun
akan datang kot?)




The Dusun Berembun House, Negeri Sembilan


Bayangkan apabila anda bangun pagi, dan melihat pemandangan
ini terbentang di depan mata...

(image source:Linsusay)

Ada sesiapa yang gemar bercuti di dalam keindahan alam
semulajadi yang menenangkan, senyap, sunyi, nyaman, segar
dan hanya ditemani bunyi-bunyi cengkerik dan unggas...? Jika
jawapan anda YA, maka ini adalah lokasi percutian yang sangat-
sangat sesuai untuk anda, termasuklah bagi pasangan yang sudah
berkahwin untuk ber-honeymoon.


Terletak di Seremban, Negeri Sembilan, The Dusun juga dikenali 
sebagai The Tropical Rainforest Resort.


- Guesthouse yang diperbuat daripada kayu dengan rekaan
moden-tradisional memberikan sentuhan yang unik dan semulajadi.

- Guesthouse yang disediakan mempunyai pemandangan hutan
hujan tropika yang cukup indah dan menenangkan yang belum 
pernah diterokai oleh manusia.

- The Dusun sangat menjaga privacy tetamu, iaitu dengan
mengehadkan jumlah tetamu pada sekali kemasukan demi 
'menjaga' suasana hutan yang sunyi dan tenang di samping juga
memberikan ketenangan kepada tetamu lain yang datang demi
menikmati ketenangan alam semulajadi ini. Kerana tak semua
tetamu suka bising-bising.

Terdapat 5 jenis guesthouse disediakan untuk kemudahan para 
tetamu iaitu :

House
Tembusu
Berembun
Perling
Emas
Sora
Maximum people
3 adults
2 adults
2 adults
5 adults & 1 child
5 adults & 1 child


SORA HOUSE

Sora House ni amat sesuai untuk keluarga besar yang tidak
lebih dalam 6 / 7 orang sahaja. Rekaan guesthouse pula sangat
menarik dan nature friendly kerana terdapat sebahagian binaan
yang menggunakan kaca tingkap yang besar membolehkan
tetamu menikmati alam semulajadi daripada dalam rumah.


the Dusun Negeri Sembilan

the Dusun Negeri Sembilan
Pandangan daripada dalam Sora House
the Dusun Negeri Sembilan
Ini sangat nice sebab shower dia guna konsep open gitu, so
boleh lah mandi sambil menikmati alam semulajadi jugak!
Haha

the Dusun Negeri Sembilan
Bahagian balkoni Sora House, basah-basah berembun gitu.
Sejuknya, bestnya!

the Dusun Negeri Sembilan
Ruang makan / patio di Sora House

EMAS HOUSE

Guesthouse yang dibuat dengan cat dan warna kekuning-kuningan
sesuai dengan namanya iaitu Emas House. Guesthouse lain yang
juga sesuai untuk keluarga besar, yang mungkin tak minat duduk
di rumah Sora House yang menggunakan konsep open.

the Dusun Negeri Sembilan

the Dusun Negeri Sembilan

the Dusun Negeri Sembilan
Katil dalam rumah Emas House
the Dusun Negeri Sembilan
Pemandangan dari ruang balkoni Emas House
the Dusun Negeri Sembilan
Lupa nak bagitau, The Dusun Resort ni menyediakan
self-catering bagi mereka yang nak masak-masak sendiri.
Setiap guesthouse ada dapur sendiri, tapi aku tak sure kalau
Berembun House ada dapur sendiri.

PERLING HOUSE

Sesuai untuk yang ingin ber-honeymoon sebab guesthouse
ini khas untuk dua orang.

the Dusun Negeri Sembilan
Tangga turun menuju ke Perling House
the Dusun Negeri Sembilan
Seperti Berembun House, Perling House juga mempunyai
pool sendiri :D



BEREMBUN HOUSE

Berembun House adalah yang paling popular kerana satu-satunya 
Guesthouse yang betul-betul mengadap pemandangan gunung-
ganang yang berhutan hujan tropika, ianya sangat-sangat privacy. 

Berembun House adalah guesthouse yang sangat- sangat 
sesuai untuk lokasi honeymoon anda, merupakan
guesthouse yang paling kecil antara semua jenis guesthouse
di sana, kerana ia memang dikhaskan untuk 2 orang dewasa 
sahaja.

Pemandangan indah daripada Berembun House
Terletak bersebelahan dengan kolam renang. Walaupun kolam
renang tu merupakan kemudahan untuk tetamu-tetamu dari
jenis guesthouse yang lain, tapi ia tetap menjadi seolah-olah
privacy pool kepada tetamu Berembun House.

Berembun House pada waktu malam, dari sudut belakang.
Usah risau tentang keselamatan kerana pintu pagar utama akan
ditutup menjelang Maghrib supaya takde orang luar masuk dan
tetamu akan dibiarkan berehat di guesthouse masing-masing
dengan aman.

Pandangan daripada dalam Berembun House. Sebenarnya
takdelah kecil sangat sebab dua orang je yang boleh tidur sini.
Bestnya kan, buka mata je terus dapat tengok alam semulajadi
yang masih berkabus. Segar je... :D


the Dusun Negeri Sembilan

Sesiapa yang teringin atau pernah berangan nak ada swimming
pool kat rumah, boleh lah booking Berembun House ni sebab
pool tu macam anda yang punya. Pagi-pagi bukak mata boleh
terjun kolam, malam-malam before tidur pun boleh terjun kolam
jugak. Begitu heaven sekali !
Untuk Berembun House, tak ada dapur atau ruang untuk makan.
Tetapi Berembun House berdekatan dengan sebuah ruang untuk
ber-BBQ yang dipanggil Patio :


Antara herba yang disediakan oleh pemilik The Dusun untuk
tetamu Berembun House yang ingin masak sendiri

Ruang makan yang nature friendly! :D

Di The Dusun, breakfast akan dihantar ke Guesthouse anda
sekiranya anda membuat tempahan. Nasi lemak ni nampak sedap
kan~~~ (laparnya!)

So itulah dia sedikit sebanyak penerangan tentang The Dusun,
Negeri Sembilan ni. Sangat-sangat sesuai sekiranya anda dah rasa
penat dengan suasana kehidupan yang serba urban dan 'sesak'.
Terdapat juga aktiviti lain yang anda boleh buat kat sini seperti :

Mandi sungai

the Dusun Negeri Sembilan

Berjalan-jalan di sekitar Dusun melalui track yang disediakan
untuk menikmati keindahan alam semulajadi

pathway around the chalets

BBQ / Masak sendiri di Patio


Melawat Dusun Durian

Sebab inilah resort ini dinamakan The Dusun, kerana asalnya
ia adalah sebuah dusun durian yang luas, dan pemilik buat
keputusan untuk menjadikan sebahagiannya menjadi resort
untuk membolehkan tetamu turut menikmati keindahan alam
yang berdekatan dengan dusunnya. Tapi, durian-durian ni aku
tak sure boleh dimakan ke tak...boleh kot tapi kena bayar~

So, itulah sedikit sebanyak penerangan tentang The Dusun ni.
Bagi aku, ianya sangat berbaloi sebab lokasinya tu dalam
Malaysia je, menikmati hutan hujan tropika sendiri. Paling best,
pemilik The Dusun ni memang sangat menghormati privacy tetamu
yang datang ke sini untuk menikmati ketenangan alam semulajadi.


Harga juga ada tertulis dalam link tersebut. Okay, terima kasih
sudi singgah sini. Ada rezeki, aku pun nak pegi, hahaha


p/s : tapi kalau aku dah sampai sini, risau pulak
kalau tak nak balik.. hahaha

Sumber info & gambar : Huislaw , Projectfidgetyfingers , The Dusun Website , 
JourneyMalaysia


INFO TAMBAHAN!!!
Saya baru je dapat comment daripada Anon tentang anjing dibenarkan masuk ke dalam resort ini. Berikut merupakan salinan asal komen tersebut :

"yes mmg sgt cantik tapi...tapi... saya da gugel carik review kwn2 yg pernah ke sini dan deng!!! terdapat bilik yg dog firendly dan ada yg bg review ada anjing berkeliaran di kawasan ini :P
so org yg beragama islam yg nak pergi silalah gugel dulu dan kena review betul2 tmpt nih.
p/s: tepuk dada tanya selera.tapi tmpt ni mmg sgt cantik"


Sejauh mana kebenarannya, saya pun tak pasti, tapi korang boleh baca dengan lanjut tentang review mereka di sini:

Review 1
Review 2


Sekian, terima kasih :)