Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Wednesday, 21 June 2017

Where the hell is my mother's instinct???

Salam :)



Apa yang aku rasa mungkin agak berbeza daripada kisah ibu-ibu yang lain, sebab aku adalah seorang perempuan yang mungkin lahir tanpa naluri keibuan. Dan ini apa yang aku rasa, sehinggalah naluri itu hadir sedikit demi sedikit dalam hidup aku. Seriously, ia bukan satu proses yang mudah untuk perempuan dalam kategori macam aku tu.

Baby ini macam stranger
Macam yang kita selalu tengok dalam drama atau filem, seseorang ibu tu mesti rasa sebak atau terharu sampai mengalir air mata saat baby yang dah dikandung selama 9 bulan selamat dilahirkan dan kini diletak atas dada di dalam pelukan. Semua orang mungkin fikir semua ibu akan rasa macam tu, tapi bukan aku.



Masa nurse letakkan baby atas dada aku, apa yang aku rasa adalah tak ada apa-apa. Of courselah aku bersyukur setelah semuanya selamat, tetapi connection perasaan antara aku sebagai ibu, dengan anak aku tu, nothing. Masa tu, aku cuma rasa dia ibarat stranger dan asing. Apatah lagi air mata, memang tak keluar langsung. Masa tu aku sempat berfikir, normal kah aku?

Konflik Untuk Bahagi Kasih antara Suami dan Anak
Hari-hari yang berlalu lepas tu, aku dah boleh terima yang aku sekarang dah jadi seorang ibu, dan baby itu adalah anak aku. Hubungan aku dengan anak masa awal-awal hanya berteraskan rasa simpati dan kemanusiaan. Sebab ia macam anak kecil yang perlukan ibunya. That's it!

Tapi, dalam masa yang sama, aku rasa ada konflik dalam diri aku. Aku rasa sedih gila sebab kena bahagi kasih sayang aku untuk dua orang sekarang ni, iaitu untuk suami, dan anak. Ini bukan main-main, dalam seminggu lepas deliver tu, tiap-tiap masa aku rasa sedih dan menangis sebab aku tak sanggup nak sayang orang lain. Padahal untuk baby je, bukan orang lain pun. Lagi sekali aku tanya diri aku, normal kah aku?



Aku dah bersama dengan suami aku ni sejak couple masa tahun 2007 lagi tanpa break up. Dan sepanjang masa tu lah hati aku hanya fokus untuk dia, dan dia semata. So aku tak sangka betul, benda ni beri efek masa aku dapat baby. Terasa aku sangat mengabaikan dia masa aku sibuk jaga baby dan tak sempat nak beri perhatian pada suami aku masa tu. Wuwu sian dia...

Naluri Keibuan Perlu Didorong dan Dipupuk
At last, aku slow talk dengan suami aku pasal ni. Pasal macam mana tak sanggupnya aku nak palingkan sikit pun kasih sayang aku daripada dia untuk anak aku ni. Berkali-kali aku mintak maaf sebab bukannya aku nak pun rasa macam tu, tapi aku kena terus-terang sebab aku rasa macam perasaan ni tak patut dan kita kena betulkan balik!

And guess what, dia tahu rupanya!! Dia faham dan dia nasihatkan aku, supaya sayang baby lah ape semua lah...dia bagi dorongan dan semangat supaya tak rasa bersalah untuk sayang baby even lebih daripada sayang aku kat dia. Dan start daripada situ aku mula slow-slow belajar untuk sayang baby aku :)



Bonding Time Ketika Breastfeeding
Breastfeeding sangat membantu aku untuk membentuk jalinan kasih sayang antara aku dengan baby. Masa dua minggu pertama memang aku takde masa nak susukan baby sambil renung muka baby sebab ngantuk sesangat la hai.. haha.. tapi start few weeks after deliver, aku cuba renung dan tenung dalam anak mata baby. Mata dia ikut daddy dia, warna coklat. Daripada mata dia, aku rasa macam terus jatuh cinta kat baby aku.



Dapat tengok muka dia masa menyusu, mata dia, hidung dia, mulut dia, tangan kecik dia yang kadang-kadang siap tarik baju tu, hati aku perlahan-lahan mula cair. Datang suatu rasa tenang yang lain, yang tak pernah aku rasa before ni. Dan bermula daripada tu, rasa kasih sayang dan naluri keibuan tu akhirnya tersemai dalam jiwa raga aku yang cool ni. Hahaha!

*************************



So, Alhamdulillah sekarang ni aku rasa perasaan aku dah stabil. Aku dah boleh sayang anak aku sambil sayang suami aku macam biasa. Chewah, boleh sambil-sambil pulak kan! HAHAHA (gelak nangis)

Anak ni anugerah Tuhan. Ramai orang yang nakkan anak, tapi ada yang masih belum ada rezeki. Aku bersyukur sebab Tuhan dah beri kami rezeki tu sekarang dan aku janji akan jaga baik-baik. Satu pesan daripada mak aku yang aku akan pegang sampai bila-bila, dah jadi mak ni kita kena selalu berkorban, berkorban masa, kesenangan, duit, tenaga...even kesihatan dan nyawa sekalipun seriously... itu lah peranan seorang ibu dan isteri, InsyaAllah :)

P/s: Sayang suami dan anak saya ni banyak-banyak! (n_n)