Happy Three Friends

Miss Money

Sunday 30 August 2015

Sape penah join pelaburan emas?

Salam....
Ada sesiapa yang berpengalaman menceburkan diri dalam bidang pelaburan emas ni? Satu hari suntuk ni aku dah study pasal pelaburan emas dan banyak jugak yang aku dapat faham.

Cuma terasa cliche pulak sebab kesemua artikel yang aku baca adalah artikel daripada dealer-dealer yang kaya yang mampu beli emas sekali berpuluh gram gitu. Camtu, memanglah untung cepat dan besar. So, semua tu agak tak bertepatan dengan apa yang aku cari, sebab aku nak tahu kalau melabur emas secara sikit-sikit je, contoh 1 dinar je, berbaloikah? Dan berapa lama kena tunggu untuk dapat untung?

Aku research gak tadi, kot-kot ada blogger-blogger yang ceritakan pengalaman dia join pelaburan emas ni, tapi hampeh langsung tak jumpa! Yang banyak, macam golongan yang aku citer tu tadi lah. Bukan tak percaya, tapi selalunya mereka ni cerita gebang sebab nak dapatkan komisen je if kita masuk dengan refer kepada dia. Berbanding kalau kita baca betul-betul pengalaman daripada orang-orang biasa, bukti dan feel dia lebih sikit gitu. Hehe...

So, anyone? Kot panjang buat lah satu entry khas untuk jawab soalan aku ni, dan sila tinggalkan link entry tersebut di ruangan komen aku. Terima kasih sebab sudi membantu :)

Friday 28 August 2015

Masalah Seorang Designer Bila Customer Kata 'Design Dah Ada'

Salam.
Aku rasa semua designer pernah ataupun selalu mengalami benda ni. Lagi-lagi yang kena direct deal dengan walk-in customer terutamanya, tengah-tengah nak bincang, once diorang bagitau je yang diorang DAH ADA DESIGN, confirm designer dah happy sebab kalau design dah ada, designer tak yah designkan lagi boleh terus cetak (customer pun boleh dapat murah sikit)....malangnya, kekecewaan yang melanda sebab kebanyakkan design yang diberi memang tidak membantu, kerana...

1. Softcopy design dalam word
Serius?? Kalau nak print A4 okaylah, tapi ini nak buat banner. Nak buat backdrop. Okaylah, untuk sesape yang belum tahu...
Nota: Apa-apa gambar ke, design ke, yang asalnya bersaiz besar mana pun, bila dimasukkan dalam Microsoft Word, saiznya automatik jadi kecik gila. Even lebih kecik daripada size A4 paper. So, bayangkan betapa blur dan pecahnya gambar or design tersebut jika nak diprint atas canvas yang berkaki-kaki lebih besar daripada size A4. Kitorang kena taaaarikkkkkkkkk besaaaaaarrrrkannnnnnn 'design' anda tu sampai mata kitorang berpinar dek kerana pixel pecah lalu jadi blur gila! So, kalau betul design anda dah buat, save dalam JPEG dengan size yang besar. Itu dah memadai dah! Terima kasih!


2. Softcopy design dalam Microsoft lain-lain (Excel, P.Point)
Ni lagi satu! Buat design namecard guna Excel, lepas tu bagi designer suruh print. Dia ingat boleh terus print ke? Nggak bisa~
Nota: Setiap design ada format dan size yang memang dah tetap dan universal mengikut mesin kalau nak print ya. Jadi janganlah ingat design dalam Microsoft camni boleh terus hantar ke kilang untuk dicetak. Kitorang kena buatttttttttt semula design tu dalam format dan size yang dah ditetapkan, baru boleh cetak!

3. Conteng design atas kertas
Adoi~ kalau inilah yang awak panggil design, rasanya budak-budak tadika tu dah dapat master kot dalam Art & Design. Hmm~
Nota: Janganlah beri harapan palsu kepada kami para designer ni, janganlah cakap ini designnya...yang anda tunjuk ni hanyalah idea, ataupun rough sketches. So, lain kali sila lah guna term-term tu ya..

4. Design Orang Lain (Yang di-snap guna kamera fon)
Jenis yang ini, dengan bangganya suruh kita design tiru sebijik macam design yang dia tunjuk tu. Amboi~ amboi~ sesedap rasa kau curi design orang lain, pastu suruh designer lain buat. Kes ciplak-ciplak design macam ni selalu terjadi, masing-masing salahkan designer, tapi sebenarnya customer yang suruh. Kalau kerja freelance orang suruh aku tiru, memang aku tak nak buat. For me, it's called ETIKA! Biar ah nak kata berlagak ke apa, yang penting aku tau apa Do & Don't seorang designer. Tapi, malangnya, kalau kerja tu company punya, hmm...terpaksalah...:(
Nota: Design yang dah siap sempurna, adalah sangat susah untuk ditiru semula. Customer tak tahu ada antara background artwork/ vector/ photostock/ icon yang digunakan mungkin berbayar dan ini menyebabkan designer yang kena tiru tu mengalami kemurungan akibat tugasan meniru ni. Tu belum kita kena cari jenis font yang digunakan untuk nampak sebijik. Dalam komputer seorang designer ni, font type kami ada beribu-ribu jenis tahu. Kau imagine berapa lama masa yang kami nak kena spend hanya untuk mencari font?? (btw, time aku tengah tulis point ni, aku terdengar customer bagitau staff design dia ada kat whatsapp pastu nak ikut sebijik camtu) SEE??? Menyakitkan hati tahu! Designer ni kerjanya me'reka', bukan MENIRU SEBIJIK!!

*************************************

Dan paling kelakar adalah, kebanyakan mereka akan berkata camni lepas tunjuk 'design' :

"Ni dah ada design ni, bolehlah bagi kurang sikit harga kan..hehehee"


Ada orang sound aku, dia cakap kau designer, kau buat je lah macam apa yang customer nak~ Hahahaha...okay camni ye bro, boleh je. Memang aku tak kisah pun, sebab memang aku boleh design, yang tak bestnye part nak mintak kurang or FREE caj design tu hah...customer bukan boleh kalah kalau kita nak explain. Hahaha~~ 

Wednesday 26 August 2015

Setiap kereta mesti ada 'Ekspresi Muka' dia masing-masing :D

Salam.
Hahaha..ini sangat best! Aku ingat aku sorang je yang suka imaginekan muka-muka kereta ni camne, rupanya orang lain pun sama, siap lukis lagi imaginasi muka kereta-kereta ni...Jom layan!


 
Hahaha...certain yang lawak ada yg siap macam vakum pulak tu. Hahaha, yg misai tebal tu dah macam Mr. Potato Chip dah aku tengok, hahahahaha~ mohon siapa2 yg rajin buat untuk muka kereta tempatan pulak ye...lawak lah benda ni..hihi (n_n)


Pesan Ustazah Aku...Belilah Walau Kamu Tak Perlukan Benda Tu

Salam.
Susahkan dunia sekarang ni? Kos sara hidup sangat tinggi sejak negara kita ni membangun dengan pesatnya. Kita yang bergaji ni pun rasa susah, apatah lagi mereka yang masih mengais untuk cari makan. Kadang-kadang, ada yang terlampau susah sampaikan cari jalan untuk berniaga dengan jual benda-benda yang entahlah..sangat sedih untuk kita fikirkan sebenarnya...

Ingat lagi tak nenek tua yang jual asam dan gula2 yg viral di FB?
Nenek ni buta, jual asam dan gula-gula dalam balang. Nenek ni cakap, dia jual gula-gula, asam 20 sen je 1 paket, tapi takde orang pun nak beli. Sedih tak sedih dengar dia cakap camtu? Alhamdulillah ada sorang hamba Allah prihatin, mohon derma ikhlas untuk makcik ni, ramai yang bantu. Semoga ganjaran Pahala buat beliau. Satu persoalan untuk kita, kalau kita nampak macam ni, kita berhenti tak untuk singgah? Kita dah lah tak suka makan manis2, buat sakit gigi, kalau beli pun, siapa yang nak makan?

Pesan ustazah aku masa kecik dulu, kalau nampak orang miskin berniaga macam ni, belilah walaupun kita tak perlukan pun benda tu.Carilah apa-apa alasan untuk beli benda tu. 

Satu pun takpe. Sebab bukan duit yang kita nak cakapkan di sini, tapi tentang 'pembelian' kita tu akan jadi macam satu semangat untuk mereka terus niaga. Tahukah anda betapa gembiranya bila ada orang beli barang yang kita jual? Sangat tak terkata, lebih-lebih lagi buat yang miskin macam ni...kami yang Alhamdulillah senang ni pun kalau mak aku jual nasi kat pasar malam dan takde orang beli langsung, aku dah sedih cam nak nangis dah. Rasa macam kesiannyaaa mak aku....benda ni memang penah jadi, dan aku rasa sambil tulis ni dah nak mengalir air mata dah...haha adoi sedihnya..

Tambah lagi dengan tengok gambar di bawah ni...

Caption mengatakan 'Anak ini telah kematian ibunya dan sekarang ini cuma ada ayahnya. Demi mengenyangkan perut anaknya, seorang ayah sanggup menjual pen-pen di jalan-jalan Beirut... "

Allah hai sedihnyaaa...Gambar tersebut adalah gambar di Syria, sumber oleh FB Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria. (Klik untuk derma) Kau bayangkan tengah-tengah peperangan camtu jual pen? Siapa nak beli? :'( Sedangkan kalau kat sini kau jual pen depan office pun takde orang nak beli sebab berlambak ada kat kedai, apatah lagi kat sana? 

Dalam point ni, kita yang kena bijak menilai. Kita kena 'MELIHAT' dan memahami. Faham kenapa kita kena beli kat dia, bukan kat kedai lain. Di kedai, memang berniaga sebab pekerjaan, tetapi orang susah yang tahap kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ni jual barang sebab nak hidup. Jadi lebih afdal kita bantu yang mana? Fikir sendiri.

Ya entri ni lebih pada memahami hidup orang susah, lebih pada renungan supaya kita turut menggembirakan mereka dengan cara membeli selain daripada menderma. Seriously, sesetengah orang susah, tak nak ambil duit senang-senang even dia miskin. Tetap menghulur barang yang dia jual bila orang bagi duit, even orang tu kata dia nak sedekah. Sesetengah mereka lebih suka orang membeli barang yang dijual.

Entri ni jugak lebih pada menyarankan anda untuk 'MEMANDANG SEKELILING' dan 'Berfikir'. Kadang jalan kaki daripada bus stop ke pasar malam, tengok pakcik tua pancing ikan dekat parit yang penuh semak-samun dan bahaya pun aku dah rasa sedih. Aku terfikir dia ni mesti cari ikan untuk jual or untuk bagi keluarga dia makan..ada ke tak ikan yang dia dapat tangkap...kalau ada ular patuk pakcik tu camne? Sape nak jaga isteri dia, anak2 dia...? :'(

*************************************
Ya, aku memang suka banyak berfikir camtu. Tapi akhirnya aku akan doakan sesiapa yang aku jumpa, even aku tak kenal dia...dan even aku tak tahu langsung apa yang aku fikirkan tu betul ke tak...Ya, doakan stranger, mudah-mudahan ada juga stranger yang doakan kita tanpa kita tahu langsung. Amin~

P/s: sekian , entry macam dah lari tajuk ni..hahahaha :p


Tuesday 25 August 2015

10 Material Utama Untuk Buat Busy Book (with online supplier's list)

Salam.
Bagi yang baca entri ini (klik), confirm dah tahu apa itu Busy Book kan? So, entri kali ni, aku nak expose bahan-bahan dan material yang kita perlu ada untuk membuat Busy Book ini, siap dengan weblink kat mana nak beli secara online. So, let's go! (n_n)

1. Kain Felt Pelbagai Warna & Corak
 
Kegunaan: Sebagai helaian buku
Size: A4 paling ideal, boleh guna A4 atau lipat dua terus jadi buku yang bersaiz A5 (separuh A4)
Jenis: Felt Polyster (felt keras) sesuai buat helaian buku, manakala Felt Acrylic (felt lembut) sesuai dijadikan 'hiasan'
Beli Felt Polyster (Keras) di SINI
Beli Felt Acrylic (Lembut) di SINI
Beli Juga Felt Pelbagai Corak di SINI
*size felt keras lebih besar daripada A4, so boleh adjust kemudian.

2. Fabrik Pelbagai Corak

Kegunaan: Hiasan
Size: Sikit-sikit je pun boleh
Jenis: Tak kisah, asal boleh dijahit
Beli pelbagai jenis fabrik dan corak di SINI
Beli fabrik cotton dengan pelbagai corak cantik di SINI

3. Velcro (Pelekat)

Kegunaan: Melekatkan hiasan pada helaian buku dan boleh dicabut-cabut
Beli pelekat Velcro di SINI

4. Buttons Boleh Jahit
 
Kegunaan: Hiasan untuk pembelajaran (buttoning / counting)
Beli pelbagai corak dan warna dengan pelbagai size di SINI

5. Zip

Kegunaan: Hiasan untuk pembelajaran (zipping activity)
Size: 8 inchi ke bawah tu cantik lah
Beli zip warna-warni di SINI

6. Ribbon & Slider

Kegunaan: Hiasan untuk pembelajaran (tie and slide activity)
Beli pelbagai jenis ribbon dengan corak menarik dan slider di SINI

7. Buckle
  
Kegunaan: Hiasan untuk pembelajaran
Pelbagai jenis: Kiri jenis yang selalu ada pada beg, kanan jenis yang selalu guna pada jam tangan. Mana-mana pun boleh
Beli buckle wrist clock di SINI

8. Batang Aiskrim Warna-warni
Kegunaan: Hiasan untuk pembelajaran (counting and colour)
Beli batang aiskrim kraf di SINI

9. Kapas Sintetik (Fiber)
Kegunaan: Untuk jadikan hiasan lebih 'hidup' dan efek 3D (gelembung)
Beli kapas sintetik di di SINI

10. Loceng Comel
Kegunaan: Merangsang deria pendengaran anak anda. Tak semestinya buku tak boleh berbunyi kan? Hehehe, jadi gunalah loceng kecik comel ni haa sebagai aktiviti tambahan
Size: Better guna yang kecik comel je..
Beli loceng comel di SINI

*********************************************
So, itulah dia TOP 10 Material dan Bahan yang paling utama untuk buat Busy Book. Kena ada lah maksudnya. Kalau lari bajet, beli sikit-sikit dulu or boleh guna barang-barang terpakai yang bersesuaian dan selamat untuk kanak-kanak. So untuk part 1 ni, aku review supplier online dulu ye, sebab yang offline kat kedai-kedai punya aku belum sempat survey.

And of course beli kat kedai lebih murah, tapi buat ibu-ibu yang dah tak sabar nak start buat Busy Book ni + takde masa nak survey2 kat kedai, bolehlah purchase kat link-link yang aku bagi tu ea...Jangan risau sebab aku dah banyak kali beli barang kat 2 online store tu, memang boleh dipercayai dan senang nak berurusan. :D

P/s: stay tune entri seterusnya, maybe about idea for Busy Book's activity, In Shaa Allah (n_n)

Menu Kesian Aku Dikala Kegawatan Ekonomi Zaman Study

Salam.
Ni citer lama. Zaman-zaman study yang aku dah tinggalkan dekat 3 tahun. Semuanya sebab aku terjumpa pic ni kat FB tadi...dengan caption 'Menu student yang tengah berjimat'

Haha! Terus tergelak aku. Sebab baru je hari tu aku berbual dengan tunang aku, "Teringat 'masa miskin' masa study kita salu makan nasi lauk telur dadar je kat kedai kan". Memang boleh kata tiap-tiap akhir semester, mesti mengalami masalah kegawatan ekonomi sebab time tu lah nak print beratus-ratus progress kerja dan artwork, final presentation kena lah gah jugak kan...so duit memang laju mengalir bak air terjun.


Itu nombor 3. Nasi Putih dan Telur Dadar lah menu yang paling selalu diorder ketika aku dilanda kegawatan ekonomi.

Nombor 2. Tetap jugak nasik, tapi beli satu jenis lauk je selain telur. Masa beli tu sumbat polisterin dengan banyak-banyak nasi (sampai jadi berat), pastu beli lauk yang boleh dibahagi dua (satu makan tengahari, satu makan petang or malam) contoh macam lauk Sambal Goreng yang ada tempe, tahu tu kan...cara aku makan adalah bagi 2. So, cara ni memang efektif bagi aku sebab makcik kedai tu kira rege macam satu kali makan je. Hahaha~


Nombor 1. Nasi putih beli kat kedai, letak kuah sikit pastu balik dorm makan dengan jajan Muruku Ikan Popo.
Jajan Popo ni aku siap beli yang pek besar punya yang dalam dia ada pek-pek kecik tu. Tahan lah 2 minggu camtu, sebab masa tengok Running Man sambil kunyah je jajan tu. Cepatlah habisnye~

So, nombor satu tu paling legend aku rasa. Aku pun tak percaya aku pernah makan menu camtu. Hahaha~ apapun, tak payah lah rasa kesian sebab aku makan camni, (chewah macam ade orang kisah je haha)...zaman study dulu memang normal lah student dilanda kemiskinan secara tiba-tiba. Ramai student prefer maggi, tetapi sebagai hantu nasik yang selalu laparkan nasik, aku lebih rela makan nasi putih camtu daripada kena makan meggi.

P/s: Okay tu je bye. Selamat berjimat-cermat (n_n)

Monday 24 August 2015

Apa itu Busy Book?

Salam.
Aku rasa dah makin ramai ibu-ibu yang tahu pasal Busy Book ni kan? Busy Book ni adalah sebuah buku yang diperbuat daripada fabric atau felt; yang khas untuk buat kanak-kanak mem-bizi-kan diri mereka masing-masing. Hahaa~


Busy Book ni dalam dia ada banyak aktiviti untuk kanak-kanak selesaikan. Sebab tu lah nama lain untuk Busy Book ni adalah Quiet Book. Buku ni boleh buat anak-anak anda senyap sebab diorang duk bz buat aktiviti dalam buku tu. Hehehe...so, before ibu-ibu semua cadang nak buat Busy Book ni, jom lah kita amek tahu sikit tentang buku ni ye...


Fungsi
Asalnya Busy Book digunakan untuk membuat kanak-kanak senyap agar tak buat bising terutamanya ketika mak ayah sedang hadiri majlis keramaian or makan di restoran (instead of beri smartphone, better guna Busy book)

Tapi dalam masa yang sama, Busy Book juga dapat meningkatkan skill motor halus (fine motor skill) dan menjana perkembangan otak anak anda dengan melakukan aktiviti-aktiviti dalam Busy Book tersebut yang kebanyakkannya memerlukan kemahiran dan kekreatifan berfikir.

Content Untuk Busy Book
Haruslah aktiviti yang dapat menjana dan 'mengembangkan' fine motor skills kanak-kanak, seperti aktiviti:

i. Membutangkan / buttoning



ii. Clips


iii. Buka Tutup Zip

iv. Basuh-basuh baju


v. Ikat-mengikat

vi. Masak-memasak

vii. Follow the track!

dan baaaaaaaanyak lagilah aktiviti yang boleh dimasukkan dalam buku ni tau! Terpulanglah ikut kekreatifan mak dia, apa2 yang memerlukan skill, maka bolehlah dimasukkan dalam Busy Book ni. Hehehe... even nampak macam bodoh-bodoh je aktiviti dia kan, tapi inilah yang sebenarnya dapat melatih anak-anak anda untuk gunakan segala deria yang dia miliki, secara kreatif dan berkesan!

Dan ya, memang semua aktiviti ni ada dalam smartphone, tapi tetap tak sama dengan Busy Book, Busy Book menggunakan segala deria yang anak anda miliki. Contoh macam aktiviti klip tadi tu kan, anak anda dapat rasa susahnya nak bukak klip tu dan selagi tak boleh bukak, selagi tu lah otak dia bekerja untuk cari penyelesaiannya, sampailah akhirnya dia reti bukak benda tu :D
(berbeza kalau dalam smartphone, mungkin sekali sentuh dgn hujung jari je klip tu dah terbukak daahhh...mudahnyewww)



Mestikah Busy Book Guna Kain dan Dijahit??
Tak semestinya. Tapi kalau nak tahan lama, guna fabrik or kain felt lah kan. At least kalau terkena air, boleh kering kalau jemur. Tapi kalau guna kertas, hancurlahhh. Lagi satu, budak-budak ni belum tahu erti sabar, kalau dia tak boleh buat or stress buat, takut dia buat secara kasar. So, pakai kertas takut senang koyak pulak kan. Hehehe...so better pakai fabric lah :D

Macam mana nak buat Busy Book??
Oleh sebab projek ni macam menarik, so okaylah. Aku try buat pelan-pelan, dan akan update sikit-sikit tutorial dan mana aku beli barang-barangnya supaya boleh bantu ibu-ibu di sana dapat inspirasi untuk buat juga Busy Book ni untuk kegunaan anak-anak mereka. In Shaa Allah (n_n) Doakan aku rajin ek? Hahaha~

*********************************
Okay, tu saje penerangan tentang Busy Book a.k.a Quiet Book untuk kanak-kanak. Ada masa aku update lagi pasal ni. Thanx singgah sini (n_n)

P/s: feeling macam cikgu tadika pulak bila tulis pasal ni..hahaha~

Akhirnya ke Killiney Kopitiam with my family

Salam.


Sambung entry semalam lepas aku gagal untuk lunch di Cats Cafe & Seoul Garden sebab INI (klik), maka kami pusing-pusinglah dalam KSL City tu untuk cari kedai makan yang best. Nasib jumpa Killiney Kopitiam ni, terus je decide nak makan kat situ, plus aku memang dah tahu menu kat Killiney ni sedap, cuma belum pernah bawak parents aku makan sini je lagi...

Menu @ Killiney Kopitiam
*Harap maklum menu yang aku tunjuk ni menu Killiney cawangan Nusajaya, so kalau kat cawangan lain selain Nusajaya, maybe ada menu yang takde dalam list & harga pun mungkin ada beza sikit. Hehe~


Harga semua standard lah, even restoran pun ada nasi goreng Rm10 kan. Hahaha...so, masa pilih menu sebenarnya aku sangatlah rambang mata. Sebab dulu aku pernah ada job photoshoot food kat sini, so dapatlah makan segala yg di-shoot tu dan rasa memang sedap. Hahaha, bestkan shooting gambar makanan~ So ini menu pilihan kami:



Dan macam aku cakap tadi, akibat rasa kelaparan dan rasa nak makan semua, maka wajiblah kena ada side order~ Hahah


Chee Cheong Fun is higly recommended! Even jarang gila makan kat Killiney tapi setiap kali pergi, mesti order benda ni sebab dia sangat sedapppp!!!

Klik untuk baca entri 'Apa itu chee cheong fun?'

So, itulah dia cerita makan di Killiney Kopitiam, KSL City, JB :D Total semua Rm66.10 termasuk GST dan service charge. See~ masih je ada servis caj kan? So pe guna ada GST? Mungkin untuk menyakitkan hati rakyat jelata~ apa nak buat~ hahaha