Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 30 September 2014

Jemput-jemput Kurma :D


Salam...:D
Wah kasihannya aku~~~~
Ini first time in my life makan jemput-jemput kurma..hahaha baru ku tahu kurma boleh ditambah ke dalam jemput-jemput. Hoho~ owh by the way, jemput-jemput itu adalah cekodok ye. Aku panggil jemput-jemput~ hehe..

Sumber Gambar

Kawan sekolah aku datang office tadi nak pick up bantal yang dia order, so dia bagi aku sekali jemput-jemput yang dia buat nih. Bila aku ngap satu, wah ada rasa manis-manis sikit. Sedap!

Ngap lagi! Kali ni aku belah dua, wahhh terdapat sesuatu yang sangat aku kenali, iaitu kurma!! Nice~~ nyum~nyum~ Thanx Dayah Miswan..sedappp...Sila buat lagi dan kasi aku lagi ye~ haha :p

Sumber Gambar
Korang nak buat?? Haa...sama je caranya macam buat jemput-jemput biasa, cuma tambahkan kurma, kalau nak resepi jemput-jemput kurma, sila klik SINI :)

Okay tu je, terima kasih singgah sini


Sad Ending of Avril Lavigne & Chad Kroeger :(


Salam... :(
Entry penuh emosi untuk semua peminat tegar Avril Lavigne

Avril Lavigne Chad Kroeger Divorce

Aku terdengar rumors mengatakan mereka akan berpisah. Aku fikir sekadar rumors, tapi rupa-rupanya betul :(

The Canadian Couple: Avril Lavigne and Chad Kroeger on their wedding

Setelah bersama Chad Kroeger (Nickelback) selama hampir 1 tahun lebih, mereka memutuskan untuk berpisah, setelah ex-gf Chad Kroeger memberitahu lelaki itu curang dengan Avril. Dan menurut beberapa sumber terdekat dan boleh dipercayai, mereka berdua ada masalah 'cemburu' dan asyik bergaduh.

Apapun, aku kagum dengan Avril Lavigne ni. Beliau baru je sambut hari jadi yang ke-30 pada 27 Sept hari tu. Tapi hari jadi beliau yang ke-30 ni agak menyedihkan sebenarnya, sebab dia baru sangat-sangat berpisah dengan orang yang sangat istimewa dalam hidup dia. Then, she should be sad and atleast terganggu mood sikitlah kan~

Tapi, menurut orang-orang yang melihat Avril pada malam sambutan hari jadi beliau, diorang cakap Avril senyum dan happy sentiasa. Gelak~ Party~ macam takde benda yang berlaku~


Avril Lavigne Celebrates 30th Birthday : News Photo

Avril Lavigne Celebrates 30th Birthday : News Photo

Aku rasa macam nak tahu je, apa yang ada dalam hati dia masa tu...apa yang ada dalam fikiran dia masa tu...ini pulak gambar Avril bersama girlfriendsnya berparti, mungkin nak release tension kot sebab time-time ni memang habis dah hubungan diorang berdua.. :( dan Avril keluar tanpa langsung mengenakan cincin kahwinnya yang selama ni dia tak pernah tanggal pun.

Avril Lavigne spotted out partying without her wedding ring! Avril Lavigne Engagement Ring Price

No wedding ring again~ cincin cantik gila tu kalau aku dapat memang akan sentiasa pakailah kan~

Avril Lavigne spotted out partying without her wedding ring!

Avril Lavigne spotted out partying without her wedding ring!

See, macam nak pengsan je gayanya. Dekat tempat yang tak ramai orang, yang hanya ada dua orang kawan baik dia ni, baru nampak 'perasaan' sebenar dia.

Avril Lavigne spotted out partying without her wedding ring!

Avril Lavigne spotted out partying without her wedding ring!

and this..

Avril Lavigne spotted out partying without her wedding ring!


Did she crying or something or maybe screaming as hell just to let 'it' go?? Well i hope the 'Let It Go' song will be come true, dear...



Yes, i'm her fan. Die-hard fan. Feels sorry for her. :( She's a very unique person. Personality dia sangat berbeza daripada orang lain. Hahaha sebab tu aku suka dia. Tetiba terjumpa ini :


Hahaha..muka nak serius....(u_u') sebab tu kau memang best Avril..ngehehe :p Owh btw, Avril ni kalau masa dia sedih or not in relationship, lagu-lagu dia semua sedap...bila dia bercinta dengan Chad Kroeger tu, lagu-lagu baru dia semua hampeh, daripada awal-awal dulu lagu Complicated, Losing Grip, I'm with you then boleh pulak dia buat lagu yang bertajuk 'Hello Kitty' ??? Banyak lagu baru dia yang tak feel macam lagu-lagu dia yang lama.

So, i guess dia ni buat lagu best time tengah putus cinta je~~ hahaha..so lepas ni, mesti lagu-lagu baru dia bommm bomm kebaaabommm !!! Cepat buat lagu baru ye~ Hahah :p

 

Bye~ :p

Kahwin jelah dgn BFF kau ni~ sian Evan cintanye tak berbalas~ hahah :p

Eh, bila daa entry aku ni nak habis~~~ Bye!

Monday 29 September 2014

HAMMU - Kartun Makanan Yang Kawaiiii~~


Salam!
Hari ni aku nak share sesuatu yang tersangatlah comelnya!!
Terima kasih kepada kawan aku, Crystal yang telah suggest aku supaya like page tersebut. Memang seronok dapat lihat 'kehidupan seorang makanan'. Hahah :p

Inilah Hammu...comell kan~~~Hammu ni adalah sejenis spesis Hamster. So, bila dia pergi kat makanan, makanan tu akan di'hamterized' kan bak kata pelukis tu, dan jadi sebuah big family..Haha

Hammu ni kartun-kartun dia memang special tentang makanan saje. Dan comel-comel sesangat. Seronok!! Jom tengok ni : 
Yg sekor putih tu je Hammu lah tu~ haha

Puding yg comel! Bila kita angkat je acuan daripada puding, puding tu akan bergetar-getar sikit. Itu yang boing~boing~~ tu :D

Haa..ini Tau Fu Fa, ataupun aku panggil ia Tahu Lembik..hahaha..selalu jual kat pasar malam tau..comel kan bila dia jadi kartun..hehe :p


Kaya Ball !! Siapa suka makan kaya ball?? :D
Gyahhh! Comelnya kalau potato chips macam ni. Memang aku bela sekor-sekor ni. Hahah :p
Okay, ini pula Pau!!! Tak boleh blah ayat 'ibu pau' kepada anak-anaknya tu; "Don't Panic and become a real Pau"...hahaha :p
Char Kuey pun ada!! Hahaha sedap nih..selalu bila makan memang aku pisah-pisahkan dia, tapi tak terfikir pulak macam ni. Sian diorang kena pisahkan. Haha..comel~comel~

Bayangkan kalau coklat-coklat kita turut membantu dalam percintaan kita kan~ Haha camnilah jadinya. Coklat pulak yang over~ Hihi~

Hahahaha...kesian sushiii~~ (>_<)
Yahooo! Aku suka Takoyaki~nyum~nyum sedapnye :D
Haaaa comel gila~~~~terasa nak makan pulak marshmallow ni~

Haa comel-comel kan kisah makanan di Hammu ni. Seronok tengok. Ini pulak antara ilustrasi poster makanan yang sangat comel jugak :








Haa...inilah Hammu in real life!! Tapi bukan binatang betul lah, felt craft je kot? Cuteeee sangat !!!


Saya Hammu!
Hammu bersama masternya (pelukis)


Comelnye laaa hai si mambang putih tu. Geram betul!!
Hammu tengah tengok kawan baru yang dalam proses. Haha..bulat lahhh sangat. Cam nak picit-picit je rase!!

Haa....itu sajelah tentang Hammu ya. Sangat comel kan (n_n) Semua gambar ni daripada FB Page Hammu sendiri, boleh lah terjah page beliau untuk tengok banyak lagi karya-karya yang best. Terima kasih sudi singgah sini (n_n)


Hahaha! Aku tak tau kenapa aku rasa yang ini sangat comellll!!


Sunday 28 September 2014

Malas...



Malas gila nak buat pape skang ni...
Aku tengah addict online games...
Wadduh~ waduhhh~~~
gawat nih!
T_T

Thursday 25 September 2014

Bakar Lemak dengan Diet Atkins !!! :D


Salam!
Adakah anda seorang yang berbadan 'comel' dan selalu berdiet untuk menjadi kurus, tapi selaaaaalu je gagal??? Jika ya, anda mungkin patut mengubah pola pemakanan anda dengan mengikuti Diet Atkins yang akan saya terangkan dalam entry ini :D Tapi, sebelum tu, anda perlu faham beberapa perkara yang saya highlightkan ini ya :

Dah amalkan hidangan 'Low Fat' pun, masih gagal slimkan badan? Whyyyy???

Hidangan 'Low Fat' / Rendah Lemak bermaksud hidangan yang kurang atau sifar langsung kandungan lemaknya. Ramai yang amalkan diet macam ni, tapi gagal jugak! Yang berjaya pun biasanya akan kembali ke berat badan asal mereka dalam masa 1-2 tahun kerana tak tahan dalam jangka masa yg lama dengan diet tersebut yang menyebabkan mereka berasa lapar. Diet Low Fat adalah diet yang mengurangkan kadar pengambilan lemak, tetapi masih mengambil makanan bergula serta makanan yang mengandungi kuantiti karbohidrat yang tinggi, seperti meminum jus, makan roti dan makan banyak kentang. Hal inilah yang menyebabkan kenapa masih gagal kurangkan lemak dalam badan.

Kenapa Karbohidrat Tinggi Boleh Menghalang Penyingkiran Lemak Badan? Whyyyyy???

Karbohidrat akan diproses menjadi glukosa.
Dari segi sains, badan akan menggunakan glukosa terlebih dahulu sebagai 'bahan api' sebelum menggunakan lemak. Jika anda berdiet dengan mengambil banyak makanan yang tinggi karbohidrat, badan anda hanya akan membakar glukosa yang terhasil, manakala lemak anda tetap akan maintain.
Jadi, jika anda mengehadkan pengambilan karbohidrat untuk badan mengikut Diet Atkins iaitu 20g Karbohidrat sajerr sehari, bayangkan apa yang akan dibakar selepas glukosa daripada 20g karbohidrat itu habis digunakan??
BAKAR LEMAK ANDA LAHHH !!! :D


Memperkenalkan Diet Atkins oleh Dr. Robert C. Atkins


Suatu pelan diet yang mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarborhidrat tinggi seperti nasi, mi, roti, kentang dan gula, agar badan akan bertindak membakar pula lemak sebagai sumber tenaga selepas habis menggunakan glukosa.

Diet Atkins / Atkins Nutritional Approach (ANA) telah dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu dipatuhi dengan berdisiplin dan bersungguh-sungguh bagi mereka yang ingin men-slim-kan badan serta mencapai berat badan yang ideal.

Atkins Nutritional Approach (ANA)

1. Induction (minggu permulaan) - Minimum 2 minggu / lebih ikut keadaan dan berat badan
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime maintenance

Induction adalah peringkat yang paling penting sekali sebab ia adalah tapak permulaan perubahan corak pemakanan anda dan akan berbeza daripada apa yang anda lalui selama ini. Ia boleh dilakukan selama minimum 2 minggu dan dilanjutkan sehingga 6 bulan - 2 tahun, pendek kata, lagi tinggi berat badan anda/lagi susah berat badan anda nak turun, lagi lama anda perlu berada di tahap induction.


JANGAN MAKAN INI dalam tempoh induction :


1. Elakkan makan Nasi, mi, bihun, laksa, laksam, spagethi, fettucini, vermicelli, kuewtiow dan yang sekaum dengannya.
2. Elakkan makan Roti, roti berserat, roti bun, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sekaum dengannya
3. Elakkan gula (gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa2 yang bergula tinggi)
4. Elakkan buah-buahan (leps 2 minggu baru makan berpada-pada)
5. Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas dan kopi
6. Elakkan makan snek (Twistoes, biskut manis, popcorn, jeruk manis dll)
7. Elakkan segala bagai jenis kacang utk 2 minggu
8. Elakkan makanan yang diproses seperti kentang goreng, fishball, bebola sotong dll
9. Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut dan kuih-muih.

Whatt?? Semua tu tak boleh makan dalam tempoh Induction???

Hahaha..jangan risau, nampak macam dah takde benda yang tinggal untuk dimakan kan, tapi sebenarnya, apa yang korang boleh makan dalam tempoh induction tu laaagi sedap tau, jom tengok ni :


BOLEH MAKAN INI dlm tempoh induction :

1. Ayam (panggang, steam, bakar, sup, satay, goreng tanpa tepung)
2. Semua ikan (sama macam ayam)
3. Semua daging yg halal (sama macam ayam)
4. Udang (bakar, tomyam, goreng dgn cili boh)
*elakkan sotong kerama karbohidrat tinggi!
5. Sayur hijau! Lagi hijau, lagi bagus (sawi, bayam, timun)
*kurangkan lobak merah dan kentang
6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan (2-3 keping je per day)
7. Air mineral (8 gelas / lebih utk elakkan sembelit)
8. Pizza? Makan topping sahaja
9. Vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk tambah tenaga dan daya ketahanan badan

Dalam Diet Atkins ini, korang kena jangan ponteng makan! Kena makan! Kena sarapan, kena lunch dan kena makan malam sebelum jam 9! (ini digalakkan oleh Nabi Muhammad Saw)

Berikut pula antara contoh-contoh Atkins's Menu :
*carb = carbohydrate

Sarapan / Breakfast
1) Telur rebus - 1 biji - 0.6g carb
2) Chicken slice - 2-3 keping - 0.0g carb
3) Air suam - 1-2 gelas - 0g carb
4) Keju - 2 keping - 1g carb
(pilih salah satu je ye, bukan ngap semua~ haha)

Makan tengahari / malam
1. Ikan panggang - 1-2 keping - 0g carb
2. Sup Ayam - 1 mangkuk - 0.5 - 1g carb
3. Ayam goreng - 1-2 ketul - 0.5 - 1g carb
4. Sayuran hijau - 1 mangkuk - 1 - 3g carb
5. Telur goreng - 1- 2 biji - 1 - 1.5g carb
(pilih salah satu je ye, bukan ngap semua~ haha)


JANGAN LEBIH DPD 20G carb sehari kalau nak slim :D

Nasi
1 pinggan penuh = 88g carb
1/2 pinggan (separuh) = 44g carb
1/4 pinggan = 22g carb


Haaa....tu dia sedikit sebanyak penerangan tentang Diet Atkins ni (n_n) Agak logik jugak sebenarnya diet macam ni. So, once korang dah berjaya menyesuaikan diri dengan menu-menu diet Atkins ni, barulah boleh maintainkan berat badan, dan time tu bolehlah tukar kepada diet Islamik pulak seperti yang nabi kita buat dulu.. :)

Itu saja, harap bermanfaat ya. Terima kasih (n_n)



P/s : Setiap pelan diet ada pro contra nya. Apapun, diet untuk slim adalah untuk jangka masa pendek dan selepas itu barulah amalkan diet hidup yang sihat dan Islamik untuk sepanjang hayat. 


Wednesday 24 September 2014

We all sedara-sedara Saloma, you alls~~


Salam... (n_n)
Korang nampak tak makcik yang pakai tudung warna cream yang ketiga dari kiri tu?


*****************************************


Sebelum ni, mak aku ada cakap yang nenek aku pernah tidur dengan Saloma. Even nenek aku sendiri pun cakap, Saloma tidur dengan dia masa dulu-dulu. Sebab Saloma ni kira sedara-sedara jugaklah dengan keturunan keluarga aku ni. Mak aku pun cakap, pelakon Melissa Saila tu pun sebenarnya ada bau-bau bacang jugak dengan family tree kitorang.

Wah! Aku tak tau dia dah pakai tudung :D

Aku dan sepupu-sepupu aku yang lain pun owhh~ teruja jugak sebab tak sangka. Hahaha..tapi takdelah perasaan sangat, sebab entahlah~ haha...sehinggalah masa wedding anak sepupu mak aku hari tu, kira sepupu sepapat aku jugaklah yang kahwin tu..masa tu, memang ramai giler sedara-mara yang entah dari ceruk mana siap ada yang aku tak kenal langsung~ hahaha...semua datang berkumpul.

Arwah atuk aku family belah dia majority daripada Singapura dan Indonesia. So, hari tu dapat jumpa yang belah Singapura je, yang Indonesia dah terputus hubungan. Kena buat jejak kasih agaknya kalau nak jumpa balik. Haha..dan owh ya, berbalik pada kisah nenek aku dan Saloma tu, masa kat wedding tu lah, terjumpa makcik ni, yang merupakan sepupu arwah atuk aku dan sepupu sepapat Saloma and the gang~

Makcik ni tengah cerita-cerita, kitorang boleh sibuk ambil2 gambar~ Hahah :p


Makcik ni lah yang telah menceritakan kat aku tentang family tree dan carta susur galur keluarga kami yang dalam tu terselit nama-nama bintang-bintang terkenal Singapura suatu ketika dulu iaitu, Saloma dan suaminya P. Ramlee, Mimi Loma (filem Ahmad Albab) dan juga seniwati Mariani.


Gambar ni terasa sangat vintage dan ada 1001 cerita disebaliknya..





Hooo....baru aku percaya....dan baru aku faham macam mana selok-beloknya family tree aku ni. Rasa sebak pulak bila tengok gambar-gambar lama tu dan terasa seperti ada connection bila tengok balik filem-filem diorang dulu T_T. Teringat pulak arwah atok aku T_T. Al-fatihah~ Hmm..besar banget family~ itu belum campur dengan sanak-saudara belah Indonesia lagi tu. Entah artis mana lagi yang termasuk dalam family tree kitorang. Muahaha puii~~ nak yang artis-artis sesajer~~ Hahaha.. :P

P/s : Ah, motif aku touching buat entry ni, gambar-gambar lama tu buat aku rasa macam ada something yang sentimental value gitu. Dah lah aku ni suka benda-benda lama dan vintage camni :)