Happy Three Friends

Miss Money

Wednesday 27 February 2013

Owh Cikgu Yang Tamak Haloba


Salam semua. Hari tu aku kena buat design besar-besaran untuk kempen kat sebuah
sekolah ni. Kena pulak cikgu yang in charge kempen tu amatlah selfish dan asyik
pentingkan kekayaan peribadinya saja, maka banyak gila aku kena design. Hadoi.

Aku tak kisah, sebab buat design memang bidang aku, cuma yang tak bestnya tu bila
dia reply email aku or call aku untuk berdiskusi (chewah~) tentang design-design tu,
dia akan cakap macam ni;

"Adik kalau boleh design banyak-banyak sikit, bagi yang ceria-ceria kan biar budak-
budak tengok, rambang mata, and nak beli semua. Cepat sikit akak kaya.."

Bukan sekali okay, boleh kata setiap kali kitorang berbincang pasal design-design
untuk kempen tu, confirm akan keluar ayat puaka dia tu;

"Cepat sikit akak kaya.."

T_T Adoi, cikgu, kalau anak aku ada sekolah kat situ, memang aku pindahkan anak aku
ke sekolah lain. Buat masa sekarang, items yang cikgu tu order adalah button badge,
dia nak 3 design. Bila dah laku, dibantainya aku suruh buat lagi 5 design buttob badge,
design keychain banyak-banyak dan T-shirt. Aku tak kisah tentang design cuma yang
tak bestnya bila semua items-items itu dibuat untuk dijual kat murid-murid.

Ohoi~~~murid-murid memang lah nak beli semua, rambang mata, tapi yang parah mak
bapaknya. Huhu~ Pokai obah dan omak diorang, cikgu oii~~

Owh lagi satu aku geram sangat kat cikgu ni, dia punya tamak haloba sangat lah over !
Hari tu dia suruh aku buat design kad hari guru, kad hari ibu, kad hari bapa, dan kad hari
raya. Suruh aku design banyak-banyak okay. Siap dah komen bagai macam tu macam ni,
at last...

Apa pun tak jadi!
Sebab, dia cakap alamak bajet tak cukup lah dik.
Owh, damn~~nasib aku keje bawah orang, kalau freelance memang aku hantar orang-
orang aku pergi belasah cikgu tu..hahaha (gebang lebih)

Okay, design-design yang aku buat untuk cikgu tu memerlukan aku melukis doodles
budak-budak sekolah rendah, jadi nanti aku postkan doodles-doodles tu ya. Soon.
Thank you sudi singgah sini. Kasi preview sikit designnya :


p/s : ini cerita tentang cikgu tu sahaja, aku tak cakap semua cikgu macam ni. Kang ada
manusia-manusia yang tak faham bahasa pulak nak cakap aku kutuk cikgu, ketuk pale
tu kang ! Dush

Saturday 23 February 2013

Comelnya Anak-anak Meow! :D


Salam semua. Hoho hari tu aku balik kampung nak sambut birthday nenek aku.
Kali ni aku balik kampung dengan rasa yang lebih gumbira sebab apa?? Sebab..
kat rumah nenek aku ada dua ekor anak kucing baru !! Yeayyyyyy !!

So, seperti biasa, memang pantang aku berjumpa kucing, maka penuhlah kamera
aku dengan gambar-gambar makhluk comel ini. (n_n) Jom tengok gelagat-gelagat
meow-meow kecik ni...




Sebenarnya, dua ekor anak meow ni agak penakut dengan orang, tu yang aku kena follow
diorang ni daripada jauh dan zoom in sedekat yang mungkin. 

Suka sangat main panjat-panjat tayar beskal tu





Kalau korang perasan, yg montel sikit ni lah yang selalu pandang kamera, yang lagi sekor tu asyik menjilat je kerjanya



Again, si montel tengok kamera, sekor lagi menjilat-jilat

Itulah dia antara gelagat-gelagat anak-anak meow kat rumah nenek aku ni. Comel sangat
cuma diorang takut sikit dengan orang. Geram je sebab susah nak pegang. And lagi satu,
masuk hari ni, dah lima hari anak kucing aku yang bernama Anissah tu hilang :( Sedih
gila, tiap-tiap hari bila aku balik kerja, mesti tertunggu-tunggu si Anissah. Hmm.. :(

Ni bukan Anissah
Anissah baru dua bulan je duduk kat rumah aku. Dan serius aku terkilan gila sebab bila aku
check kamera aku, hanya ada gambar beliau tengah baring terbongkang, tak nampak muka.
Terus aku marah diri aku, bodoh ! Apesal tak ambil gambar dia banyak-banyak hari tu??!

T_T

Wednesday 20 February 2013

18 Cara Penulisan Gelak Anda & Maksudnya !!! Hahaha

Salam semua. :) Ok, hari ni kita belajar memahami maksud gaya penulisan
ketawa ya, anak-anak~~

1. Hehe
Lebih kepada bergurau secara sopan. Biasanya digunakan untuk menunjukkan statement
yang kita buat tu bukan lah sesuatu yang serius, gurau-gurau je~~Contoh ayat :

"Ko ni gila betul lah ! Hehe.."

"Ah, tak nak aku ajak kau ikut sekali ! Hehe.."

2. Hehehe (3x atau lebih)
Bergurau juga, disebabkan oleh kerajinan jari untuk menaip yang tinggi. Contoh ayat :

"Aku nak pergi makan jap g...siapa nak ikot?? Hehehehehehehehehehe.."

"Hari ni beliau datang kelas lah ! Hehehehehehehehe.." (boleh jadi juga sebagai gelak miang)

3. Ngehehehehehehehe...
Ini gelak menganjing. Ada juga yang berpendapat bahawa seseorang akan terdorong untuk
gelak seperti ini ketika dalam kepalanya sudah terniat untuk membuat sesuatu yang tak
berapa nak baik. Contoh ayat :

"Ngehehehehe ko ni tak reti masak ke...habislahhh xde sape nak kawen dgn kau"

"Yesssssss !!! Hari ni aku nak ***************** beliau ! Ngeheheheehehehe"

4. Kekekeke...
Hmmmmmmmmm........entahlah rase macam kekekeke ni bukan sejenis gelak.
Hmmmmmmmmmmmmmm (berfikir)

5. Huhu / huhuhu
Gelak macam ni selalunya disebabkan oleh rasa tak puas hati terhadap seseorang. Gelak
terbaik untuk digunakan jika kita nak sindir / perli seseorang tu tapi dalam masa yang nak
tunjuk yang kita gurau-gurau je. Dan juga untuk menyatakan kesilapan orang tu, tapi
segan. Contoh ayat :

"Awak ni cakap orang, habis awak tu baik sangat ke ? Huhu"

"Kalau tak reti, jangan nak komen lebih-lebih lah derr...Huhu"

6. Hihi / hihihi
Ni namanya gelak bajet comel. Biasanya digunakan oleh gadis-gadis bawah umur mahupun
terlebih umur untuk menonjolkan kecomelan mereka ketika ketawa.Contoh ayat :

"Malulah kita...hihi"

"Cantiknya kawan saya sorang ni, hihi"

7. Hihihihihihihihi..... (lebih 3x dan beralun seperti mengilai)
Ini hantu !!

8. Hihik
Ini namanya gelak tersedak

9. Hik..hik..hik...
Ini gelak mintak penampor. Tetapi bukan lah disebabkan sesuatu yang serius,
ia lebih kepada ke-poyo-an yang melampau, contoh ayat :

"Hari ni nak jumpa si dia lah, hik..hik..hik..."

"Ada orang kirim salam kat aku, cakap aku hensem~~Hikhikhik..."

10. Hiks
Ini diadaptasi daripada cara alien ketawa.

11. Haha / hahaha
Ini jenis gelak yang memang disarankan oleh doktor kerana jenis gelak macam ni adalah
normal. Tahniah jika anda memang gelak macam ni.

12. Ahahahahahaha
Ini namanya mereka memang bersungguh-sungguh nak gelak disebabkan sesuatu
yang sangat lawak gila. Tambahan huruf 'a' di depan menunjukkan betapa semangatnya
mereka nak ketawa. Contoh ayat :

"Ahahahahahahahahahaha...lawak gila doh citer Dua Alam tu !!"

"Ahahahahahahahahahahahaha...adeh tak leh benti gelak dah aku ni !Sumpah memang
lawak kan citer tu"

13. Hahahahahahahahahahaha!!!
Gelak panjang macam ni dan jika disertakan dengan tanda seru kat belakang tu, maksudnya
memang dia tengah gelakkan seseorang / sesebuah pihak, dengan rasa terpuas hati yang
amat sangat, seolah-olah dendam sudah terbalas ! Err...Contoh ayat :

"Padan muka kau, sameon! Hahahahahahahahahahaha !!!"

"Haaa amekaw !! Hahahahahahahaha !!!"

14. Muahahahahahaha
Cium skrin laptop/PC/Phone lepas tu ketawa (u_u)

15. Bhahahahahahahaha
Ini adalah gelak terbahak-bahak. Kajian mendapati untuk gelak terbahak-bahak sambil
menyebut 'bahak..bahak...' adalah sesuatu yang sukar dan mengarut. Jadi mereka
memudahkan gelak seperti ini dengan sekali semburan sahaja iaitu 'Bhahahahahahahaha'

16. Huahuahuahua
Mereka peminat anjing chi hua-hua.

17. Wawawawawa
Ini ketawa ke menangis?? Tangisan gembira kot~

18. Wakaka / wakakakakaka
Zamina mina..ey ey..waka waka ey Eyy~~~

Okay tu je lah yang aku dapat kupas hari ni. Jangan risau, takde seorang mahkluk pun
yang digunakan bagi tujuan eksperimen dalam kajian ini.

Sila jangan nak terasa pulak ya, sebab entri ni aku buat suka-suka sahaja.
Hehehehehehehehe....okay bye ! Thans sudi singgah sini ! :D


Monday 18 February 2013

Lalalalaa~ Hari~Hari Kerja ~~

Owhh damn...Bosan...bosan....dan bosan...Sumpah rasa macam takde life
bila aku dah bekerja. Owhhh, di manakah zaman-zaman aku seronok berhuha-huha
bersama member-memberku, dan juga bersama di dia tanpa memikirkan kerisauan
terhadap apa-apa pun~~~Uhuk-uhuk~~~

Mana Doremon ni, aku nak jadikan dia hamba abdi aku. Aku nak rompak segala
bagai peralatan canggih yang dia ada ! Terutamanya Mesin Masa Ajaib !!!! Yaaa...
dengan itu, aku akan boleh kembali ke masa silam ku masa mula-mula nak masuk
U dulu. Lepas tu aku nak rasa yang seronok-seronok dan huha-huha je, bila part
kena buat assignment ke, kena induction ke, aku nak skip. Hahaha...

Hmm...lecturer aku semua cakap, susah-susah dulu, bersenang-senang kemudian.
Tapi apa yang aku rasa sekarang ni, entah celah mana entah kesenangannya tu.
Mungkin senang sebab ada duit sendiri lah kot. Hmm...entah lah tapi aku rasa
bosannya lah hidup asyik kerja je.

Kalau dulu, selalu cakap, bila lah nak habis belajar ni. Yelah, sebab kita tahu belajar
tu berapa lama masa tempoh dia. Sekolah rendah 6 tahun, sekolah menengah 5 tahun,
matrix 1-2 tahun, diploma 3 tahun, degree 2 tahun, pHd entah berapa tahun sebab aku
tak sampai lagi. Hmm, so kalau kerja?

Sampai mati lah kan?

Kebosanan aku ni kadang-kadang bengong jugak sampai aku terfikir nak berhenti
kerja jap, nak rehat lama-lama, lepas tu cari kerja balik. Hahaha...owhh boss, boleh tak??

Then apa yang aku nampak dan rasa sekarang adalah macam mana betul-betul menjadi
seekor mahkluk yang dewasa. So tired~~~~bla bla bla...

Aku dah rasa dah apa yang mak abah aku rasa before ni, macam mana rasanya bila
kita terpaksa lupakan apa yang kita nak beli, demi mencukupkan duit untuk menyara
keluarga. Hoho~~tough learning for me !

Dulu, aku takdelah boros mane, cuma kalau aku nak membeli-belah tu, memang senang
hati je lah, sekarang..baru aku tau apa yang mak abah aku rasa,macam mana diorang
dulu simpan duit untuk aku belajar dan terpaksa korbankan keinginan diorang nak
berbelanja. Serius weyh~~bila korang dah ada duit sendiri, janganlah lupa mak abah
adik beradik korang. Balas jasa wehhh, kang tak berkat hidup kau, haha..

Owh ye, satu benda lagi yang buat aku rasa macam dah dewasa habisssss lah apabila
aku kena pergi klinik sendiri, sebab masa tu tengah kerja. Batuk macam dah nak
mati dah, tu yang kena gak pergi klinik. Selalu, pergi dengan mak abah aku, mak kena
teman sampai dalam bilik doktor ! Hehe :p tapi hari tu, uhuk2 dah lah pergi sorang-sorang,
then kena bayar duit ubat pon sendiri. Melayang Rm 35~~~~ T_T

Hmmm, ahh bosan lah jadi dewasa nih, banyak gila benda nak kena fikir. Hadoi lah hai~~
Tabah je lah menghadapinya, wee~

(membebel tak nak berhenti)


Tuesday 5 February 2013

Doodles-doOdlesss comel

Salam semua, ada lagi ke readers blog aku ni ye? Hahaha lama gila aku tak
hupdate. Tak busy pon buat-buat busy memanjang. Hehe (n_n). Kali ni tak
de cerita gempak macam harian metro pon, hanyalah nak share doodle yang
aku buat hari tu.

Doodle budak perempuan tengah makan kuih, hehe :D

Doodles Comel


Final Design :

Doodles dalam design papan harga
Haaa, aku baru tahu kuih doremon yang aku selalu makan tu rupanya nama
sebenarnya adalah Kuih Sri Kandus~~~Ni ha rupa paras beliau yang kecik
comel je ni :

Kuih doremon / kuih sri kandus