Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Monday, 31 December 2012

Artwork Kegelapan Kembali



Nak tengok yang dah siap sepenuhnya? Sila klik SINI ya, thank you ;)



Saturday, 29 December 2012

Pernahkah korang tertelan gula-gula getah??



Hahaha pernah? Bila tengok benda ni je terus aku teringat kisah aku masa kecik-ketot dulu. Balik sekolah agama, naik motor. Mak aku amek, bawak adik aku sekali. Dia pun baru lah 2,3 tahun je kot~ Aku singgah kedai, macam biasalah nak beli jajan~ Haha..

Selama ni aku memang tak pernah nak beli chewing gum sebab takut tertelan, tapi kenapa entah hari tu aku rasa macam dah cukup ilmu dan keyakinan agaknya nak try chewing gum, so aku beli. Perisa blueberry okay, aku ingat lagi :p

Aku senyap-senyap bagi adik aku sebiji, saja nak bagi dia rasa. Sambil naik motor tu, kami kunyah gula getah tu. Mak aku pesan kat adik aku,

"Mar, gula-gula tu jangan telan tau !"

Sekali adik aku cakap, dia dah telan. Gulp. Aku dah cuak. Mati aku lepas ni mesti mak aku salahkan aku sebab bagi dia makan gula getah tu. Dan kerisauan melampau tu menyebabkan aku
terus campak buang je 2 kotak gula getah yang aku beli tu.

Piuuuunggg~~~~~

Sampai rumah, mak aku try jolok tekak adik aku, dengan harapan gula getah tu dapat dikeluarkan, hahaha tapi tak dapat pon :p

P/s : dulu aku takut gila kalau tertelan biji limau, sebab orang cakap nanti tumbuh pokok limau dalam perut. Jahat betul~ T_T 


Thursday, 27 December 2012

Akhirnya Seoul Garden bersama family

Alhamdulillah, tercapai jugak hajat aku nak bawak satu family aku
melantak sambil membesarkan diri di Seoul Garden. Minggu lepas
adik aku balik. Dan aku jugak dapat cuti satu hari pada hari bekerja.
Terus aku plan baik punya, sebab kalau hari bekerja, tak ramai
sangat :D

Sampai je, aku target dalam Rm 120 lebih je (sebab 4 orang dewasa)
sila tengok senarai harga ni :

 
Tapi kan, jangan haraplah semurah itu, sebab aku bayar hari tu dekat Rm 150 !
Wuwuwuw, bankrup aku. Damn sangat services charge sampai Rm12 lebih,
gov tax pulak dekat Rm6. Jahat tau~~

Sampai, memang aku tak sempat dah lagi nak snap sebarang gambar, sebab 
memang dah kelaparan. Terus je ngok ngek ngok ngek melantak bersama-sama.

Ni mak abah aku. Memang aku paksa diorang makan habis-habisan sebab
tujuan utama aku bawa diorang ke sini supaya diorang dapat rasa makan 
seperti orang Korea, hahahaha... tapi abah aku makan sikit. Berikut adalah
perbualan aku dengan abah masa tu :

Aku : Bah, makanlah daging ni haa..makan je banyak-banyak..

Abah : Tak minatlah abah..abah rasa macam harimau je kalau makan daging
je...(abah aku prefer vegetables je, daging sikit-sikit je)


This is my mummy. Birthday dia baru je lepas, 26 Dec. Hehehe, sayang mak !

Ini anak-anak mak abah aku (u_u)

Owh nak tau, lepas makan tu, aku dengan mak aku singgah restroom. Dalam
tu, tetiba je mak aku jadi excited sambil cuit-cuit aku. Dah kenapa mak aku ni?
(-_-')

Rupa-rupanya, ada si pelakon lawak tu Amyza Adnan dalam restroom tu dengan
anak kecik dia. Haha sila tahu yang mak aku ni mata dia memang pantas je cam
artis-artis yang ada di sekitarnya.

Dan beliau sangat excited bila jumpa artis. Adakah aku terkena tempias sikapnya
itu? Ahaks,mak aku siap tunggu depan restroom tu semata-mata nak ambil
gambar dengan dia. Haha

Nasib dapat, kalau tak mau tak boleh tidur mak aku malam tu, hahaha :p

Owh ye, mata mak aku memang luarbiasa. Dulu mata dia ternampak Abby Abadi,
Liza Abdullah, Que Haidar...paling latest masa kitorang window shopping di JPO,
boleh dia terperasan pulak ada Sharifah Shahira dalam outlet yang dah tutup tu.
(-_-') 

Owh, lepas tu kan, masa ontheway balik daripada makan-makan tu, ada satu hotel
ni macam cantik dan comel sebab dia colourful.


Sekarang ni, aku cepat penat lah. Even kerja tak banyak bergerak, tapi mata jadi
letih sebab terbukak je mengadap PC.Sejak aku kerja ni, rutin harian makan tengah-
tengah malam dah tak boleh nak dibuat, sebab asal balik je, aku terus tidur awal.
Adoila~~~

Ni pun tabah je update blog~ Ada masa aku bW blog korang ye, maaf lama tak
jenguk. Take care all (n_n)...

 

Monday, 17 December 2012

Tak tau nak letak tajuk apa (-_-')

Ohoi~ Bahaya ! Bahaya !
Keboringan aku sudah memulakan operasinya~~
Aku ni memang cepat boring
bila dah selalu sangat buat kerja yang sama
Dulu, aku dah malas dan boring nak belajar
So, aku tolak Matrix..
Sekarang ni, memang aku takde hati lagi dah
Nak study,
so aku memang tak berniat nak sambung Master,
Sekarang tengah cuba menjadi master chef
dengan mengacau mak aku masak
kat dapur...Hahaha

Dah dua minggu aku kerja, boleh pulak pagi tadi
rasa malas betul nak bangun pergi kerja..
Ish..ish...ish..dah boring ler tu~~~ damn~
Tapi, untuk memastikan kelangsungan hidup aku,
kena lah kerja je kan ~

Serius rasa rindu gila nak kembali ke zaman U dulu.
Wuwuwu, dulu masa zaman study punyalah best !
Even banyak assignment ke, projek ke, tetap rasa
coOl~ yelah sebab lepas habis satu paper or habis satu
accessement, (arh cmne entah nak eja )
confirm akan hang out untuk release tension~
Haha, seronok betul !
Sekarang nak release tension pon macam tak guna je,
esok-esok tetap kerja gak, ngadap benda sama..fiuhh~~~

Owh btw, ada dua benda yang aku tak berapa gemar bila
buat design masa kerja nih; iaitu :

1. Design untuk politik

Cukup-cukup bosangg~~~~sebab warna yang tak bersalah
pon dipolitikkan, mereka cukup sensitif okay. Dan aku pon
terpaksa memplastikkan muka aku even aku tau 'indah tagline
daripada rupa'. Lepas tu tak boleh nak design ikut citarasa aku.
Hahaha...

2. Design berkaitan restoran

Huh yang ni cukup menggoda iman, lagi-lagi kalau tengah buat
design masa lapar. Mesti kena letak gambar-gambar makanan
yang restoran tu buat, soo guna pic internet pulak, memang
terliur tengok makanan-makanan semua tu. Wuwu....tadi buat
banner pasal char kuey teow, siot betul. Dah lah tengah lapar nih
T_T...

Okay itu je lah, nak lunch ni~ Ahaks...owh semalam spec mata aku
patah. Padan muka kan (u_u) So, hari ni aku ada spec baru~~



Monday, 10 December 2012

Dulu, waktu sekolah......

1. Dulu waktu sekolah, mesti kena jawab salam dua kali masa
tengah perhimpunan. Sebab salam pertama yang guru nak berucap
tu bagi, murid-murid jawab lemah je. Bila kali kedua kena, baru
terjerit-jerit jawab salam.

2. Dulu waktu sekolah, terutamanya sekolah rendah, masa menyanyi
lagu negara ku ke, lagu bangsa dan lagu sekolah, confirm cikgu
Muzik akan tampil ke hadapan untuk 'membimbing' murid-murid
menyanyi, sambil gerak-gerakkan tangan ikut rentak. Dulu cikgu muzik
aku kat depan asyik gerakkan tangan macam tengah lukis segi tiga je...
lagu naik turun pon sama je~ haha..kenapa entah cikgu tu~

3. Dulu waktu sekolah, loceng yang paling membahagiakan
murid-murid adalah bunyi loceng waktu rehat dan waktu balik.

4. Dulu, waktu sekolah, sangat jealous dengan murid yang berstatus
'anak cikgu' sebab mak bapak diorang suka bawa anak-anak diorang
makan dalam kantin untuk guru masa waktu rehat, sedangkan
murid-murid lain kena bersepak terajang beratur berebut untuk membeli
makanan di kantin.

5. Dulu waktu sekolah, terutamanya hari Isnin, kasut sekolah sangat
putih dan bersih. Marah gila kalau kawan terpijak kasut masa tu, walaupun
sikit je kotor. Lepas tu, lari kejar kawan tu, nak pijak balik kasut putih dia tu.

6. Dulu waktu sekolah, waktu rehat sekolah dah macam funfair. Segala
jenis permainan dan games wujud. Paling popular main cop tiang dan main
kejar-kejar. Hahaha~

7. Dulu waktu sekolah, barang yang selalu di curi adalah pensel mekanikal/
pensel tekan-tekan yang berjenama Shaker (cuma goncang je, mudah tau~~)

8. Dulu waktu sekolah, suka pergi koperasi dan beli pemadam, lagi2 kalau
pemadam tu ada design baru dan wangi. Hahaha, lepas tu main lawan
pemadam ! :D

9. Dulu waktu sekolah, denda paling popular kalau tak dapat jawab soalan,
mesti kena diri. Kalau kali kedua tak dapat jawab jugak, kena diri atas kerusi.
Wuwuwu benci ! Benci !

10. Dulu waktu sekolah, kalau sekolah ada buat event or karnival pape ke,
mesti kena beli kupon untuk guna waktu membeli dekat gerai yang ada dalam
sekolah masa tu. Ada kupon 20 sen, 50 sen, Rm1 dan banyak lagi. Paling
banyak Rm 10 kot?

Kalau ingat-ingat balik, banyak lagi nostalgia zaman-zaman aku bersekolah
dulu :) Rindunyeee~~~~

Haha dah kenapa kan update entry zaman sekolah ni :p
Sekolah rendah lak tu, haha~



Saturday, 8 December 2012

Dinner @ Chinese Food Restaurant

Holla !
Semalam aku ada dinner ofiz. Lepas kerja terus gerak.
So aku pakai baju kurung je. Haha wife boss cakap
Tema warna pink, tapi aku pakai tudung je pink
Lain semua ungu~ Hahaha..

Kami dinner dekat Mutiara Hotel, Johor
Aku memang tak pernah tahu lah kan pasal hotel-hotel
bagai ni, Sebab tengok gaya hotelnya,
Grand gila Tengok je lah kat carpark,
penuh kereta mewah je
Haha :p

Ruang lobi yang grand

Kami dinner kat restoran chinese food yg ade dalam hotel tu.
Nama restoran tu amende entah. Tak reti baca sebab tulis cina.
Tapi ia halal. Wajiblah halal kan~ Haha :p

So, layan gambar je lah ek~ :D

Aku order jus tembikai je. Yang dalam cawan kecik tu teh cina.
Wekkkkk ! Tak sedap, tawar, pahit berangin semua ada kecuali manis.
Tapi teh tu bagus untuk kesihatan. So, aku pun teguk je lah dgn tabah~

Lepas air sampai, hidangan ni pon sampai~
Dalam satu pinggan tu, ada udang, ayam, dan pelbagai jenis makanan
yang aku tak kenal apakah namanya, aku ngap aje ! Semua sedap~~
Tengah lapor kan :p

Then ialah SHARK FIN SOUP !! Arghhhhhhhhhhhhh (>_<) !!
Help ! Help ! Aku macam tak lalu nak makan benda ni. wuwuwu~
Tapi rasa rugi kalau tak try, so aku pon telan je lah. Okay lah (u_u)
Bini boss kata, shark fin ni mahal.. yelah, makanan mahal kan salunya
tak sedap. HAHAHA :p

Tapi, memang bagus benda ni untuk kesihatan. Cuma aku ni pencinta
alam kan, rasa bersalah lak bila makan tu kadang-kadang terasa mcm
tergigit ikannya, terbayang ikan jerung~ ish3~~

Next is....
Yeayyyyyy apakah itu~~~~ Aku tak tahu ikan apa dan masak apa~~
HAHAHA...nak kata masak tiga rasa, macam lain je...entahlah, yang
penting okay lah rasa dia, aku biasa2 je, ye lah lidah melayu~ hAha :D

Haha korang nampak tak yang bulat-bulat comel licin tu?
Itu adalah roti ! Diorang ada sebut namanya, tapi aku tak reti nak
eja..hahaha :p luar roti tu rangup tapi dalam dia lembut gila,
sedapnya ! >_< Hihi......dan roti tu kena makan dengan ikan, tapi
aku rasa macam tak best je kombinasi tersebut. So aku makan lah
roti comel tu dgn Shark fin tadi :)

Yang belah kiri tu udang, sedap !
yang atas kanan tu ayam goreng (aku tak rasa, sbb dh biasa makan)
berlagak gila ! Hahah :p

dan yang bawah kanan tu ialah ITIK @ Donuld Duck nama glamournya
Haha, nervous gila bila nak makan itik tu, aku tak pernah makan itik
Wuwuwu T_T, lama gila tengok benda tu dalam pinggan, at last aku ngap
jugak~

Dannnn...yeay ! Sedap ! \(n_n)/

Ini vegetables..harap maklum masa ni kitorang semua dah full !

dan lepas tu lah baru sampai....
Nasi Goreng Cina.....serius benda ni semua orang tak boleh nak
habiskan dah, even sepinggan pon..masing-masing dah kenyang
dan rasa ngantuk. Semua termenung je, kunyah pelan-pelan je~
Haha....dan finally the dessert !!!

Yahoo aku suka dessert ! Dah terbayang dalam kepala brain aku ni
akan ice cream yang sedap berkrim, wargh sedapnya ! Tapi....
EH ? SHARK FIN lagi ke ?????? (O_o')

Wuwuwu, rupanya ini dessertnya, bukan ice cream pon :(
Ini ape entah, tapi sedap gila ! Banyak-banyak food malam tadi,
ini yang aku rasa kena dengan tekak melayu aku ni, Hahah ! :D
Manis je, yang coklat2 tu macam kerepek rangup. Sedap gila lah
benda nih ! :D

Dan owh ye, masa dinner tu, table kami ada 2 orang budak kecik
yang comel, lagi-lagi yang lelaki tu, suke buat muka dan menyanyi :p


dan di ruang lobi, ada bentuk brick love besar kat wall dia :D


Yahoo ! Itu je :) Terima kasih sudi singgah blog aku ya (n_n)
Take care, all~


Thursday, 6 December 2012

3 Tanda Aku dah Dewasa


3. Aku dah mula berfikir tentang masa depan (hahaha)



2. Aku dah kerja



1. Akhir tahun ni, nombor Maxis aku terkeluar daripada
   Youth Club !!!! Wuwuwuwu T_T sedih, lepas ni kena
   topup je lah memanjang sebab umur aku dah lebih 23~
   Kalau dulu, topup Rm 5 pon dekat sebulan baru habis
   dan still aktif, sbb pengguna Maxis Youth Club memang tempoh
   topupnya aktif sehingga dia berumur 23 tahun shaja~~ Hakhak !

Sekarang, topup Rm 10 , seminggu je aktif, lepas tu dah
tak aktif, kena topup lagi. Tu yang baki terkumpul boleh
cecah Rm 100 tu, hahahaha !


Wednesday, 5 December 2012

21 Aksesori Si Gadis Yang Tersangatlahhhhh Comelnya !


Salam korang. Boss and his wife sedang lunch.
Jadi ini office aku yang punya. HAHAHA
oleh itu, mari mengupdate blog ! :D

Aku nak share gambar-gambar aksesori seperti
keychain, pendant, necklace, bracelets dan earrings
yang super duper comel !













Ini comel gila !!!!!! >_<




okay, tak boleh tahan tengok benda ni, comel sangat3 !






Nak ni ! Nak ni  T_T









Aku paling gila dengan pendant, dan semua pendant ni cute2 sangat !
Geram tengok !!


Comelnya !!!


Hadoi, comelnya !








Ada kunci lagi tu~~ :D


Never Give Up ! :)

Aku memang gila aksesori2 mengarut macam nih. Hahaha. Semua yang aku
tunjuk kat atas ni drpd satu page online craft kt Fb, tapi overseas punya,
dan bahasanya pon aku tak faham. Sepanyol kot?

Selalu kalau aku nak cari aksesoi2 macam ni, aku ushar dekat Sunway Pyramid,
ada satu kedai tu namanya Offline, berapa kali duit aku melayang ke sana sebab
beli necklace yang ada loket kamera kecik comel. Hahaha murah je, tak sampai
Rm 20 pon :D sila beli ye, haha

Thank sudi singgah blog aku. 

Take care all (n_n)




Tuesday, 4 December 2012

Kesalahan Pertama di hari kedua~


Damn !
Baru second day ehem-ehem
dah buat salah
Dush ! Dush ! Dush !
Bunyi kerisauan hati aku tadi..
Risau pon ade sound effect kan~~
Hahaha...

Tadi aku tak banyak kerja sangat
So, boss aku
tolong tambahkan kerja untuk aku
Aku kena printkan design
Wedding card
Jumlah 500 semuanya..
So print punya print,
entah macam mana
Aku pon tak tahu lah,
Agaknya terberangan kejap gaknya tadi
Aku tersalah masukkan kertas
Patutnya aku terbalikkan,
tapi tidak !
Oh my god !!!
Agak lambat jugak
baru aku nak perasan...
Pulak tu mesin tu aku terus je
set 100 keping, 100 keping...
so...mesin tu memang terus je lah
sedut kertas tu even aku salah susun
dan...... !
(-_-')

STOP !!!
Okay, 8 helai tak dapat diselamatkan.
TERprint 2x atas permukaan yang sama
Masa tu dah nervous gila
Baru masuk dah wat salah kan~
Hahahaha....

Nasibbbbbb baik bos aku tak marah
Kihkihkih~
Lega aku,
tapi lepas tu, aku online kejap-kejap je
Konon-konon buat baik lah,
Hahaha
Aku bukak email je
Padahal takde mende pon kat email tu
Lakonan semata-mata punya pasal
Hahaha !

Owh ye jumaat ni aku ada annual dinner dah
hadoi baru masuk
dah ade dinner pulak
Haha :p

OWH HAAAA KORANG !!


Omiey Kingdom perlukan dalam 20 orang volunteer untuk
program mandikan kucing Ahad ni. Aku sangat berminat dan nak join tapi
jarak antara aku dan program ni jauh~~~Wuwuwu T_T

So, korang yang sukeeeeee sangat kat kucing dan berminat nak join
mandi kan kucing-kucing comel ni, sila KLIK SINI TAUU

Mesti best ! dan lepas tu sila upload pic okay, aku nak tengok. Haha

Thanx sudi singgah blog aku (n_n)


Monday, 3 December 2012

My first day was good :D


Alhamdulillah, hari ni
hari pertama aku ehem-ehem~
Haha apekah?
Teka je lah sendiri lepas baca entry ni ya :p
Haha

Tadi, masa mula-mula masuk je dah best
Sebab aku ada meja sendiri + pc baru
Yelah, besar jugak kedai tu
Hari tu masa aku interview
Kecik je tengok daripada luar
Bila dah masuk,
owh okay,
ada office and bengkel lagi kat belakang
Nice, aku suka tempat ni :)

Best,
sebab aku ada workspace aku sendiri
dan PALING BEST bila...
boleh online waktu bekerja !!!
Kerja yang paling best adalah kerja
yang boleh online sewaktu bekerja !
Hahahaha...
tolonglah akui statement tersebut ya,
haha :p

Owh btw, boss aku ada dua orang,
Suami isteri,
sweet sangat aku rasa,
bukak kedai sama-sama dan kerja sama-sama
Lagu kat radio pulak tadi on air lagu
yang sentimental2 pulak
Terus terberangan nak bukak bisnes sendiri
Bersama-sama 'beliau' lepas ehem-ehem nanti
Eh, ehem-ehem lagi?
Hahaha

Tadi, lunch wife boss tu belanje
Aku rasa dia baik orangnya
Tapi dia pendiam kot, dannn...
Mukanya sangat mentakotkan~
Wuuu T_T haha~
dia orang kuat UMNO babe~~
ahakz,
baru je lepas hadir persidangan UMNO hari tu,
dan tadi,
tak pasal-pasal aku dapat
keychain UMNO daripada dia
Nak tersedak aku
bila tiba-tiba dia tanya aku,
"Awak sokong UMNO tak?"
Hahaha...aku sengih je
"Saya parti bebas kak~~"
:) Politic issue are NOT ALLOWED in my page okay~

Haha, dan masalah ketakutan aku
Untuk berulang-alik ke bus stop
pon dapat diatasi apabila
dak pempuan yang kerja kat situ, Feny
pon ulang-alik naik bas jugak
So, kami boleh lah bersama-sama
berkejar-kejaran ke bus stop dengan riangnya

Btw, tadi tak sempat nak belajar naik bas
sebab hari hujan,
so aku terpakse call diver kesayangan aku
iaitu my daddy~~
"abah, tolong amek lynn~~~hari hujan lebat~~~wuwuwu"

Hahaha okay,
itu lah kisah di hari pertama aku
Alhamdulillah, kerja okay (n_n)

Esok aku update lagi ya,
Thanx sudi datang blog aku..

Take care all, \(n_n)/

psttt : dah tahu apekah 'ehem-ehem' itu? :p

Friday, 30 November 2012

Blog Aku Berwajah Baru :D


Hahaha
Blog aku telah bertukar !!
Setelah aku
begitu selesa dengan
keadaan blog aku before ni
Yang putih bersih dulu tu...
Makin lama,
aku makin rasa bosan pulak..
(u_u) <-- bosan="bosan" p="p" wajah="wajah">
Jadi,
aku memutuskan
nak guna balik blog templates
macam yang aku buat
masa awal-awal
aku berblogging dulu

So, agak penat lah tadi
mencari background yang best,
actually semuaaaaaanya tak best !
Aku tak berkenan betul,
sebab yg wide punya takde :(

Ini pon aku kidnap gak
sebab dua button pink yang ade
kat kiri kanan blog aku ni,
comel !
Haha...
So, design blog aku
buat masa ni,
agak huru-hara sikit lah
Sebab aku dah ngantuk
nak betulkan semula
Templates dan layoutnya..
Wuwu ngantuk,
so apekah?
Cun tak wa punya blog sekarang ni?
Huru-hara kan?
Hahaha..

Takpe,
yang penting blog aku sekarang,
ade 2 button comel,
Hahaha...
jap lagi aku boring lah ni,
bukan leh caya aku ni
Jap lagi korang datang blog aku,
Pling !
Dah bertukar lagi, hahaha
Okay, 3 hari esok aku agak busy sket
So, nanti aku kembali
Akan ku terjah blog-blog korang yer :)

Take care blogger !
(n_n)

Thursday, 29 November 2012

15 Foto Keindahan Alam Semulajadi yang menenangkan (terapi)


Aku teringin nak buat rumah yang dekat dengan alam semula jadi.
Jauuhhhh dari bandar, dan jauh dari teknologi.

" Biar aku hanya menikmati keindahan alam semula jadi di sana~
  Menghirup udara segar...sejuk dan nyaman...
  Memandang hutan dan pokok-pokok...seluas mana pemandangan pun
  biar hanya hijau yang mendamaikan~
  Biar aku sentuh daun-daun yang masih sejuk berembun
  di waktu paginya..
  Sambil merasakan kehangatan matahari pagi
  yang sungguh selesa~ :) "

Okay dah ambil mood? Jom terapikan jiwa dan mata anda dengan
ketenangan dalam foto keindahan alam semula jadi ini :



breath in...breath out, people :)



Biri-biri yg bulat (n_n)


arhh rasa nak pergi mandi sungai pulak (>_<)


Bayangkan bila kita datang dekat je, rama-rama biru ni terbang semuanya~
Cantik kan ? :) Ala-ala Alice in Wonderland gitu :D


My favourite photo ! :D


Diet yang sihat ! :D


Yang aku tahu, alam semula jadi itu memang sudah cukup indahnya, jadi tak perlu
nak over editing sebab ia hanya akan membuatkan foto anda nampak tidak natural :)

Kalau anda memang benar-benar pencinta alam, like page ini di FB : I Love Nature
sebab page tu memang selalu update foto-foto macam yang aku tunjuk tadi :)

Kadang-kadang kita bersusah-payah pergi klinik, jumpa doktor, makan itu makan ini,
pergi shopping habiskan duit sebab kita tension. Kita tak sedar yang sebenarnya, dengan
memerhatikan alam semula jadi, fikiran kita akan jadi lebih tenang, damai dan ringan. :)

Mungkin lain orang lain caranya, tapi cara ini berkesan untuk aku (n_n)
Okay itu saja, terima kasih sudi datang :)

psst : bestnya dapat duduk kat sini \(n_n)/