Happy Three Friends

Miss Money

Sunday 30 April 2017

Inilah Nama Baby Saya

Salam (n_n)
Okay, selamat berkenalan dengan baby girl aku yang diberi nama Diang Marissa :D

Diang Marissa ni nama yang aku cadangkan, dan yang bestnya suami aku pun setuju dengan nama ni sebab dia suka nama 'Diang' tu. Hehe, btw apa maksud Diang?

Diang ni adalah gelaran panggilan untuk anak perempuan/ perempuan dalam bahasa Banjar. Oleh sebab nama abah aku ada nama banjar iaitu Utoh, iaitu gelaran panggilan untuk anak lelaki... so aku fikir nak selit jugak lah nama Banjar pada baby aku ni :D Camtu lah terhasilnya nama Diang dalam nama anak aku...

Gabung dengan Marissa, jadilah Diang Marissa yang bermaksud Anak perempuan yang bersopan-santun. InsyaAllah (n_n)

P/s: semoga jadi anak yang solehah, my baby Diang :)

Tuesday 18 April 2017

Pengalaman Bersalin Anak Pertama (Hospital Serdang 2017)

Salam (n_n)
Untuk pengetahuan rakan-rakan blog, aku dah selamat bersalin pada hari selasa yang lalu iaitu pada 11 April 2017 jam 10.57 mlm. Baby girl yang keluar, even ramai yang meramalkan ianya baby boy. Hahahah~ pic bawah ni tudung edit ya tu yg pelik sikit... Hahah! :p


So hari ni genaplah seminggu daripada tarikh lahir my baby, dan masih segar dalam ingatan macam mana sakitnya, dan macam mana cemasnya masa on the way nak ke hospital malam tu. Jom, aku flashback balik detik-detik kelahiran my baby girl :)

Sakit Contraction Yang Disalah Tafsir


Aku mula-mula rasa sakit contraction ni pada Isnin malam Selasa, masa tu hampir jam 3 pagi. Mula-mula pun tak tau jugak tu rasa contraction, tapi bila lama-lama aku perasan macam sakit tu pergi dan datang balik, so aku assume itu adalah apa yang orang panggil contraction. Aku rekod masa guna Contraction Apps yang aku download dpd PlayStore. Sela masa 6-10 minit, setiap contraction bertempoh lebih kurang 1-2 minit camtu.

Banyak kali aku google, kalau sela masa macam ni adalah contraction yang betul, tapi aku macam tak percaya. Eh, betul ke ni? Aku tetap nak anggap contraction aku tu sebagai Braxton Hicks (contraction palsu) dan aku biar je sampai esok pagi. Memang daripada jam 3 pagi tu sampailah besoknya, aku tak boleh tidur melayan rasa contraction yang datang ala-ala sakit senggugut tu.

Jalan Belum Buka Lagi

Pagi Selasa, patutnya aku ada rutin check up kat KK tapi aku cakap dengan suami, aku tak larat nak pergi sebab tak tidur semalaman, pastu bila sakit tu datang rasa macam stress pulak...tambah-tambah kena take turn ramai pulak tu..wuwu agak rasa bersalah jugaklah sebab suami masa tu dah ambil cuti on that day jugak sebab nak teman aku pergi check up. Yelah, tengah tunggu hari kan~ kot terberanak hari ni, atleast dia ada dengan isteri dia ni :)

Petang Selasa, pergi jugak klinik biasa untuk scan 2d, tujuannya nak check heartbeat baby. Tu pun sebab kawan-kawan aku yang paksa. Hahaha! Mana tau ade efek pape kat dalam memandangkan dah berlaku contraction kan. 
Check heartbeat baby Alhamdulillah okay, air ketuban pun semua okay ngam-ngam, tak terlebih dan tak terkurang. Then yang paling best, doc tu offer nak check bukaan (VE). So, aku pun terus setuju cuma agak takut sikitlah, orang2 kata check bukaan ni sakit ye? Aku sempat tengok tangan doc tu, besar jugak...matilah nakkk mesti sakit. Then dia check, owh takdelah sakit pun. Doc cakap diding serviks aku dah lembut dan menipis, cuma jalan aku je belum terbukak lagi. So, agak lega lah di situ.

Dan dalam ontheway balik, aku cuba set mind untuk bersedia dengan rasa yang lebih sakit. Yelah, kalau jalan belum bukak pun dah ala2 senggugut, apa lagi kalau dah bukak kan? Confirm sakit dia leeeeebihh lagi!

Contraction yg Makin Kuat dan Menyakitkan!!

Petang Selasa tu ada pasar malam, nasibbbbbb aku tak gigih pegi ikot suami naik motor round pasar tu. Kalau tak, terus terberanak kat celah gerai agaknya. Hahaha! Maghrib dalam jam 7 lebih gitu, aku duk sorang-sorang kat bilik, suami pergi betulkan motor dan pergi pasar malam. Contraction aku masih tak berhenti-henti lagi. Daripada sela 10 minit (malam Isnin tu), sekarang sela masanya cuma 4-5 minit saja.


Rasa contraction masa ni? Phew~ sakit...tapi memandangkan kalau baring even baring mengiring pun tetap sakit, aku gigihkan untuk jalan ke hulu-hilir bila sakit tu datang. Bagi aku lah, aku rasa sangat membantu kurangkan sakit contraction tu bila berjalan macam tu. Kejap2 bila sakit tu hilang, aku duduk kejap kat katil dan berjalan semula dalam ruang bilik tu bila sakit datang balik.

Jam 8 malam (Selasa), sela masa antara contraction semakin cepat iaitu dalam 2-3 minit je! Suami aku dah balik, teman aku dalam bilik. Aku masih lagi mundar-mandir dalam bilik sebab nak cepatkan bukaan. Aku bajet masa tu mungkin baru 4-5cm je terbukak, so aku setmind otak dan badan untuk menerima rasa sakit yang lebih dasyat lagi lepas ni... yelah kalau dah 4-5cm pun dah sakit camni, apatah lagi kalau 8-9cm nanti kan!
Jam 9 malam (Selasa), ni lah detik kemuncaknya.... dalam 9.30 mlm macam tu, dalam sakit-sakit tu aku rasa nak muntah. Ingatkan dapat tahan, tapi tak boleh... terus pergi toilet dan muntahkan balik makanan last yang aku makan petang tadi iaitu Double Cheeseburger McD. Sambil muntah sambil suami urut belakang, then tetiba menitik sikit air bercampur darah daripada kelengkang aku, kena kat kaki suami. Terus beliau panik.

Lepas muntah, masuk bilik aku cakap nak pergi hospital. Time tu jugaklah keluar lagi air bercampur darah, lagi banyak daripada tadi kat atas lantai. Time tu laaaaaagilah suami aku panik!! Siap-siap dengan cepat, terus Zupp naik kereta. Cadang aku nak bersalin di Hospital Serdang... tetapi something happened yang menyebabkan aku hampir bersalin dalam kereta~ Hahaha :p

Hampir meneran dalam kereta~

Ayah mertua aku tersalah masuk jalan dan tersesat on the way nak ke Hospital Serdang tu. Serius aku memang dah rasa nak bersalin masa tu sebab aku kira-kira, sela masa antara contraction memang dah seminit je hah... dan imagine tengah-tengah camtu, kau nampak lah bangunan TBS, signboard Cheras dan lain-lain lagi padahal kau nak pergi Serdang je pun... Hahahaha!! Sangat ngeri weh~ jauh pulak tu nak pusing adoiyai...aku daripada duk tegak, dah tersenget dah rasa nak angkat kaki teran time tu jugak, biarlah suami aku sambut aku tak kira dah~ Hahahaha!! Sakit gila siot. Macam nak mati dah time tu rasa.

Aku banyak kali cakap nak teran kat suami, kesian beliau cemas masa tu. I'm sorry :'( Menjerit-jerit, menangis-nangis aku dalam kereta. Serius lahhh, real betul rasa dia. Phew~ 

Akhirnya, sampai di Hospital Serdang

Sampai je, naik kerusi roda tolak masuk dalam. Masa kat kaunter tu aku agak terbiar lah sebab nurse semua tak tahu aku memang dah nak terberanak dah masa tu, nasib terbiar dalam beberapa minit je camtu. Hahah! Then kena tolak dengan nurse untuk baring kat katil wad. Dia check bukaan aku, pastu terus jerit kat nurse lain...

"Primid! Primid!! Labour room...!!"

Maka berlakulah adegan macam dalam movie di mana aku disorong selaju-lajunya ke dalam labour room (LR), aku baring mengiring dan pejam mata je time tu. Then sampai LR, kena bergolek ke katil LR pulak. Pastu nurse tukarkan pakai baju pink comel tu. Pastu pasang entah ape benda kat perut aku untuk check heartbeat baby, nasib masih normal. Then nurse suruh aku kangkang besar-besar. Sempat aku tanya nurse berapa bukaan aku?

"Ni dah terbukak habis dah ni, tinggal nak teran baby je ni haa~"

Terus aku blur, sakit tadi tetiba macam berkurang sikit sebab rasa blur tu lebih lagi. Hahaha, then suami aku masuk diri kat sebelah. Aku ni dah lah rasa macam nak buang air besar, so aku cakap kat nurse, nurse saya rasa nak buang air besar lah. Then nurse tu jawab..

"Haa memang..awak memang akan rasa macam tu.. tu tanda baby memang betul-betul dah nak keluar lah tu..."

Hoh! So, apa yang aku rasa daripada dalam kereta tadi yang macam nak terberak sangat tu tadi adalah rasa nak teran baby rupanya!! OMG~~~ dan semuanya berlaku sepantas kilat dan tetiba je aku dah kena meneran baby dalam keadaan aku tak prepare pape...erk!

Sesi Teran-Meneran

Sebab nurse dah bagitau rasa nak berak tu adalah rasa nak keluarkan baby, so memang aku teran habis macam bila kita nak buang air tu, cuma kena lebih gigih lagi...dan nafas kena panjanggggggg lagi! Mula-mula dah betul dah aku teran, nurse dok puji good! Bagussss!! Lagiii!!

Kali kedua push tak keluar jugak, aku macam tersalah teknik pernafasan masa tu. Then dengar nurse cakap, saya gunting sikit ye. Tapp! Aku jerit cakap sakittttt~ Pergh~ then hilang dah rasa sakit tu sebab nurse dah tolak2 perut aku sebab aku salah teran. Aku tak teran pun sebenarnya. Haha penat siot teran panjang-panjang gitu.

Then tetiba aku terdengar sorakan yang paling bergema di alam semesta, iaitu sorakan suami aku...HAHAHAHA!! Kuat gila suara beliau, dan masa tu dengan sekali push yang panjang sambil curi-curi nafas diiringi sorakan hebat suamiku, zupppp~ keluar baby girl aku! Yeayyyy!!! Alhamdulillahhh~~~ sangatlah membantu sorakan suami aku tu~ Hahahaa!

My Baby Girl Yang Kecik Tomey


Nurse suruh aku cakap apa jantina baby, pastu letak baby atas dada aku. Kat Hospital Serdang ni best sebab dia bagi baby atas dada agak lama jugak untuk tujuan 'bonding' antara ibu dan anak. Berat baby aku masa tu 2.13kg je...comel tecik saje, hihihi

Sesi Jahitan dan Lain-lain

Lepas je bersalin, nurse cucuk ubat kecutkan rahim kat peha. Tak terasa apa pun. Then sampailah sesi jahit yang selalu orang duk kata sakit-sakit tu kan...tips aku satu je, bila nak merasa sakit ni, kita kena redha dan pasrah dan terima je apa rasa yang akan kita rasa masa tu. Mindset sangatlah penting untuk endure the pain. So, masa aku dijahit tu, memang terasa benang-benang dan jarum tu cucuk, tapi sebab dah setmind 'I have...to feel this pain, tak boleh elak!'...so rasa sakit tu dapat dikurangkan dan boleh jadi tak rasa sakit pun. Cubalah nanti! :D

********************************

So, itulah dia kisah pengalaman aku bersalin. Alhamdulillah, aku rasa sangat-sangat-sangat dipermudahkan sebab daripada awal, rupanya suami aku ambil cuti Selasa tu bukan sebab nak teman aku check up, tapi sebab dia rasa tak sedap hati. His instinct was right!

Kemudian, segala-galanya berlaku dengan pantas! Sampai hospital terus dapat bersalin, sedangkan masa tu ada lagi 27 orang ibu tengah duk jalan-jalan melayan contraction untuk tunggu bukaan terbuka sepenuhnya. Proses bersalin aku daripada sampai  ke hospital sehinggalah baby keluar hanya ambil masa 10 minit saje.

Sangat bersyukur... :')


Lepas bersalin, baby dah dibersihkan dan diazankan, aku, suami dan baby duk je dalam LR tu sebab wad penuh. Masa tu diambil oleh kitorang untuk kenang semula detik-detik mencemaskan yang baru je lepas masa tu. Alhamdulillah, aku masih ada tenaga untuk berjaga dan bersembang dengan suami aku even last makanan yang aku makan dah termuntah balik before bersalin. Hahaha!

Sayang wehh nak tido masa-masa camni, bukan salu dapat rasa. Hahaha, so berbual bersama suami sangatlah menggembirakan hati~ Sambil tu, kita selfie bebanyak macam orang jakun. It's our first moment of deliver okay, wajib jakun! Hahaha~ Okay tu saja, nanti aku review Hospital Serdang dan pasal baby aku kena Hypo (gula dalam badan rendah) ye :)

P/s: dah nama pun pengalaman, kenalah entry ni panjang berjela ye tak~ Hahahaha!