Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday, 18 October 2011

Kekuatan 'Bismillahirahmanirahim'

Ramai orang sekadar mengucapkan kalimah ini
kerana sudah terbiasa menyebutnya atau sebab lagu kumpulan Raihan
yang berbunyi macam ni;
"Dimulakan dengan Bismillah"
amalan ini memang digalakkan dan kita akan dapat pahala
InsyaAllah...
tapi apa kata selepas ni, kita ucapkan kalimah ini dengan yakin !
Sebab pada aku, kalimah ini adalah doa yang paling ringkas
dan jalan yang paling mudah untuk kita memohon bantuan
dan perlindungan daripada-Nya. Aku mintak maaf kalau ada
yang tak bersetuju tapi aku menulis ini untuk sharekan apa yang
aku rasa dan lihat daripada kalimah ini.

Setiap kali aku dalam
kesusahan atau pun sangat mengharapkan sesuatu yang baik itu
berlaku, aku akan mengucapkan kalimah Bismillahirahmanirahim
dengan sangat yakin di dalam hati,
bahawa ketika itu, Allah mendengar permintaan aku dan memperkenankan
permintaan aku itu. Paling selalu aku buat ialah time aku
kejar nak naik bas dengan my sweetheart, yelah kitorang
takde transport, so pegi jalan pon naik bas..hehe sesak dan ramai orang
dan aku ni jenis kesian tengok pakwe aku berdiri lama-lama,
so aku akan bersungguh-sungguh bila part nak kejar bas dan cop
seat untuk kitorang..haha..(korang tak perlu lah nak imagine okay.malu aku)
dan setiap kali tengah tunggu bas, nampak je kelibat bas yang kitorang nak naik tu,
aku akan ucapkan Bismillah sambil dalam hati aku cakap dengan yakin,
'dengan nama Allah yang maha penyanyang lagi maha pemurah'
dan terus aku cepat-cepat pegi ke arah pintu bas tu dan Alhamdulillah
selalu dapat tempat duduk even terpaksa berebut2 dengan ramai orang lagi
especially pendatang-pendatang asing. (-_-')

Dan Alhamdulillah, selama aku amalkan
macam ni, Dia mendengar dan memakbulkan permintaan aku itu..
hampir semua urusan aku dipermudahkan. :) Nampak tak?
Sebab tu lah, aku nak share dekat korang,
supaya korang pun akan amalkan lepas ni.
Tapi, jangan pulak merungut atau mengeluh jika tiada apa-apa
yang berlaku untuk membantu anda ketika anda meminta,
kerana Allah pasti mahu menguji anda terlebih dahulu
sebelum dia memberi sesuatu kepada anda.
InsyaAllah.. (n_n)

Tak rugi break up kalau dia dah selalu sangat curang dengan kita

Yup,semua orang pernah rasa putus cinta. Sama ada aku, kau atau dia, semua pernah
mengalami keadaan ini. Yang berbeza ialah sejauh mana keseriusannya dan how we
handle this situation. Sebenarnya, aku buat entry ni sebab aku baru dapat tau yang sorang
kawan aku ni baru je break up dengan pakwenye. Kenapa? Aku tak tau citer yang betul
tapi aku cuba pertimbangkan apa yang aku tau selama ni. Well, aku dah kenal lama jugak
dengan kawan aku ni, selalu gak dia cerita pasal pakwenye kat aku, cuma skarang ni masa
agak tak mengizinkan, so aku jarang lagi dah jumpe and bergosip dengan dia. Cuma
beberapa bulan yang lalu, aku sembang2 dengan dia. Dan entah macam mana time tu
dia ter'bukak' cerita dia dengan pakwe dia. Dan aku memang sangat terkejut bila dapat
tau mamat tu buat macam tu kat kawan aku. 

Kecurangan pakwe dia tu sangatlah melampau-lampau dan menyakitkan hati aku yang
memang cepat panas bila dengar cerita lelaki curang ni. Okay, bukan nak menangkan lelaki
sangat tapi, tengok jugaklah kan..pada aku kawan aku ni baik, boleh masuk kategori yang
ada sifat-sifat keperempuanan dan keibuan lah (ok harap2 dia tak bace blog aku, kalau tak
confirm kembang semangkuk..menyampah ! haha) dan pakwe dia tu dulu baik, cuma sekarang
ni entah lah, baru kenal dunia kot...agak culture shock sikit sampai agak lupa diri dan agak
liar kannnn......agak-agak ah kan bro, kalau nak berubah pun biarlah ke arah kebaikan, ini
ko makin teruk pulak, ape cer......? Kesian kat kawan aku tu, hari tu cerita sampai nangis-nangis
depan aku, aku pon join sekali lah..mana leh tengok member nangis, confirm aku pun nak
nangis tawuu....lembut hati sangat, adoyai pun... (-_-')

Tapi diorang putus tu aku meang dah leh agak dah dan tahniah untuk kawan aku tu sebab
aku tak tahu lah dah berapa lama dia pendam dan tabah gila and then finally, buat keputusan
untuk break up dan tinggalkan lelaki itu..HAHAHAHA (gelak jahat) bukan gembira tapi
errr...gembira sikit lah sebab aku support tindakan kawan aku tu..kalau ko bace blo aku ni
wahai kawanku (sape2 yang terasa lah), aku nak jerit kuat2 kat ko...
"YOU'VE DONE THE RIGHT THING BABY !!"

hakhak..chillah lah kan..orang lain yang tak tahu cerita sebenarnya maybe akan salahkan
kau, sebab kau break up dengan dia tapi pegi mampos lah dengan diorang punya anggapan.
Anggapan aku lagi pentingkann..hahaha...kalau macamkes aku dulu, memang salah dua-dua
sebab yang sana curang, aku pun boleh curang gak ahh...so xde isu sape yang permainkan
sape sebab dua2 buat, so it is fair kann...tapi, dalam hal kau lain babe sebab dia yang rugi,
dia tahu kau memang dah cukup baik untuk dia, tapi dia still dengan perangai dia yang
sangat culture shock dan curang itu kan,
so listen, ko tak rugi apa-apa pon babe, okayy...kot2 ko dapat Aoron Aziz punye pakcik ke
lepas ni kan...leh khawin grand2 sikit..haha.

(n_n) : my sweetheart sekarang ni sangat terbaik untuk aku, janji xnak cari lain dah
sebab sayang sgt kat dia..opzz! hehe <3