Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Sunday, 27 March 2011

Mampukah Anda Simpan Kenangan Pahit ?


Lumrah dunia..setiap orang mesti mempunyai kenangan
bezanya sama ada kenangan itu indah atau pahit
kenangan sepatutnya dihargai tapi berapa ramai yang sanggup
mengenang kenangan yang sedih2 dan yang menyakitkan hati?



aku pernah dengar seseorang tu cakap;
"aku lagi rela hilang ingatan 
daripada terus ingat apa yang dia
pernah buat kat aku dulu...."



aku memang tak tahu apa yang dah jadi pada dia tapi,
aku tak setuju dengan dia
kenapa sampai mintak untuk hilang ingatan macam tu?




pada aku, kenangan itu adalah sebahagian daripada  
kisah hidup

sesuatu yang perlu kita simpan dan bawa sepanjang hidup
memang ada kenangan yang sangat2 menyakitkan hati
yang sangat2 menyedihkan dan melemahkan semangat
tapi pandanglah semua itu daripada sudut yang positif



sebab kita tak mungkin dapat lupakan kenangan kita
kita mungkin boleh berpura-pura lupa dengan mem'busy'kan diri
tapi hakikatnya? anda jawab sendiri...



simpanlah kenangan yang menyakitkan itu
sekurang2nya ia masih berbaloi untuk mengelakkan anda
daripada mengulang kesilapan yang lalu
kenangan indah dan pahit itu terlalu berharga


ramai yang meminta supaya hidup mereka bahagia dan indah selalu
jauh daripada sebarang masalah
anda fikir kehidupan tanpa cabaran itu indah sangat ke?



aku nak tanya, antara seseorang yang hidupnya bahagia sentiasa,
mudah tanpa mengalami sebarang masalah
senang je..tak payah bersusah-payah....tegak je garis hidupnya takde naik turun

dengan seorang lagi yang hidupnya sentiasa berhadapan dengan
rintangan dan dugaan...hidup kejap naik, kejap turun
agak2 cerita siapa yang boleh dapat hit dan feedback yang paling tinggi??



(n_n) jadi, janganlah rase susah hati dgn kenangan anda yg xbrape best tu, simpan je..
         itu 1 bonus buat anda sebenarnya.... :) 



Sekian terima kasih sudi baca (n_n)
Ini adlah entry repost sebab xsempat nak update citer baru :)

 

1 comment:

wan_cikgumuzik said...

datang check entri pertama... wahhh.. luahan perasaan nampaknya di situ...