Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Thursday, 4 August 2016

Menang Tiket Suicide Squad Preview Screening

Salam!
Hahahaha gigihlah naik motor pegi TBS, pastu naik train pergi Pavi semata-mata nak menonton cerita Suicide Squad ni. Nasib tak naik motor sampai ke Pavi, baru sampai TBS je pun aku dah kecut perut tgk orang tak bertamadun bawak keter. Hahaha~


Ceritanya begini, yang menang tiket tu suami aku, bukannya aku. Dia ada jawab soalan apa entah yang berkaitan dengan movie ni, sekali menang pulak, dapatlah 2 tiket. Aku memang dah tau beliau memang tertunggu-tunggu sesangat citer tu, tu yang aku sanggup teman naik moto, sebab aku pun teruja jugak nak tengok. Hahah~

COSPLAY WATAK SUICIDE SQUAD


Lucu pulak bila tengok 'Will Smith' putih, 'Joker' cengkung dan 'Harley Quinn' versi chinese. Hahaha, yang Batman cosplay pun boleh tahan lucu jugak. Dah lah masa dalam cinema, si Batman tu duduk depan aku. Siap bawak girlfriend dia lagi. Hihihi comel sungguh!

 
SINOPSIS MOVIE SUICIDE SQUAD

Seriously filem ni khas buat mahkluk-mahkluk yang begitu mengikuti perkembangan komik DC. Alkisahnya, semua penjahat dalam cerita Batman telah berjaya ditangkap, kecuali Joker.

Kerajaan pulak masa tu ada suatu misi rahsia, nak lawan something yang 'bukan manusia', tapi diorang tak nak korbankan askar-askar diorang.

Sebab itulah, diorang tubuhkan Suicide Squad yang terdiri daripada semua penjahat tersebut untuk melaksanakan misi tersebut. Sebab mereka ni penjahat kan, so kalau mati masa menjayakan misi tu pun takpe. Tapi ape ade hal, diorang semua ada kekuatan masing-masing. Hehehe~

REVIEW MOVIE SUICIDE SQUAD

Harap maklum, aku ni bukan pengikut tegar DC Comic dan yang sewaktu dengannya, so aku review berdasarkan apa yang aku rasa je lah kan~ :p

Overall movie ni best dan enjoy lah tengok, tu pun sebab ada watak Harley Quinn sebab sepanjang cerita tu, dia je lah sorang yang gila sikit dan suka bergurau. Penyeri cerita lah gitu, kalau takde dia entah tak tahulah camne, mesti bosan. Hahah~

Then, aku suka sebab filem ni ada tunjuk sedikit realiti sebenar yang berlaku di dunia kita. Di mana orang-orang baik yang sebelum ni banyak membantu, tetap akan dibunuh sebab dah tahu terlalu banyak pasal rahsia sulit kerajaan. Serious shit, it's happened!

SPOILER WARNING! SPOILER WARNING! SPOILER WARNING! SPOILER WARNING! SPOILER WARNING!
*rangkap di bawah terdapat sedikit spoiler

Cuma.....aku rasa better tak payah nak promote sangatlah si Joker tu dalam movie ni. Dalam poster movie ke, pape ke, tak payah lah masukkan Joker. Kitorang ingat Joker tu dengan Harley Quinn yang akan menentang Suicide Squad tu, sekalinya misi Joker dalam movie ni adalah untuk selamatkan Harley Quinn merangkap girlfriend gila dia tu je semata-mata. Hadoi~ kecewa Joker keluar kejap je...
 
************************************
So, gitulah dia ceritanya. Overall tetap enjoy dengan movie ni sebab aku suka konsep design dia, plus ni tiket free hoi~
 
 
P/s: sape yang tak suka tiket free kan~ Hihihi (n_n)   
 

3 comments:

anajingga said...

tahniah lynn, enjoy nampak nya kn :)

eima said...

mcm best .... nanti aku cr dvd la ...
tahniah lynn

Tinta Lana said...

Assalammualaikum.

Wah..seronoknya! hehe

Aku suko lynn lagu Heathens, yg 21pilots nyanyi utk movie ni..memula dengo aritu, apa ke hey nya ada bunyi mcm katak ngongg ngongg dlm lgu ni, dah salu dengo best plak aih.

Sihat ke weh? Bahagia? >_<