Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Monday, 5 August 2013

Imaginasi aku tentang blogger-blogger ini

Salam. Ohoh tinggal berapa hari je lagi nak beraya. Aku baru dapat sekeping kad raya,
sebekas kuih raya samprit, dan 2 helai T-shirt raya yang istimewa. Chewahh~terima
kasih kepada pemberi2 sekalian ya. (n_n)

Owh ya, aku ada bagi kad raya untuk kawan2 blogger yang selalu singgah blog aku,dan
aku ada lukis2 dalam kad tu, mengikut imaginasi aku tentang apa yang tahu tentang blogger
itu. So, meh aku explain satu2 ya.



Apa yang aku tahu, zaza sorang yg ulat buku, suka membaca dan suka sharekan
info2 yg bermanfaat dalam blog dia. Dia juga minat dalam bidang felt craft. Sebab
tu aku lukis dia tengah baca buku, dan judul2 buku tu adalah buku yg dia suka baca.



Hah dia ni kalau baca segala penulisan dia dalam blog, hampir kesemua ceritanya
bernadakan melankolik dan kesedihan, kesayuan, kesepian dan segala bagai yang
macam sedih je. Even cerita gembira pon sometimes dia olah supaya bernada sedih.
Sebab tu aku gelar reenapple ni Melancholic Blogger, sedih je entry-entry nya.



Heh minah ni memang tak boleh nak dinafikan lagi keobsesan beliau terhadap
kamera. Dalam blog minah ni, berjuta-juta lemon pic dia dengan style-style fashionnya
tu. Hahaha, sebab tu aku lukis dia tgh berfesyen bagai tu, style baju tu pon antara yang
dia pernah pakai, belt love tu antara aksesori beliau yang aku minat. Dan hello kitty tu aku
lukis sebab aku ada baca entry dia pergi Puteri Harbour, tgk rumah hello kitty. Meroyan
sebab dia suka hello kitty tu comel. :D



Sebenarnya, aku tak banyak tahu tentang yui, jadi aku cari point lain.Jadi, aku
ketengahkan dia sebagai craft supplier, sebab tu lukisan aku macam tu. Dia ada
jual kain felt! And yang belah depan dalam tupperware tu adalah popia mini, sebab
yui memang ade amek order popia mini pon :D Try lah ! Haha



Haaaa ni antara blogger terawal yang aku kenal. Entry-entry dia memang ringkas tapi
padat, tak memenangkan otak ku nak baca. cuma aku memang tak tahu sangat pasal
fyfy ni, yang aku tahu dia minat art dan dia budak Sabah. Jadi, saje aku buat dia naek
belon panas tu, konon-konon balik Sabah naik belon, hihi :D

6. Blogger Gugu Soriano (permission denied)


Gugu ni pon sekarang entry-entry dia bernada melankolik pula. Paling aku ingat adalah
header dia gambar anime, ada tangan lelaki keluar daripada laptop, untuk lapkan airmata
seorang perempuan yang tengah menangis. Jadi, daripada situ, aku guna konsep yang
sama, iaitu keluar daripada laptop, dengan membawa kuih raya untuk beliau dengan
harapan beliau akan gembira. Hahahaa...(tak tahu lah berjaya ke tak)



Pada aku, penulisan Lana memang best. Aku suka sebab ringkas tapi padat, ayat dia
tak berat sebelah, mengambil berat semua pihak. Memang best baca! :D Cuma aku
memang tak tahu sangat pasal diri dia, aku tak pernah lihat dia expose wajah dia dalam
blog, haha jadi aku gelar dia adalah blogger yang misteri. Dan aku imaginasikan dia 
macam dalam lukisan aku tu. Err...lana, mana lagi cun? Kau ke lukisan aku? Hahaha :p
Gurau je~



Kakak ni aku baru je follow blog dia this year, best sebab dia cerita2 pasal daily life
dia. Tapi still aku belum kenal lagi kakak ni macam mana dan siapa, yang aku tahu
dia ada dua orang anak, lelaki dan perempuan. Jadi, aku lukis lah beliau begitu. Haha
maaf kak, kalau anak kau xcomel aku lukis....saya tak reti lukis kartun kanak-kanak
T_T haha



Yaaaaa ini lah Mommy Shinta !! :D hahaha antara blogger terawal yang aku follow, 
memang best, sebab banyak dia cerita pasal anak dia yang comel tu, Shinta. Hihi..
Jadi, lukisan aku untuk beliau adalah ala-ala scrapbook yang ada pic dia dan Shinta.
Sweet tak kak? Tapi, ketika aku menulis ni, aku belum poskan lagi....wuwuwu....
aku poskan petang ni, memang confirm sampai lepas raya. Ko dah lah duk sabah kak..

(-_-')


Hahaha okay jadi itulah imaginasi dan lukisan yang terhasil tentang blogger-
blogger ini. Harap apa yang aku lukis, apa yang aku imaginasikan tu tak menyinggung
mana-mana blogger ya. :D


23 comments:

Heartbeat said...

hahaha aku nak gelak guling2 bole ? kakakaka . tengs sgt lynn . sayang kau tau !

Leeza dayasari [santai leeza] said...

serius cantik lukisan. jeles ... haaaaa

Leeza dayasari [santai leeza] said...

nk upah awk lukis santai leeza sedang mengajar... (guru)... hehehehe

Tinta Lana said...

Assalamualaikum.

Seronokkkknyaaaa ak baca entry ni,hahahahahh

Macamnila org art, ekspresikan apa yg kita rasa pada medium art yg kita pilih..cewahh ayat aku,gelabah je,hahahah

Lawa2 lukisan hang lynn.. suka ak tgk.. Ak baru nak tnya ko lynn,misteri sgt ka aku,hahaha.

Meh ak citer skit, ak mmg tak pernah expose gmbr sendiri kat mna2 entry, tpi ak pernah guna gmbr sndiri utk profile picture. Sekali je, lepas tu smpai skrg, guna mcm yg ada skrg jelah.

Berblog ni..ak mencari hala tuju hidup lynn. Muhasabah diri.. wlaupun, takdala muhasabah sgt,ekekeke.

Tinta Lana said...

Lynn..lupa nak habaq..thanks a lot.. tak tahu kenapa rasa dekat ja dengan ko,hahaha. Ko balik raya mana weh? Jaga diri deh. InsyaAllah, jmpa lagi kat alam maya ni pas raya nanti.

Kat alam realiti tak tau lagi,hihihi. Senyum n happy slalu naa ^_^

Btw, dah tentula lukisan ko lagi cun, dan aku plak jelita! hahahaha,ak gurau je!

Lynn Damya said...

Heartbeat : hahaha kau guling2 jgn over, kang jatuh kang, haha

Leeza : haha time kasih :D

Lana : jap aku rep kt blog kau :D

Heartbeat said...

hehehe . . so mcm mana dgn header aku skg ?

Zaza said...

lynnn...xsangka..cantiknya..terima kasih..zaza suka dengan hasil lyn yg memang kreatif =)

reenapple said...

Pergh.. aku dapat melancholic blogger. Haha. Terima kasih.

*aku dah dapat kad raya kau. Cantik lukisan tu. :D

Nong Andy said...

Lynn damya. Hahaha.. memang comel lukisan kami dua beranak hahaha... kami memang comel pun :P

Tak apa.. kad lambat sampai. Kad akak pun mungkin tak smpai lagi. Ya.. akak ada nampak gambar lana dlm profile pic dia hehehe.. juga gambar dia masa kecik kikiki..

Akak paling suka n3 lynn yg ada lukisan.. tak boleh lupa lukisan budak pempuan yg memilukan hati tu...

Selamat hari raya juga untuk kamu lyndamya :D

Dhia Dirham said...

Wa nak stalk blog diaorang la

FarhanahAdzlan said...

lawa comell smartt laa lukisannnn tuu :) nakk jugakkk haha :)
selamatt harii rayaa :) moga kita diberi kesempatan lagi untuk bersama dengan ramadhan pada tahun depan :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

hihi..gelak yui tgk tau..comel la dear..

sgt 2 kreatif awak ni!! suka tgk.

Lynn Damya said...

Heartbeat : ahh aku belum sempat nk BW blog kau, nt aku pergi klw free..haha

Zaza : sama2 (n_n)

Reenapple : haha maaf klw xsama, hanya imaginasi aku, hahaha

Nong Andy : haha kak, kau igt lagi ye lukisan aku tu, thank you sgt..terharu, haha :D

Dhia : silakan2 :D

Farhanah : haha thank you, insyaAllah :D

Yui : haha yui pon kreatif gak lah :D thanx yui :D

Eza Boom Boom said...

serius comel. heeee :D

Aishah Jahirah said...

kreatifnya...kalau saya yg lukis tataw jd apa...:)

Sarah Mohd Saleh said...

hehhe, au tharu kau lukis gmbo ku gitewww,cantekk angatt. btw aku dah dpt. thanks so much.. bg la alamat kau dekta email aku. susa btul nak reply kau takletak alamat. btw slamat hari raya. ampun dan maaf andai tsalah kata ;)

eima said...

DIK AI TERIMA KAK RAYA HANG TU .... BUAT AKU TERSENYUM LEBAR ... tq DIK ..
WLUPUN AKU KELIHATAN AYU DLM LUKISAN TU.... ANYWAY tq TAU .....

farra fajima said...

wuwuwu jelesnyeee tak dapat kad raya. hukhuk

tenku butang said...

hai.. salam kenal,
follower no.409
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

tenku butang said...

cantik2 doodle nyaa.. ada bakatt!!

Heartbeat said...

amboih lynn, lame senyap . beraya sakan ke ? :3

ayut said...

sgt comel!mmg suke lukis ea???blogger ayut ilustrasi yer cane plak ek?? :D salam kenal yer...