Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Friday, 7 October 2016

Percubaan Pertama Buat Beg Bentuk Love

Salam (n_n)
Haha, sesungguhnya aku dan bentuk love memang tidak dapat dipisahkan. Aku sangat suka bentuk love! Paling aku nak cari adalah, handbag bentuk love. Tapi jarang gila weh nak jumpa, celah mana pun aku tak pernah tengok pun kat kedai ada beg bentuk love.Wuwuwu T_T So, terpaksalah buat sendiri...

Hasil Percubaan Pertama Buat Beg Bentuk Love


Comel tak? Agak susah jugaklah nak buat, sebab bentuk love kan. Nak buat rangka dia aku takde ready stock dawai pulak, so layankan je apa yang ada.


Masalah pertama adalah aku tak tau nak letak zip dekat mana. At last aku jahitkan zip tu di bahagian tepi beg macam dalam gambar atas ni. Agak problem lah sebab zip aku beli tu pendek, nak letak kat bahagian depan beg memang sumbang jadinya. So, bolehlah leta je lah camtu :p Hahah~


Tapiiii....datang pulak masalah kedua. Leather pink yang aku potong tu terpendek lah pulak T_T. Dah tengah dia melopong cam gitu hah. Kira macam membazir je letak zip sebab tangan aku yang halus ni still boleh lepas masuk melalui lubang tersebut (-..-')

Apapun, aku layankan ajelah menjahit sampai habis. Hahaha, bahagian dalam aku guna corak fabric belang-belang tu jugak.

Lawak gila rupa dia bila bukak zip. Zip dah lah pendek, pastu sebelah tu melopong gitu. Hai, kecacatan melanda-landa (>_<) Maklumlah first time, dah lah takde pengetahuan pulak tu dalam bab-bab jahit beg bagai ni. Apapun, okay lah ni...aku puas hati. Hahah :p

Dan dah rasmi dah pun dengan kasut pink juga~ (n_n)


Mostly, barang-barang untuk buat beg tu aku beli dekat Fabric Fanatics. Situ banyak gila fabric dengan corak yang lain daripada lain tau, handle bag dia pun jenis betul-betul macam untuk handbag sebenar, tebal gitu. Tapi memang mahal sikit lah. Tapi kalau nak try, apa salahnya kan.

Untuk jahitan pulak, aku guna mesin basic je hah untuk jahit jelujur kat part-part yang perlu. Untuk sambungkan bahagian-bahagian beg tu pulak guna jahitan tangan insang pari. Agak penat jugak sebab aku takde heavy duty punya mesin jahit.

Okay tu saje, terima kasih sudi singgah sini (n_n)

P/s: kita tunggu second trial pulak, rasa-rasa dalam 5 tahun akan datang wujud lah tu nanti...
 

3 comments:

Raz said...

alahai comelnyaaa

eima said...

klu la aku pandai buat juga mesti best buat kat anak dara aku tu ,....

NURRUL ツ said...

nak jugak pleaseeeeee