Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Thursday, 27 October 2016

Review Filem Rock Bro (The Finale) 2016

Salam :)


Hari tu dapat tiket free untuk Pra-Tonton Rock Bro :) Cerita yang memang aku follow sejak daripada zaman Rock dulu, then Rock Oo sampailah yang paling akhir ni iaitu Rock Bro. Serius rasa something yang macam sedih, sebab filem ni dah habis dah akhirnya :'( Wuwu... so macam biasalah, akan ku ceritakan reviewnya dengan penuh emosi dan perasaan ya~


Overall, ia adalah filem yang tidak segembira dan selawak filem-filem yang sebelumnya sebab dalam filem akhir ni, just nak tunjuk sambungan perjalanan rock kumpulan Rimba Bara ni lepas ketiadaan Amy (Que Haidar) yang merupakan manager Rimba Bara kerana dikatakan sakit mental.

Memang sedihlah, sebab macam payah betul diorang nak survive dengan jadi penyanyi rock. Lebih kurang macam dalam citer Rock Oo, cuma yang ketiga ni lebih kepada masing-masing terasa nak give up dan keluar daripada Rimba Bara. Cuma watak Zul Kapan (Sofi Jikan) agak kehilangan identiti sikit sebab tetiba dia jadi macam lembut sesangat. Maybe sebab nak gantikan Amy Mat Piah (Que) kot?

Then, filem Rock Bro ni jugak dianggap sedih sebab akhirnya, ia akan membawa penonton kepada masa di mana Jijo (Khir Rahman) mengalami kemalangan sehingga meragut nyawanya lepas balik daripada wedding Zack (Hasnol dpd Rock)


Bagi peminat Rock yang betul-betul mengikuti kesinambungan filem-filem ini, akan menjangkakan plot KLIMAKS Rock Bro adalah pada scene Jijo excident, sebab kita semua tahu dalam filem pertama Rock memang ada mention Jijo mati masa balik wedding Zack tu. Seriously dalam Rock Bro kali ni, masa kau nampak Jijo dah potong rambut pendek dan pakai kemeja masa tu, kau dapat rasa something yang macam,

"This is it!"

"Jijo nak pergi wedding Zack lah ni..."

"Masa balik ni lah nanti dia excident tu..."

Haa, sampai camtu sekali tau perasaan tertunggu-tunggu plot klimaks ni. Aku sendiri mengharapkan scene tu dibuat dengan dramatik, maybe sampai boleh buat aku nangis, well aku ni bukan susah sangat nak nangis time tengok movie...tapi entahlah, filem Rock Bro ni tak sampai ke hati lah aku rasa... :'(

Di akhir-akhir filem Rock Bro macam kelihatan kurang penghayatan daripada segi arahan dan cutting scene, nampak sangat berbeza daripada filem sebelumnya iaitu Rock dan Rock Bro. Macam nak cepat siap. Seriously amat mengecewakan aku. Dengan tiba-tiba diselitkan footage rakaman anak Slash interview Zack lah, then scene Slash dah tua dan insaf lah...

Satu lagi aku perasan, pengarah macam terlalu push untuk bagi happy ending. Sometimes macam baru kau nak feel sedih, PAP! Dah kena cut, then baru nak feel sedih lagi, PAP! Kena potong lagi...hadei~ Mungkin sebab pengarah dah bagi sedih masa awal-awal filem, so akhir ni beliau nak masukkan yang tak berapa serius sangat la kot, laka-laka gitu je...



Bagi aku, aku lebih suka dan cukup kot buat ending filem Rock Bro ni masa Jijo excident dan meninggal dunia, then flashback sikit pasal Jijo sambil play lagu Tika (cahaya dalam cermin) tu je... Sebab lagu tu sendiri dah cukup kuat untuk buat penonton terngiang-ngiang moment semasa Jijo masih hidup dalam cerita kedua iaitu Rock Oo... so that, penonton dapat rasa kehilangan watak Jijo yang selama ini menggerakkan 3 movie ini, sekaligus membuatkan penonton rasa sedih sebab filem-filem ROCK dah sampai ke penghujungnya. Sekian~

(pada pendapat aku lah....hehe)

Pape pun, okaylah puas hati sebab jugak sebab dapat tahu apa yang jadi pada Rimba Bara akhirnya...wuwuwu sian Rimba Bara...

P/s: pehal filem Melayu susah betul nak dapat gambar in the scene ek? Geram betul aku, malas nak letak gambar, tulis je pepanjang haa...


5 comments:

Nurzakiah Hanum said...

kena tgk nie

Mommy Cici said...

wah bestnya dapat pra tonton

macam best sinopsis, tapi I tak pernah layan cerita Rock.

btw lama menghilang? kemanakah? apa kabar kah?

Diana Rashid said...

Tak sabar nak tengok..filem kegemaran akak jugak ni..berapa kali ulang tengok dah dulu..yang kali ni mesti la kena tengok jugak..

eima said...

x minat crite melayu terutama cerita ni dik oi ...
entah la penah la tgk kat astro yg rock oo ke ape ke tah tu ... tak best langsung kot ... tah ape2 .... tu pandangan ai org lain tak tau ...

Anonymous said...

Saya baru sahaja menonton filem ni tadi. Apapun saya nak beri pendapat garapan yang telah ditonjolkan oleh Mamat Khalid pada filem kali ini. Tepat sekali apabila dikatakan filem ini lebih sedih dan tidak selawak filem-filem lepas. Apapun filem ini menusuk jiwa saya. Susunan plotnya memberi impak kepada penonton terutamanya scene-scene akhir. Konklusinya, saya sangat suka filem ni. Pengakhiran yang saya fikir amat berpuas hati.