Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Friday, 25 April 2014

Sekali Pandang Macam Kukubesi...



Entry ini aku buat khas untuk menjelaskan 3 perkara berkaitan
siri baju-baju negeri yang menggunakan Jata Negeri sebagai
motif utama, iaitu :-

1. 'Jata Negeri' Idea Siapa?
2. Nak Elakkan Tersalah Beli Yang Tiruan?
3. Kelemahan Menjual Design Ciplak

**********************************************

1. 'Jata Negeri' Idea Siapa?

 
(Dua-dua design ini adalah design original
daripada KUKUBESI)

Sebelum kemunculan Empayar Kukubesi dalam industri T-shirt
ni, perasan tak langsung tak ada satu pun design baju even
design baju-baju negeri sekalipun, yang di-design dengan
menggunakan Jata Negeri sebagai motif utamanya? Cuba ingat
macam mana design baju-baju negeri before ni? Rasa macam
tak nak pakai kan, sebab setepek letak gambar bendera kotak
je, setepek letak peta negeri kat atas baju. Paling moden pun
tulis I Love JB (contoh) je...itu pun ikut trend I love New York~

'Jata Negeri' bukan milik Kukubesi, tetapi cara beliau mengolah
'Jata Negeri' agar bersesuaian untuk dijadikan motif utama dalam
design baju itu adalah IDEA beliau, dan KUKUBESI adalah orang 
pertama yang came out dengan design baju-baju negeri yang 
menggunakan 'Jata Negeri'.

Malangnya, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah
meniru design baju negeri tersebut sehinggakan 99% sama, telah
menyebabkan para pembeli terkeliru antara produk Kukubesi
dengan produk tiruan. Paling menyedihkan, apabila pihak yang
meniru itu, begitu bangga dengan hasil T-shirtnya dan marah bila
ada orang yang cuba mengaitkan design tersebut dengan Kukubesi.

Jadi, nak marah pun tak guna..sendiri mau ingatlah kan..
kalau dah curi idea dan design orang lain, kena lah tanggung 
benda-benda macam tu. Dah memang terang-terang itu idea KB,
so tak leh salahkan mata-mata yang memandang dan cakap baju
dia macam / tiru KB, sebab memang 99% sama~ :)

2. Nak Elakkan Tersalah Beli Yang Tiruan?


Contohnya, anda tengok kat Page KB dan bercadang nak beli
baju tu kat store EKB...tup-tup time anda keluar pergi jalan-jalan
kat bandar ke..mana-mana ke... terjumpa baju dengan design
yang sama, warna yang sama dan memang sama macam
design baju KB. Tapi dijual dengan harga Rm 50 ke bawah.

i. Bagi yang tahu bagaimana KB mempromosikan baju dia, pasti
pelik, sebab baju Kukubesi tak akan dijual di mana-mana selain
di Store Empayar Kukubesi sendiri iaitu di Cheras, Shah Alam
dan Skudai, Johor demi menjaga ke-ekslusif-an-nya.

Kalau dijual di booth sekalipun, ia bersempena dengan
event-event tertentu. So, kalau anda macam ternampak kat
pasar malam, takde orang beratur panjang atau menyerbu
gerai / booth tersebut, sila maklum itu berkemungkinan besar
bukan baju original Kukubesi.

ii. Untuk baju-baju negeri Kukubesi tidak akan dijual dengan
harga serendah RM 50 ke bawah


iii. Cuba pegang dan check bahagian label kat kolar baju tu,
ada tak label macam dalam gambar atas tu (tapi dalam pic
tu warna merah, kalau label baju, background label hitam,
tulisan putih). Then, belek baju tu ada tak tertulis nama
'Empayar Kukubesi'? So, kalau takde tu sah-sah lah itu memang
tiruan :)

3. Kelemahan Menjual Design Ciplak


i. Idea dan design original biasanya disertakan strategi pemasaran
yang lengkap termasuklah sasaran golongan pembeli. Mereka
akan mensasarkan golongan yang dijangka akan menerima idea
mereka, seterusnya memudahkan proses pemasaran dan penjualan.

Berbanding dengan mereka yang hanya tahu mengambil idea
orang lain dan di-claim sebagai produk mereka,  produk
akan disasarkan kepada golongan 'target audience' yang salah 
kerana nak dapat untung yang banyak dalam sekelip mata. Dan
masalah-masalah akan timbul apabila 'wrong target audience'
mula mempertikaikan kenapa design itu begitu, kenapa design itu
begini...u get it?

ii. Sampai bila pun takkan dapat mengukuhkan / mempopularkan
 jenama sendiri


iii. Kepuasan hanya diperoleh melalui duit semata-mata


***********************************************

Memang banyak dah aku nampak kat bandar JB ni, baju yang
sekali pandang memang boleh mengelirukan sebab sama gila
dengan design Kukubesi. Satu aku nampak dekat Econsave
Tebrau, satu lagi paling slumber dekat Bazar Karat.

Kadang aku fikir, boleh je kalau nak guna Jata Negeri sebagai
motif utama design baju, tapi tolonglah guna kreaviti sendiri
sikit. Kata pandai sangat design kan? Kalau setakat ambil design
asal then distortkan certain tulisan, tukar atas bawah sikit, mohon
faham wahai manusia-manusia yang tamak kan keuntungan
sekalian, itu takkan membuatkan idea itu menjadi hak milik anda 
:)

SEKIAN TERIMA KASIH

P/s: Bersainglah secara sihat...


2 comments:

Cik Anita said...

Kenapa aku tak pernah tau pun pasal benda ni.. Errr.

Nampak sangat aku dah tak remaja.

EKB PERAK said...

Terima kasih atas sokongan!
Setuju dengan pandangan saudari. Tindakan undang² sedang diatur. Moga kita dapat educate rakyat Malaysia untuk menyokong yg asli.
Rasa nak share lah hehe