Happy Three Friends

Miss Money

Friday 15 November 2013

FENOMENA EMPAYAR KUKUBESI DI MANA-MANA !!


Salam anak-anak tempatan sekalian. Ini aku nak memperkenalkan seorang lagi
anak tempatan kelahiran Cameron Highlands, Pahang yang berjaya menimbulkan
fenomena yang sangat fenomena di Malaysia ini !
Wahhh, macam gempak jer~ macam gempak jer~ Jom baca !

(aku dah sedaya-upaya meringkaskan dan memadatkan info-info agar tidak
membosankan untuk dibaca)

Sumber Gambar : http://komunis.fotopages.com/?entry=1836444

SIAPA KUKUBESI ??

Kukubesi adalah nama glamour sahaja, dan ini nama penuhnya :
Muhammad Fazli Bin Ab Latif

Tarikh lahir : 4 Januari 1978

Pendidikan : Graduan daripada Cosmopoint

Kepakaran / Bidang : Senireka grafik terutamanya photomanipulation, Fotografi,
dan Pemasaran dan Perniagaan

ARTWORK PHOTOMANIPULATION KUKUBESI

Poster Hikayat Merong Mahawangsa merupakan antara artwork terawal yang
menaikkan nama KUKUBESI dan seterusnya membuka 'jalan' padanya untuk
mengembangkan empayarnya di Malaysia.

Sumber Gambar : 
carlsamsudin.blogspot.com 
KukuBesi
Final Poster Design                               Gambar Asal
Sumber Gambar : Budiey.com
Kukubesi telah dilamar sendiri oleh YUSRY KRU untuk diberi kepercayaan
mendesign poster untuk filemnya itu. Haa kau ingat senang nak edit macam tu??

Ini pulak beberapa artwork manipulasi KUKUBESI yang hebat dan kemas :

Sumber Gambar : FB Kukubesi Manipulasi
Sumber Gambar : FB Kukubesi Manipulasi
Sumber Gambar : FB Kukubesi Manipulasi
Lihat lagi artwork KUKUBESI yang menyampaikan maksud yang mendalam
di SINI

Okay, dapat lihat tak sedikit sebanyak kehebatan 'memotong' (crop), menggabungkan
dan menyamakan tone warna nya di situ? Aku memang surender awal-awal lah kalau
nak buat artwork macam ni, sebab aku takde ketabahan langsung untuk buat se-details
dan sekemas ini~ Hahaha

GERAK GEMPUR KUKUBESI (Photomanipulation Contest)

KUKUBESI lah orangnya yang bertanggungjawab membuatkan ramai anak-anak
muda melihat apa itu seni manipulasi gambar. Beliau lah orangnya yang bertanggungjawab
menyemarakkan semangat anak-anak muda kita agar bersaing secara sihat dan
kreatif dengan menghasilkan karya-karya yang 'berjiwa Melayu' dan penuh makna,

GERAK GEMPUR atau PERANG POSTER ini adalah sebuah pertandingan
mengedit / memanipulasi gambar dengan menggunakan gambar yang diberikan dan
mengikut tema yang dipilih ketika itu. Ramaaaaai gila yang join okay !
Antara hasil-hasil karya peserta Gerak Gempur :

Sumber Gambar : Album GERAK GEMPUR KUKUBESI 2 (Klik untuk lihat lagi gambar
penyertaan)
Sumber Gambar : Album GERAK GEMPUR KUKUBESI 2 (Klik untuk lihat lagi gambar
penyertaan)
Hebat kan? Baru tahu anak-anak tempatan kita pun sebenarnya mampu menghasilkan
artwork segempak orang Barat, jika dilatih dan dibimbing dengan betulkan? Kagum!




Okay, ini sebenarnya motif utama aku nak memperkenalkan KUKUBESI ni kat korang
semua. Penting untuk korang kenal dan tahu dulu siapa KUKUBESI dan artworknya,
sebelum korang lihat produk-produk keluarannya agar korang tak memandang cikai pada KUKUBESI.Aku nak korang tahu, wujudnya design-design Tee Negeri yang aku rasa
designnya memang ada classs dan sangat rare di Malaysia ini berbanding Tee2 biasa
seperti I LOVE MALAYSIA...

Jadi, aku nak exposekan T-shirt Eksklusif keluaran EMPAYAR KUKUBESI :

 


Untuk kepuasan mata dan jiwa korang, sila klik KUKUBESI STORE dan cuci mata
dengan design-design Tee Negeri yang best !

Bawah ni pulak antara design-design TEE PROPAGANDA yang TOP ! :

 
 

FENOMENA EMPAYAR KUKUBESI


 


LIMITED EDITION : 60 PCS untuk setiap design pada setiap keluaran
yang menyebabkan hanya yang berjaya je yang dapat beli TEE KUKUBESI ni :D

  
 


Amacam? Tak nak beli ke? Hahaha...untuk maklumat lanjut tentang Tee2 ini,
bolehlah klik logo Empayar Kukubesi bawah ni :


Next entry aku akan update Tee2 baru KUKUBESI, okay.. Tunggu~~~~~


...


Owh ya, ini koleksi KUKUBESI TEE aku :




Personally, aku suka 'cara' KUKUBESI sebab dia berjaya menghasilkan
design yang membuatkan aku bangga untuk pakai baju design negeri sendiri.


Terima kasih sudi baca sini (n_n)

Sumber foto : Facebook Kukubesi Store, Facebook Kukubesi Manipulasi


11 comments:

Nong Andy said...

memang smart.... baju tu. di pakai pulak oleh model comel.. ewah..

Unknown said...

Wahh, nice info. Baru je usha pasal KUKUBESI ni jugak.
Masih takde chance nak beli tee dia. Hee. ><

reenapple said...

wAH... aku suka style art gini. Memang nampak cool. ;)

Nur Arifah said...

hebatlah semua artwork dia..semua awesome!! hahaha...

HEX said...

kukubesi mmg stylo

tulang mekanik said...

..::memang terbaik::..

Lynn Damya said...

Nong andy : haha tp xcomel mcm ank ko, si shinta tu :P

Atiqah : haha,rebut jgn xrebut :D

reenapple : beli satu lah babe ! ;D

Arifah : haha kan !

Freak : betul tu ! ;D

Tulang : hahaha

Anis Farhana said...

wooowwww. smart!!

Tengkubutang said...

fuhhh.. cantik buatannya.. t.shirt tuu.. heeeee

Tinta Lana said...

Wowww!! Aku sgt2 excited ni,hahahah

Ya, siapa tak kenal kukubesi, 1st time aku dengar msa kat uitm. Aku memang minat sgt2 artwork dia. Memang kalau tgk hasil dia, tak terbuat la kita.. tgk bleh la,keh3.

Cantik la lynn tee dia T__T Ko jgn lupa update ya.

pu3yusni said...

Like to be a dealer or branch utk negeri 9