Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label First Time Pakai Contact Lens. Show all posts
Showing posts with label First Time Pakai Contact Lens. Show all posts

Monday, 30 March 2015

E-Day's Throwback : Pengalaman First Time Pakai Contact Lens


Salam (n_n)


Akhirnya hari yang bersejarah itu telah tiba jugak. Hari di mana aku berjaya memasukkan contact lens ke dalam bijik mata aku ni haa~ Hahaha sungguh tidak ku sangka, benda yang terpaling aku takut nak buat, hari ini dah jadi kebiasaan dah. Jom imbas semula cerita aku masa first time nak pakai lens hari tu.

Masa Beli

Aku cari lens jenama FreshKon seperti yang disyorkan oleh tunang aku, tapi kedai tu takde. Dia suggest aku ambil yang jenama Bausch&Lomb ni je.


Takut jugak kalau-kalau lens tu tak bagus, tapi beli lah jugak sebab ada logo Superbrands. Dalam tu ada 3 pasang lens, setiap satu tahan selama sebulan. Aku beli yang colourless je. Then, beli sekali dengan solution (air cucian lens). Jenama solution A-Complete ni memang well-known lah. Dalam kotak tu siap sekali dengan bekas rendam lens tu hah... Total semua Rm53 je sebab ada diskaun. Best betul! :D

Actually, cuak aku masa nak pakai tu sangatlah tak terkira. Aku siap tengok tutorial kat Youtube, macam mana nak pakai lens. Lepas tengok 3,4 video dan baca beberapa pengalaman blogger, okay! Aku rasa dah boleh dah ni...lepas tengok tutorial memang rasa semangat lah nak pakai, konon tengok macam senang...so misi nya bermula keesokkan harinya...

MISI MEMAKAI CONTACT LENS KALI PERTAMA


Kena pulak haritu aku takde kerja, so aku duduk dalam surau lama-lama semata-mata demi misi ini. Aku buat macam apa yang aku dah study daripada tutorial, sehinggalah tiba di saat kemuncak ini...


Dah dekaaaatttt dah tu, TAPI!! Tapi jari aku duk terketar-ketar menggigil sebab seriau gila. Waduhhhh!!!! Tak sempat aku nak masukkan lagi aku dah terduduk balik sebab jari mengigil sangat. Sengal betul! Okay aku cuba lagi kali kedua. Kali ni dah macam nekad habis. Bila nak masuk je, mata aku terpejam!! Owh shittt!! Tangan masih menggigil, jantung masa tu dah macam tak terkawal lagi dah macam nak meletup. Lutut aku dah macam lemah gila. Kau tengok punyalah cuak aku nak pakai lens masa tu. Dush! Dush!!

Terguling-guling sekejap aku dalam surau sebab geram tak boleh nak pakai lens. Mata aku terpejam sebab aku takut nak rasa 'perasaan' bila kanta tu melekap dekat bijik mata aku tau. Plus pedih-pedih dia lagi. Adui, camana ni. Dah rasa nak nangis dah masa tu, sebab power aku tinggi..nanti kalau tak pakai cermin mata dan lens, tak nampak lah suasana hari pertunangan aku tu..wuwu..

Cubaan Ke-empat!!! \(>_<)/

Kali ketiga try-try terjatuh pulak lens nya ke bawah, dah kena rendam jap dalam solution. So, kali ke-empat akhirnya....dah siap berdoa-doa dalam hati supaya dimudahkan, tengah aku duk tenung cermin sambil jari try nak masukkan lens tu, tiba-tiba zupp.....contact lens hilang daripada hujung jari aku...


Dan slow-slow daripada situ, mata kanan aku tetiba dapat melihat dengan clear. Terus tengok cermin! Ya Allah alhamdulillah, lens tu dah selamat melekap kat mata aku!!! Yahooo! Yeayyyy!!! Lepas tu dah terus tak takut dah pakai yang belah kiri, sebab tak sabar-sabar nak siap pakai dua-dua belah :D Masa cubaan ke-empat ni mata kanan take time 15 minit, dan mata kiri 5 minit je!! Hahah..

Siap!! :')

You know what...bila dah siap pakai dua-dua belah, aku tengok cermin..daripada jarak yang jauh..aku tengok muka aku. Aku tenung lama-lama. Memang rasa puas...tapi lebih kepada rasa nak nangis. Tahu aku rabun sejak bila? Sejak darjah 2 :) Sejak tu lah aku tak pernah langsung dapat tengok muka aku sendiri tanpa pakai cermin mata dengan jelas daripada jarak yang jauh. Power aku tinggi, dan aku rabun sebab keturunan. Serius aku terharu, dah nak nangis dah tapi cepat-cepat aku 'ubah' emosi kepada gembira. Gila nak nangis? Pakai contact lens mana boleh nangis weyh~ hahaha (n_n)

*gambar dpd google ya. Tak gigih pulak aku nak pakai sambil snap pic :p
***********************************************

Itulah dia bagaimana first time aku cuba pakai lens. Tak sangka, sekarang aku dah biasa pakai lens. Padahal itu salah satu benda yang paling aku takut nak cuba dulu. Hmm :) Okaylah tu je, terima kasih sudi baca sini.

P/s: semalam aku baru beli lens warna grey tau (n_n)


Wednesday, 11 March 2015

Astaga....cuaknye aku!!!


Salam.
Baik-baik aku semangat tadi, terus rasa lemah semangat, takot dan cuak gila ya amat!! Siap menggigil katanya~ Hahaha

Semuanya kerana contact lens!! Kalau tak pasal aku nak bertunang, tak nak aku pakai lens tau! Tapi tak nak pakai spek mata, sebab tak cantik nanti~ hahaha..tapi power aku tinggi, kalau tak pakai spek, dan tak pakai lens, alamatnya memang kabur je lah sepanjang majlis nanti deh~ Uhuk..uhuk sedih :'(

Kenapalah ngeri sangat masa nak masukkan lens tu dalam bijik mata. Aku rasa nak masukkan tu aku boleh, tapi bila dah lens tu betul2 dekat depan mata, tangan aku macam cramp terus tak boleh gerak, kaku je kat situ...sebab otak aku macam jerit bagi arahan 'Jangan!!! Jangannnn tolak masuk lens tu dalam mata aku'. Arghh! Aku takut nak rasa lens tu melekap kat bijik mata aku. Wahhhh takotnya!!

Ya! Aku tengah stress sekarang ni. STRESS!! Sebab aku sendiri yang tak berani. Well ianya berkaitan dengan mata, jadi perlulah rasa takut gila kan, lagi-lagi aku ni first timer. Aduhai, nak pengsan rasa sebab takut sangat tadi...

Macam mana ni....wuwaaaaaaa :'( :'( :'(


P/s: kalau lah aku banyak duit, baik aku buat pembedahan lasik je. Wuwu~