Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Wednesday, 11 March 2015

Astaga....cuaknye aku!!!


Salam.
Baik-baik aku semangat tadi, terus rasa lemah semangat, takot dan cuak gila ya amat!! Siap menggigil katanya~ Hahaha

Semuanya kerana contact lens!! Kalau tak pasal aku nak bertunang, tak nak aku pakai lens tau! Tapi tak nak pakai spek mata, sebab tak cantik nanti~ hahaha..tapi power aku tinggi, kalau tak pakai spek, dan tak pakai lens, alamatnya memang kabur je lah sepanjang majlis nanti deh~ Uhuk..uhuk sedih :'(

Kenapalah ngeri sangat masa nak masukkan lens tu dalam bijik mata. Aku rasa nak masukkan tu aku boleh, tapi bila dah lens tu betul2 dekat depan mata, tangan aku macam cramp terus tak boleh gerak, kaku je kat situ...sebab otak aku macam jerit bagi arahan 'Jangan!!! Jangannnn tolak masuk lens tu dalam mata aku'. Arghh! Aku takut nak rasa lens tu melekap kat bijik mata aku. Wahhhh takotnya!!

Ya! Aku tengah stress sekarang ni. STRESS!! Sebab aku sendiri yang tak berani. Well ianya berkaitan dengan mata, jadi perlulah rasa takut gila kan, lagi-lagi aku ni first timer. Aduhai, nak pengsan rasa sebab takut sangat tadi...

Macam mana ni....wuwaaaaaaa :'( :'( :'(


P/s: kalau lah aku banyak duit, baik aku buat pembedahan lasik je. Wuwu~


1 comment:

eima said...

dik jgn kate ko ... aku mmg takkan pakai kot ... gile ngeri ko

aku mmg sensetip sikit bab mata ngan hidung ... negri