Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label Tempat makan best. Show all posts
Showing posts with label Tempat makan best. Show all posts

Wednesday, 9 September 2015

Inilah KILANG BATERI JOHOR Yang Feymes Tu

Salam.


Sebut saja pasal Kilang Bateri, orang JB mesti tahu punyalah kat mana dan camne ghopenye kilang tersebut. Sebuah bangunan ikonik di JB, aku pun xsure apesal. Aku pun masa kecik memang duk area situ je hah, area UDA. Tak sangka pulak skang ni kilang tu dah jadi ala-ala hipster-mall gitu~ Jom tengok!

Ini entrance dia, sebelah kanan tu ada cafe Cupchai tau! Lagi nice sebab konsep outdoor, selesa lah nak melepak kat situ. (pic google)

Aku pernah review cafe CupChai dalam entry INI (klik), tapi yang itu kecik je. Kalau cawangan Kilang Bateri ni luas, siap boleh makan kat tingkat atas tu~ Then, daripada Entrance tadi, masuk je, toleh belah kiri...haaaa....



Terbentang luaaaasss food courtnya~ Meja kerusi semuanya buat daripada kayu pine. Konsep gerainya pula, suka hati. So, takdelah semua kedai sama warna je kan..Boring!


Diorang hias kedai masing2 ikut taste masing. Btw, kami makan kat Food Court Kilang Bateri ni lah hari tu. Nampak tak gerai MOM'S Kitchen tu? Haa...aku dgn mak aku order set Nasi Putih + Daging Masak Kicap + Ulam + Sambal Belacan = RM 6 sahaja!! Sedap gila pulak tu, berbaloi-baloi rasanya!


Semua sedap! Yang bestnya, harga makanan kat sini memang murah-murah bermula daripada Rm4 saje! Ada satu kedai jual Chicken Chop Rm5, hari tu sampai beratur orang nak beli, sedap agaknya. Aku belum rasa lagi. Hehe..so lepas makan, pergi jalan dalam tu pulak.

Macam yang aku cakap, Kilang Bateri ni dah jadi ala-ala hispter mall gitu. Semua kedai yang ada dalam ni memang unik, kecik comel ke sebesar kotak-kotak kontena yang telah diubahsuai. Jom ikut aku! :D



Ada FIXI! Yeayy..tapi aku tak beli pape novel pun, sebab tengah saving. Hehe..btw, aku suka tempat ni. Dalam jangka masa yang panjang nanti, aku rasa kita ni dah tak payah pandang lagi brand-brand luar kot? Brand tempatan anak-anak muda sekarang pun dah cukup membanggakan designnya. So, keep it up! ;)

Tempatnya aku tak tau lah camne nak explain. If korang tau fly over nak ke Plaza Angsana tu, haa masuk lah situ. Then terus je sampai jumpa traffic light simpang 4, terus je lagi sikit, dah sampai. Kilang Bateri kat belah kanan, so korang kena u-turn lah :)

Okay tu je, thans singgah sini (n_n)
Baca sekali REVIEW TERKINI BATERI 2016


Monday, 1 June 2015

Review Asam Pedas House, UDA Business Centre JB


Salam!
Yeayy jom makan-makan (n_n). Suka asam pedas tak? Kalau suka, jom try asam pedas kat kedai baru ni. Kalau korang tau Jakel baru yang bertentangan Plaza Angsana tu, haa korang cari Restoran Upin & Ipin. Sebab Asam Pedas House ni memang sebelah Restoran Upin Ipin tu je..hehe :D


Even nama dia Asam Pedas House, tapi dia bukan sekadar asam pedas tau. Western-western macam spagethi tu pun ada. 


Harga ikan asam pedas dia bermula pada Rm10. Masa aku pergi tu, kitorang order nasi putih, kailan ikan masin, telur dadar, tauhu, dan bubur nasi untuk mak aku. Tak order asam pedas pun. But then masa hidangan sampai, akak tu offer nak kuah asam pedas tak? Hahahaha...aku pun ape lagi, memang nak lahhhh kannnn~ :p




Even gambar dia blur, tapi rasa asam pedas dia tetap aku ingat sampai sekarang. Kawwwww gila! Sedap betul! Kalau makan dengan nasi putih panas je dah sedap. Kuah memang pekat dan sedap dan cukup rase! Hahahah...so kepada penggemar asam pedas bolehlah support kedai baru ni :D


Tepi meja cashier tu ada jual-jual kerepek dan kuih raya. Roti-roti homemade pun ada. Aku dengan mak beli roti dengan popia simpul tu, pastu akak tu bagi kuih lapis kat kitorang. Percuma je dia kata..:)


Semua sedap!! Terutamanya kek lapis tu. Biaselah kan barang free memang sedap dia lain macam sikit~ HAHAHAHA! If korang nak order kek lapis tu pun boleh je datang kedai Asam Pedas House tu. Memang sedap!! (n_n)

Okay, itu saje. Terima kasih sudi singgah sini :)

P/s: Kedai dia bersih sangat, suka3! Cuma kat situ ramai orang minta sumbangan. Masa aku makan tu je, dekat 4 orang datang minta derma. So, pandai2lah korang sediakan duit kalau nak sedekah ya :)


Sunday, 17 May 2015

Popia Pisang Fork and Dagger


Salam.
Ya...inilah rupa popia pisang tersebut... \(n_n)/

Ia seperti banana split yang dibalut dengan kulit popia yang rangup, lepas tu dicurah pula diluarnya dengan chocolate syrup yang sedap dan melimpah ruah...dan pheww~~ rasa dia sedap gila! Aku suka! Aku suka! Hahah :p

By the way, popia pisang ni aku order masa makan kat satu restoran baru kat jb ni, nama kedai dia Fork And Dagger. Kedai takde bumbung yang konsep dia ala-ala zaman cowboy gitu~ Harga makanan dia memang sangat berpatutan.

 

Tapi, sorry...aku memang tak tau nak explain direction nak pergi ke sana macam mana. Dia area Setia Tropika macam tu lahh..hahaha aku try google tapi entah, tak jumpa. So, maaf lah. Aku cuma nak tunjuk popia pisang dia je, hahaha :D

P/s: popia pisang tu kalau dapat buat sendiri pun style tu (n_n)