Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday, 1 April 2014

Meja Pereka Grafik VS Meja Pekerja Lain


Dulu masa duk hostel, aku selalu dengar budak-budak
course lain cakap begini kepada kami yang budak-budak
Art n Design ni :

"Budak AD ni selalunya buat kerja bersepah, berselerak.."

"Kau dapat roomate budak AD? Habislah kau tak boleh
tidur, diorang selalu stay up sampai tengah malam, kadang
sampai pagi, lampu pun kena bukak je memanjang...haha"

dan sebagainyalah, tapi main point dia adalah budak art ni
buat kerja bersepah, meja dia tak pernah kemas, dan selalu
tidur lambat / mahupun tak tidur langsung. Hahaha, well aku
memang setuju dengan itu :P Meh kenali kami :D

Meja / Work Station budak-budak Art :

1. Meja kena besar dan luas

Bagilah meja luas mana pun pada kami, kami tetap rasa macam tak muat, sebab kerja kami adalah banyak,
start 
daripada A-Z, kami kena buat research konsep, teknik, warna, font style, reka bentuk, then kena buat sketch, then mungkin kena color secara manual dulu before masuk dalam PC untuk diedit secara manual. Tu belum meja untukpakar 3D Animator, segala bagai komputer ada atas meja dia.
Jadi proses kerja ni memerlukan ruang yang banyak dan luas agar kami boleh buat kerja dengan selesa. Segala buku-buku
rujukan (biasanya buku kami penuh dengan gambar semata),
buku sketch, pelbagai jenis color seperti color pensel, watercolor, krayon dan sebagainya harus diletak berdekatan agar
mudah dicapai masa tengah 'rushing' cari idea :P

2. Memang crowded

Korang harus tahu yang budak-budak Art ni memang
masing-masing ada hobi untuk mengumpul sesuatu sebagai
koleksi. Most of them sangat suka mengumpul action figure
yang mana orang-orang biasa akan gelar ia mainan kanak-kanak.

Sebab itu, adalah perkara biasa dan normal jika meja seorang
pereka grafik akan mempunyai susunan action figure di atas
meja dia. Tak kira sempit mana pun meja diorang, pasti ada je
tempat untuk dia selitkan jugak action figure kesayangan
diorang tu. Kalau tak ade tempat jugak, confirm dia akan cari
jalan gak agar action figure dia ade jugak atas meja dia tu.
Tu yang sometimes korang tengok, sekeliling PC dia pun boleh
jadi tempat sangkut or tempat letak barangan koleksi dia.
Bagi mereka, semak yang macam itu menyeronokkan :D

3. Bersepah bila buat kerja
Anda memang akan cari pasal sekiranya tegur diorang
buat kerja bersepah. Ini adalah proses penting di mana mereka
sedang mencari idea. Simptom-simptom mereka sedang
mencari idea adalah, pelbagai jenis buku bergambar
dibiarkan terbukak je, buku-buku tu pulak berselerak je, 
buku sketch juga dibiarkan terbukak je dengan pensel-
pensel dan drawing pen bersepah-sepah, buku sketch 
dipenuhi dengan sketches yang mengarut, seperti lakaran
kasar yang berpusing-pusing dan berserabut seperti puting
beliung....

sambil dia sedang termenung mengadap dinding, mengadap
ke luar tingkap, mengadap PC, mengadap siling, atau
mungkin akibat terlalu hardcore sampai terlentang tidur atas tilam.
Ada juga yang membiarkan semua itu bersepah sambil dia
relax je makan megi sambil menonton movie kat PC.

Itu semua adalah proses mencari idea. Seriously, korang
kena faham hal ni.

4. Tak boleh tengok meja or dinding kosong

Ini aku tak tahu nak terangkan macam mana, tapi ia
macam automatik. If meja dia terletak di bahagian corner
dinding, confirm dinding tu akan jadi hak milik dia
sepenuhnya, dan akan diletakkan / ditampal / disangkut
dengan apa-apa sahaja yang digemari seperti poster konsert
yang cool, design poskad yang just nice, poster kartun
kegemaran dia, sticker monster yang pelik tapi comel,
label or price tag jenama kegemaran dia, sampul coklat
edisi terhad yang rare gila, semuua....semua kalau boleh
dia nak tampal kat dinding tu. Percayalah....

5. Kemas tapi menarik perhatian

Ya, mungkin ada certain yang tak suka meja kerjanya
terlalu crowded, dan akan menghias workspacenya dengan
lebih kemas, dan nampak lebih professional. Tapi, dia
tetap tak boleh lari daripada ciri-ciri 'kebebasan' dalam
menghias meja nya tu. Tetap nak letak gak koleksi yang
dikumpulkan, dan tetap nak letak 'sense of art' kat situ.

Dalam gambar atas tu, alahh tu nak ambil gambar je kot,
tengoklah nanti time dia buat kerja macam mana..hahaha
So, that's all...sesiapa yang nak try-try tackle awek / pakwe
yang bergelar budak-budak Art bolehlah belajar menerima
cara mereka bekerja, dan fahamkan kenapa mereka macam tu.
Ia sesuatu yang boleh dikatakan macam 'tulisan doktor memang
susah nak faham'. Er, faham tak? Hehe...

Bersepah, crowded, berselerak itu tanda kami bekerja,
tanda kami sedang bekerja, dan aku rasa..ia adalah

A.W.E.S.O.M.E !!

\(n_n)/


Farewell Party @ The Manhattan Fish Market, AEON Kulaijaya


Gambar google

Semalam, bos aku buat farewell party untuk Wani, kawan
sekerja aku. Akibat tak banyak masa, so bos decide untuk
pergi melantak dekat AEON Kulaijaya je lah, so okay gak
sebab memang dekat je dengan rumah aku. Haha..sampai
je, bos dah pilih nak makan di Manhattan Fish Market...
yeayyy ! Aku excited sebab tak pernah makan kat situ :D

So, ini menu book dia :


Lepas pilih-pilih dalam masa yang agak lama, aku pun
pilih lah set menu yang ada nasi sekali, maklumlah, aku
kalau makan, mesti nak ada nasi sekali, baru lah lengkap~
hehehe, aku pilih ni Mediterranean Baked Fish :D

Macam biasa, appetizer sampai dulu, tapi ape entah nama
dia, rasa dia macam kulit karipap yang dah digoreng tu :


Then, air-air pulak sampai, aku order air Blue Lagoon (float)
akibat tertarik dengan warna airnya yang biru. Dan masa
nak order tu, aku tersebut Sunway Lagoon dengan jayanya~


Yang join party tu ada 6 orang, dan menu aku adalah yang
kedua akhir sampai. Sedih sungguh, perut aku dah menyanyi-
nyanyi dah, sebab aku dah standby perut (lah konon) untuk
makan masa farewell ni, haha lapar gila, berikut adalah menu-
menu yang mereka order :

Ini ikan Salmon, tapi aku tak ingat apa nama khas menu ni...
Ini Fish and Chips yang memang menjadi favourite kat
Manhattan Restaurant ni, dia guna standard lah ikan Dory,
dua ketul ikan dory okay..tapi kalau tak habis, senang
je, sebab boleh terus bungkus guna paper yang sedia
menjadi alas food tu :D
Haa ini kawan aku yang nak berhenti kerja tu punya
order...ni kira macam Seafood Set kot? Entahlah, sebab
dalam tu semua jenis seafood ada, ada sotong, ada
kupang, ikan, ayam, dan nasi..hahaha padan muka dia
semput nak habiskan :p
And finally selepas lama menunggu, order aku pun sampai~

Yeayyy...ikan Dory di masak tak tahu dengan Nasi Garlic
dan herba-herba berserta sayur-sayuran sihat brokoli
yang aku tak nak makan, dan lobak yang segar...hahaha...
tapi lidah melayu kan, aku makan ni campur dengan sos
cili, sebab macam rasa food ni tak cukup rempah gitu~~ 
Okay, dah siap makan, kami tak order dessert pun sebab
tak dipelawa oleh bos T_T wuwu baru nak makan ice cream.
By the way, aku habis makan awal. Pada aku, aku memang
buat pilihan menu yang tepat sebab size hidangan agak
sederhana, dan makan cara melayu (ada nasi, ada lauk)..
Haha so aku habis awal :D dan boleh ambil gambar dekorasi
dalam kedai tu..hehe

Sudut paling cOoL aku rasa...
Foto besar gedabak di sudut lain dalam kedai
Rate harga untuk Manhattan Fish Market ni standard lah
kot, fish and chip dekat RM 20 lebih macam tu, then
menu-menu lain macam aku makan tu RM 19.90...standard
lah kot? Entah, aku tak selalu makan tempat macam ni, ni
pun sebab bos aku suka makan-makan dan bawak pergi tempat
makan macam ni...hehe

...dan ini lah dia budak yang nak pindah tu :


Sedih jugak dia dah pindah, aku dah takde kawan tempat
nak bergosip or cerita masalah dunia...dia baya aku,
so kepala otak boleh masuk sikitlah kann kalau nak citer
pape pun, haha tapi xpe, dia duk dekat je, leh jumpa
jugak nanti..emo lebih aku ni :p Haha

Okay itu saje nak citer, terima kasih sudi singgah sini
(n_n)