Dulu masa duk hostel, aku selalu dengar budak-budak
course lain cakap begini kepada kami yang budak-budak
Art n Design ni :
"Budak AD ni selalunya buat kerja bersepah, berselerak.."
"Kau dapat roomate budak AD? Habislah kau tak boleh
tidur, diorang selalu stay up sampai tengah malam, kadang
sampai pagi, lampu pun kena bukak je memanjang...haha"
dan sebagainyalah, tapi main point dia adalah budak art ni
buat kerja bersepah, meja dia tak pernah kemas, dan selalu
tidur lambat / mahupun tak tidur langsung. Hahaha, well aku
memang setuju dengan itu :P Meh kenali kami :D
Meja / Work Station budak-budak Art :
1. Meja kena besar dan luas
Bagilah meja luas mana pun pada kami, kami tetap rasa macam tak muat, sebab kerja kami adalah banyak, start daripada A-Z, kami kena buat research konsep, teknik, warna, font style, reka bentuk, then kena buat sketch, then mungkin kena color secara manual dulu before masuk dalam PC untuk diedit secara manual. Tu belum meja untukpakar 3D Animator, segala bagai komputer ada atas meja dia. Jadi proses kerja ni memerlukan ruang yang banyak dan luas agar kami boleh buat kerja dengan selesa. Segala buku-buku rujukan (biasanya buku kami penuh dengan gambar semata),buku sketch, pelbagai jenis color seperti color pensel, watercolor, krayon dan sebagainya harus diletak berdekatan agar mudah dicapai masa tengah 'rushing' cari idea :P |
2. Memang crowded
Korang harus tahu yang budak-budak Art ni memang masing-masing ada hobi untuk mengumpul sesuatu sebagai koleksi. Most of them sangat suka mengumpul action figure yang mana orang-orang biasa akan gelar ia mainan kanak-kanak. Sebab itu, adalah perkara biasa dan normal jika meja seorang pereka grafik akan mempunyai susunan action figure di atas meja dia. Tak kira sempit mana pun meja diorang, pasti ada je tempat untuk dia selitkan jugak action figure kesayangan diorang tu. Kalau tak ade tempat jugak, confirm dia akan cari jalan gak agar action figure dia ade jugak atas meja dia tu. Tu yang sometimes korang tengok, sekeliling PC dia pun boleh jadi tempat sangkut or tempat letak barangan koleksi dia. Bagi mereka, semak yang macam itu menyeronokkan :D 3. Bersepah bila buat kerja |
Anda memang akan cari pasal sekiranya tegur diorang
buat kerja bersepah. Ini adalah proses penting di mana mereka
sedang mencari idea. Simptom-simptom mereka sedang
mencari idea adalah, pelbagai jenis buku bergambar
dibiarkan terbukak je, buku-buku tu pulak berselerak je,
buku sketch juga dibiarkan terbukak je dengan pensel-
pensel dan drawing pen bersepah-sepah, buku sketch
dipenuhi dengan sketches yang mengarut, seperti lakaran
kasar yang berpusing-pusing dan berserabut seperti puting
beliung....
sambil dia sedang termenung mengadap dinding, mengadap
ke luar tingkap, mengadap PC, mengadap siling, atau
mungkin akibat terlalu hardcore sampai terlentang tidur atas tilam.
Ada juga yang membiarkan semua itu bersepah sambil dia
relax je makan megi sambil menonton movie kat PC.
Itu semua adalah proses mencari idea. Seriously, korang
kena faham hal ni.
4. Tak boleh tengok meja or dinding kosong
Ini aku tak tahu nak terangkan macam mana, tapi ia macam automatik. If meja dia terletak di bahagian corner dinding, confirm dinding tu akan jadi hak milik dia sepenuhnya, dan akan diletakkan / ditampal / disangkut dengan apa-apa sahaja yang digemari seperti poster konsert yang cool, design poskad yang just nice, poster kartun kegemaran dia, sticker monster yang pelik tapi comel, label or price tag jenama kegemaran dia, sampul coklat edisi terhad yang rare gila, semuua....semua kalau boleh dia nak tampal kat dinding tu. Percayalah.... |
5. Kemas tapi menarik perhatian
Ya, mungkin ada certain yang tak suka meja kerjanya terlalu crowded, dan akan menghias workspacenya dengan lebih kemas, dan nampak lebih professional. Tapi, dia tetap tak boleh lari daripada ciri-ciri 'kebebasan' dalam menghias meja nya tu. Tetap nak letak gak koleksi yang dikumpulkan, dan tetap nak letak 'sense of art' kat situ. Dalam gambar atas tu, alahh tu nak ambil gambar je kot, tengoklah nanti time dia buat kerja macam mana..hahaha |
So, that's all...sesiapa yang nak try-try tackle awek / pakwe
yang bergelar budak-budak Art bolehlah belajar menerima
cara mereka bekerja, dan fahamkan kenapa mereka macam tu.
Ia sesuatu yang boleh dikatakan macam 'tulisan doktor memang
susah nak faham'. Er, faham tak? Hehe...
Bersepah, crowded, berselerak itu tanda kami bekerja,
tanda kami sedang bekerja, dan aku rasa..ia adalah
A.W.E.S.O.M.E !!
\(n_n)/
3 comments:
ko satu2 nye budak art yg aku kenal .. tu pun dlm blog je ..klu tak aku tatau pun ... huhu
Part meja bersepah tu tak semua,tapi part tidur lambat atau tak tidur langsung tu memang betul hahaha.
part meja bersepah tu kadang2 jer..tapi mmg betul kalau tidur lambat mmg rutin..
Post a Comment