Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday, 2 December 2014

Serba salah nak pecat dia....


Salam (-..-')

Biasanya, kalau pekerja tak perform, kita pecat je dia kan? Aku ada assistant ni, patutnya dia teman aku buat kerja, tapi dia asyik tidur je...haih...malam tadi aku dapat snap pic dia tengah curi tulang...grrr!


Lepas tu aku mohon korang tolong decide nak pecat ke tak beliau nih, okay...




















Nampak tak, tido je keje dia....assistant apa kejadahnya semua ini!


Meow~meow nak masuk bilik, konon nak teman aku buat kerja, sekalinya hampeh yang melanda~


Haaa...tu dia dah start rasa selesa lah tu...dah nak jadi 'kacang panjang' yang gemok dahh...


Ni dia 'kacang panjang' gemok....kita yang buat kerja, dia yang bergaya macam kepenatan habis lah tu...tido terkangkang-kangkang camtu (-..-)


Hai~ Manap~ Manap~ dasar Manap sungguh engkau ni~ Hai..serba salah nak pecat asisstant comel aku ni :p

P/s : Manap sangat obesiti skang ni..hadoi~ 

Cenderahati Karnival MAHA 2014


Salam (n_n)
Office aku buat trip ke karnival MAHA jumaat lepas, tapi aku tak pergi sebab ada hal. Ingatkan tak dapat apa-apa, rupanya wife boss aku tetap belikan souvenirs..hukhuk, terharu gitu~


1. Buku Nota : Yang ini special sikit, cover buku tu dibuat daripada kulit nenas

2. Coklat Askar : sedap gila!!!!!

3. Kipas tangan : sangat berguna untuk waktu niaga pasar malam nanti..hehe

*********************************

P/s : kawan aku pergi MAHA, balik sorang bawak pokok bunga rose, sorang lagi bawak pokok hiasan yg diikat kat benang..gigih betul mereka~ hahah