Happy Three Friends

Miss Money

Wednesday 27 August 2014

Tips-tips Perkahwinan Atas Bumbung / Roofttop Wedding


Salam...hahaha kann~
Aku ni suka pulak post-post pasal idea perkahwinan yang pelik-pelik ni. Saje je nak bagi idea untuk mereka yang inginkan kelainan untuk majlis 'raja sehari' mereka di zaman yang serba trendy dan urban ni. Jadi, kali ni aku nak kongsikan tentang :

Perkahwinan Atas Bumbung / Rooftop Wedding



Keistimewaan yang paling terasa sekali bila buat majlis perkahwinan atas bumbung ni, pasti lah pada suasana dan pemandangan sekitar majlis tu kan. Bergantung pada lokasi rooftop bangunan mana yang korang pilih. Kalau pilih bangunan yang memang tengah-tengah bandar, memang best lah sebab ada bangunan-bangunan tinggi yang ada di sekeliling, kalau malam pulak, confirm meriah dengan cahaya lampu-lampunya :D



Tapi, kalau buat pada waktu siang pun apa kurangnya, tetap menarik dan memberikan suasana yang berbeza kepada para tetamu..cuma kalau siang, harap cuaca baik dan berangin, sebab kita ni kalau panas sikit, hai lah macam puteri lilin. Yang pengantin pun habislah cair mekapnya. Haha..




Or maybe boleh buat rooftop wedding pada waktu siang, tapi pilih rooftop yang 'dilindungi bayang-bayang' bangunan yang lain, so kawasan majlis korang tu akan reduplah dan tetamu pun selesa :)


Pemandangan dan suasana persekitaran majlis perkahwinan yang unik bila dibuat di atas bumbung ;D

Antara perkara yang perlu dipertimbangkan jika nak korang nak mengadakan majlis perkahwinan korang di atas rooftop macam ni adalah :

i. Risiko Terjatuh



Ini sangat penting, sebab sesetengah anak-anak tetamu ni kadang-kadang tak reti duduk diam. Kena pulak jenis ibu bapa yang tak reti menegur, biar je anak-anaknya kesana-kemari, berlari-larian. Kita tak nak lah ada kes kematian ke apa dalam majlis bahagia kita kan, so inilah yang harus diutamakan. Fikirkan cara-cara macam mana nak mengatasi risiko bahaya tu. Mungkin dari segi susunan kerusi meja dan penggunaan pagar yang lebih tinggi supaya kanak-kanak tak mudah panjat-memanjat. Dan paling penting, ibu bapa diorang kena pantau.

2. Hujan



Kebanyakan kawasan atas bumbung, adalah open dan ia tidak berbumbung, so kita kena fikirkan risiko kalau tiba-tiba hujan turun pada tarikh perkahwinan kita. Janganlah memandai korang nak guna petua-petua orang lama yang dah macam terpesong dari Islam, seperti tadah air dalam payung lah, or baling kain basah atas bumbung rumah, please JANGAN. Aku suggest sewalah khemah transparent sebagai persediaan menghadapi hari hujan. Kenapa kena transparent? Sebab korang kan buat majlis di rooftop, so haruslah kena nampak pemandangan langit kan? Barulah best~ Hahah kalau tak pun, maybe korang boleh cari rooftop yang siap dengan bumbung transparent macam ni :



3. Khidmat Catering



Kalau korang buat majlis kahwin kat dewan awam or balai-balai raya, boleh lah lagi kalau nak rewang (gotong-royong memasak) dengan jiran-jiran dan sanak-saudara ye tak. Tapi untuk majlis perkahwinan korang yang atas rooftop ni, diharapkan lebih baik korang gunakan khidmat katering je. Susah kalau nak masak secara rewang di 'tempat kejadian' tau, nak angkut segala bagai periuk belanga lagi nak bawa naik atas rooftop. Okay, jadi silalah sewa catering..haha~

4. Photobooth semulajadi



Okay, bila dah buat atas bumbung ni, harap korang jangan mengada-ngada nak buat photobooth bagai ya. Gunakan jelah pemandangan sekeliling daripada view rooftop itu untuk dijadikan background photobooth anda. Cari satu sudut yang anda rasa paling menarik dengan latar belakang yang juga unik dan menarik, dan letak kan papan tanda 'Photobooth' untuk panduan tetamu anda dan kalau nak hias boleh lah letak pintu gerbang macam dalam gambar atas tu :D....yang bawah ni pulak contoh gambar kahwin majlis atas bumbung :D



5. Angin



Perasan tak, bila kita berada di tempat yang tinggi, angin dia lebih kuat sikit. So, sama lah macam di rooftop ni. Berangin memang best, tapi kita kena fikirkan kot-kot datang angin tetiba yang kuat tu kan. So, kena pastikan apa-apa stand maybe bunting stand yang kita letak bunting kahwin kita tu, bawah dia 'tahan' dia dengan batu or apa-apa benda yang berat.

Senang kata check apa-apa yang dirasakan mudah melayang (kecuali manusia slim cam aku, aku tampar nanti! Haha), dan stabilkan lah ia agar tak mudah melayang. Contoh macam pasu-pasu bunga hiasan korang letak atas meja makan tu, letaklah batu-batu kecil or guli kat dalam pasu tu supaya tak mudah tumbang bila ditiup angin~

6. LIF !!!



Kalau bangunan korang dua tingkat je, maybe tak payah lah ada lif, naik tangga je, untuk orang-orang tua, mungkin payah sikit, jadi pimpinlah mereka bila nak naik tangga, or sediakan lah apa-apa yang boleh memudahkan mereka. Dan kalau bangunan tu 4 tingkat ke atas, tapi takde lift..sila buat majlis kahwin atas tanah je ye...hahaha lift sangat penting tahu!

******************************************

Haa okay! Tu lah antara tips pada mereka-mereka yang macam TERRRhajat dalam impian mereka nak buat majlis kahwin atas bumbung, tapi tak tahu macam mana nak mulakan. Selamat pengantin baru kepada u'olls okay~ Daa (n_n)



P/s : setakat ni aku tak tahu bangunan mana dalam Malaysia ni yang ada menyewakan rooftopnya untuk dibuat event, tapi aku rasa memang ada cuma belum trendy lagi kot kahwin atas bumbung ni? Maybe korang boleh tanya sendiri kat bangunan tersebut? Moga-moga dinding tu jawab soalan korang...hahaha :p


4 comments:

eima said...

wahhh leh jd salah satu pilihan utk ko dik ...

Unknown said...

Ada kot kat malaysia ni,,tengok kat Ig nora danish dulu..tapi tak ingat la kat mana..kalau kat hotel2 biasa nya ada..

Unknown said...

pergi buat majlis reception kat one city tu.. berlantaikan kaca dengan tinggi 10 tingkat. hehehe..

Suria Amanda said...

Terus akak rasa nak kawen...oh my cik abg..cpt la pinang me....