Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Tuesday, 13 May 2014

DIY Wedding Guestbook Anda :D


Tahu tak berapa banyak korang habiskan untuk buat seekor buku tetamu? Kalau korang tempah, paling minimum je dah boleh cecah Rm 60. So, meh aku kongsikan cara-cara mudah supaya korang boleh men-DIY buku tetamu anda sendiri :)

Beli buku sedia ada dan lukis atas cover

Pergi Daiso @ AEON Jusco, dan beli buku nota plain macam ni.
Ada banyak size, paling sesuai saiz A5 dan A4. Dah beli, boleh
hias je terus kat atas cover dia..


1. Lukis simple-simple je...
2. Tulis dialog yang sengal...


3. Tulis guna tulisan berangkai (untuk hasil yang bajet ekslusif)



...untuk bahagian dalam pula, kalau buku ni, dalam dia plain. So just in case kalau korang nak dalam dia ada corak-corak sikit, boleh lah tempah rubber stamp/cop kat kedai, tempah lah cop tu gambar doodle pengantin ke, bentuk-bentuk love ke, or nama pasangan pengantin ke....dan terus je boleh cop kat setiap helaian dalam buku tu ya. Kena rajin sikit lah kan :)

So, bajet yang diperlukan :

Buku Nota Daiso : Rm 5
Pen Dakwat Hitam : Rm 2
Cop / Rubberstamp : Rm 8 (untuk cop sikit-sikit je)

Jumlah : RM 15
(harga min. kalau korang tempah Wedding Guestbook : Rm 60)
Jimat RM 45 !!

Okay next...

Beli buku sedia ada dan hias cover dia


Sama jugak, beli kat Daiso...then balut cover buku tu dengan
kertas warna plain, sampul hadiah (ikut corak yang sesuai),
sampul hadiah yang berkilat-kilat dan sebagainya. Nak biar
plain je tanpa berbalut pun boleh...


Lepas tu, beli satin ribbon macam ni. Ribbon jenis satin ni
dapat memberi hasil guestbook yang ekslusif. Boleh beli dekat

online store Fabric FanaticsBear Bear dan Chomel Craft


Dan hias. Aku sediakan beberapa contoh inspirasi dan idea untuk korang buat ya :


Balut cover buku dgn kertas/kain satin putih, dan balut dengan
ribbon satin. Boleh guna brooch yang sesuai je untuk sepit
tengah-tengah ribbon tu..
Beli buku nota, beli dua sampul hadiah yang anda suka, 1 plain,
1 lagi bercorak, balut macam dalam gambar dan sempurnakan
dengan balutan ribbon..dah siap! :)

So, bajet yang diperlukan :

Buku Nota Daiso : Rm 5
Satin Ribbon : Rm 3 (1 meter)
Sampul Hadiah 2 pcs : Rm 4
Salotape / Gam : Rm 3
Hiasan tambahan (manik/brooch/glitter) : RM 8

Jumlah : RM 23
(harga min. kalau korang tempah Wedding Guestbook : Rm 60)
Jimat RM 37 !!

Okay, banyak lagi idea yang mudah untuk di-DIY sebenarnya, google je lah, kalau korang tak tahu, boleh je terus tanya aku, aku akan bagi guideline macam mana korang nak DIY..aku ikhlas membantu, kalau aku tak buzy lah :)

Apapun, guestbook ni diperlukan untuk mengenang tetamu yang datang, so, banyak cara selain buku, yang boleh dibuat untuk mengetahui dan mengenang tetamu-tetamu kita :) Lihat contoh:


 

Cool~ sign kat gitar !!

Cop jari dan sign. Best kan!
Kalau nak try something yang sangat different, boleh try ini.
Minta pelukis lukis outline gambar korang, dan minta tetamu
warnakan sebahagian kecil daripada lukisan tu, dan sign. Tengok
apa jadi lepas siap..mesti kelakar~ haha

Haa..itu je lah yang dapat aku kongsikan. Entry ni cuma untuk membantu memberikan idea-idea kepada sesiapa yang memerlukan. Ya, ramai yang cakap kos kahwin sekarang mahal. Jadi apa yang aku cuba buat adalah memberi cara kat korang tentang macam mana nak cut cost, di samping mengasah bakat terpendam korang...hehehe :D

Selamat mencuba, semoga bermanfaat..terima kasih (n_n)


7 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

antara rjin dgn tak ja..hihi

Nurizzah Majif said...

TQ dear for sharing...sgt suka with ur idea. :)

nur anis said...

cantiknyaaa..dulu rajin buatkan orang wedding guestbook..tapi bila turn sendiri, langsung x sempat buat..

jiwa.lalat said...

Tenkiu sgt. Moga jadi ilmu jariah

Kartel Kandid said...

Terima kasih ya. memang mencari tutorial dan idea tentang guestbook ni. Rajin dengan tidak je.

Anonymous said...

mana nk cri buku yg xde ring sbb klau ada ring ssh nk balut

p!Ja said...

SAYA DA BELI MOUNTING BOARD TP X TAW NK DECO... TGN X KREATIF