Chewah~chewah~ semenjak dua menjak tiga menjak ni entry
aku ala-ala ke arah percintaan dan perkahwinan gitu~ Hahaha
Sekarang ni, masing-masing kahwin, rasa semua nak DIY je
kan...so, kali ni aku share beberapa idea untuk korang DIY
wedding photobooth korang dengan bajet yang sangat rendah,
tetapi tetap lain dari yang lain :D
1. Buat Props Photobooth yang unik
Perlu diketahui, untuk buat Photobooth yang best, korang
kenalah jadi kreatif, fikirkan idea yang jarang diketengahkan
supaya hasil gambar nanti lebih menarik, dan yang paling
penting, membuatkan tetamu berasa excited nak bergambar
di Photobooth majlis anda. Barulah meriahhh kan ! :D Jom~
Ya, bertukarlah kalian semua menjadi bunga-bungaan (n_n)
Mana ade orang buat macam ni, jarang kan? Padahal benda
ni lah yang selalu dibuat masa tadika or sekolah rendah bila
ada persembahan. Eh, ke tadika aku je yang ada macam ni?
2. Belon
Dengan membeli belon-belon yang colorful macam ni pun
dah memadai dan boleh dibuat sendiri. Ini sangat boleh DIY
sendiri, isi dengan gas helium ke ape entah yang boleh buat
belon terapung tu. Even nampak macam cikai-cikai je, tapi
hasilnya bila dalam gambar nanti akan nampak sangat relax,
ceria dan gembira :D belon berapa ringgit je pun :D
3. Origami
Cantiknyaaaa kannnn ! Colorful lagi tu~ Siapa-siapa yang
reti buat origami tu, boleh lah run bisnes untuk buat origami
yang dah siap bergantung macam ni..boleh lah jual pada siapa-
siapa yang malas or tak reti nak buat origami macam ni :D
contoh jual kat aku ke nanti~haha..tengok gambar lagi :
4. Pintu lama
Ya, buruk kan kalau tengok macam tu je. Tapi pedulik
apa, sebab yang penting, bila ia di captured dalam gambar,
akan menghasilkan mood yang lain daripada lain berbanding
gambar anda yang hanya berlatarbelakangkan bunga-bunga
semata-mata.
Caranya, ambil lah kat kedai kayu ke, or pintu lama rumah
korang ke yang dah tak guna, mohon izin yang berkenaan sebelum
anda cabut pintu tu, haha dan cat lah. Pandai-pandailah nak hias
macam mana pun. Percaya pada diri sendiri yang anda mampu
untuk DIY ya :D
5. Reben
Reben ni, haaai tak payah nak cakap lah betapa murahnya
harga segulung reben ni..contoh segulung reben jenis yang
kain dia jarang tu harga dia Rm 3 (sebenarnya boleh dapat lagi
murah)...dan untuk buat background maybe guna dalam 6
gulung, depends lah....haa baru guna RM 18 untuk buat
Wedding Photobooth korang tu~~~~ Tersangatlah jimatnya!
Hasil pun cantik kan (n_n)
****************************************
Okay! Dah dapat idea dan boleh DIY kan? Tak perlu bayar
mahal-mahal untuk Photobooth ni sebenarnya. Even Photobooth
cantik berhias mahal-mahal, akan menyebabkan tetamu rasa
macam berhati-hati je nak ambil gambar. Kalau jenis macam
ni, tetamu akan rasa lebih relax dan santai nak ambil gambar.
Dan jangan segan nak bagitau ia adalah hasil DIY anda.
Biarkan mereka cakap anda takde duit sebab DIY je..haha
itu memang mentaliti yang tak dapat dikikis. Kalau korang
nak tahu, orang Barat lagi dianggap bijak, jika sesuatu hasil
itu di-DIY sendiri dengan kos yang murah ! ;D
Btw, guna sapu tangan macam ni pun diorang layankan aje..
Haha, cuba korang bayangkan setiap sapu tangan tu diletak
mata warna hitam~ Hihihihihihi~~~ (okay, jadi citer hantu plak)
Selamat mencuba~ terima kasih sudi singgah sini
\(n_n)/
11 comments:
terbaik la dik..ko ni mmg berjiwa seni. ..aku x penah terpikir pun..boleh tiru ideas ni bila nk buat besday bash ank. ...kankan....
walaupun ramai yg memilih DIY untuk menjimatkan kos tetapi selalunya proses DIY melibatkan penambahan kos jugak dalam pembelian material yang diperlukan.
Sangat ohsem la entry ni!!!! Suka bangettt.. Thanks!!!
Memang kepala otak ni tengah ligat memikir sekarang.
Yang number satu tu syok! Padahal memang yerp zaman tadika sangat famous amos.
Suka~
haa.. masa wedding sy dlu ade gak terpikir nk buat photobooth.. tapi last2 tak jadik buat sebab tak tau nak buat idea macam mane.. last2 nan hadooo.. haha
nanti wedding u, u buat yg belon tu yg..cantik angatttt
puan bunga
saya jarang banget nemuin photobooth yang menggunakan balon entah kenapa saya yang emang gak pernah liat atau emang jarang eo nya makai balon sebagai properti photobooth
great,, sangat inspiratif...
terima kasih telah berbagi tips...
terima kasih telah berbagi... sangat inspiratif...
boleh cuba
great event.. nice sharing
Baik-baikkkk. Lawo semuanye idea-idea backdrop ni!
Post a Comment