Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 12 August 2014

Tema Perkahwinan Vintage - Rustic English Theme


Salam :)


Sejak akhir-akhir ni aku tengok, banyak pasangan pengantin yang pilih tema perkahwinan ala vintage, ataupun nama khasnya iaitu Rustic English Wedding Theme. Aku pun suka jugak dengan tema ni, sebab mostly gunakan kayu sebagai bahan utama dalam dekorasinya. Dan aku rasa, tema ni lah yang paling mampu (mudah) untuk sesiapa yang bercita-cita nak DIY sendiri dekorasi perkahwinan mereka :)

Jadi, bagi yang bercita-cita nak DIY tema ini, sila baca lagi ya :) Oleh kerana tema ini kebanyakannya menggunakan kayu, maka berikut mungkin beberapa perkara yang perlu anda cari :

1. Barang-barang lama yang diperbuat daripada kayu dan sebagainya, yang masih elok untuk dikitar semula (jimat kos) menjadi dekorasi majlis perkahwinan anda, contohnya :


Tingkap cermin lama, yang dicat semula dengan warna putih, dan diconteng macam dalam gambar di atas..dalam gambar tu diguna dalam restoran yang bertemakan Rustic English, so kalau nak diaplikasikan sebagai dekorasi perkahwinan, mungkin boleh jadi hiasan di photobooth?


Ini pulak kayu yang bawah katil tu...tapi kalau nak amek pun, amek lah daripada katil-katil yang memang korang dah tak nak lagi..bersihkan dan cat, dan pastikan kayu tu tak reput ya..haa kalau kayu ni, kat rumah aku dah ada dua set, amek daripada katil adik aku, dia tak nak guna dah..hihihi~

2. Cari saudara-mara / kawan yang pandai bertukang-tukang. Ini sangat penting, so takdelah kejadian seperti pelamin anganku musnah (pelamin runtuh), atau pintu gerbang senget-benget sebab salah ukur kayu dan sebagainya. Kalau xde langsung yang reti, upah je lah tukang kayu ya, yg penting...'Let the expert do for you'. Anda cuma bagi idea je nak macam mana. Hehehe...berikut merupakan idea-idea yang memerlukan kerja-kerja pertukangan :


Kena paku betul-betul pada setiap sambungan untuk hasil yang kukuh. Takdelah sandar sikit je dah jatuh kan kayu-kayu tu. Hehe..



Incase kalau korang rasa meja kayu tu adalah biasa, bolehlah buat sendiri 'meja semulajadi' macam ni. Rasa begitu natural sekali. :P Jangan lupa mintak tolong pada yang pakar ye~
Ini pulak tag untuk doorgift yang diperbuat daripada kayu. Aku rasa ni agak leceh nak buat, maybe kayu dia ni boleh tempah je dekat kedai-kedai souvenir Melaka, banyak aku rasa...

3. Dan cari lah idea tentang tema Rustic English ni. Sesungguhnya, bak kata lecturer aku masa diploma dulu...research idea adalah sangat penting sebelum melaksanakan sesuatu. Research lah ya supaya hasil DIY anda itu jadi sesuatu yang boleh membanggakan anda :D

Okay, jom kita tengok pulak idea-idea pelamin perkahwinan yang bertemakan Vintage atau Rustic English ni ya, semua ni local designer yang buat tau..hebat kan (n_n)

Pelamin Vintage / Rustic English Theme


 


Ini aku dapat daripada blog sorang blogger ni, bakal husband dia ni orang seni, so beliau decorate sendiri background pelamin dia, jadi lah macam tu...Gempak tak gempak dia potong kayu kecik-kecik camtu dan susun banyak-banyak macam tu kan~ Haa :D

Gambar bawah ni pulak wedding kawan aku, Encik Kazim..cantik gila kan diorang DIY sendiri... :D
Siapa yang berminat nak buat Pallete Pelamin ni, bolehlah whatsapp beliau (En. Kazim : +6012-950 1515) Beliau juga merupakan seorang wedding photographer :)


******************************************

Not bad kan tema perkahwinan Rustic English ni, aku suka! Sebab boleh DIY, tak perlu banyak-banyak bunga bagai, dan simple tapi just nice. Suka! Suka! Suka! Haha..okay, itu je, terima kasih singgah sini (n_n)

Lihat idea DIY yang lain :

DIY Photobooth Perkahwinan

DIY Buku Tetamu Kahwin

Asas DIY Pelamin Perkahwinan


11 comments:

sitirohaida said...

sesekali buat ala-ala vintage ok gak

reenapple said...

Aku pun suka vintage. :D

Unknown said...

kan?/akak pun suka..
lepas nih jenuh la kedai2 pelamin tu jenuh nak mencari bahan baru..yang lama2 tu campak je la dalam stor..hehe

Unknown said...

cantik pulak. hehe

eima said...

lain dari lain ...
mmg cantik ...

Hafiz Hafizol said...

tema vintage gini pun lawa.. tp mcm susah sikit nak buat la sbb kena bertukang semua kan.. most prefer tema garden lagi sebab halaman rumah pun dah macam garden byk pokok2.. hakhak (berangan)

nini said...

siyesly...im in love wit vintage theme...hihi

shamimi sharif said...

Kayu pallet tu mana nak dapat yea?

Nurul said...

Hai. Nk tnya. Kwn u yg en. Kazim tu dia ada sewakan pelamin tu or boleh buatkan ke?

Unknown said...

boleh contats or whatsapp encik kazim ye di 0129501515

Unknown said...

Tq adik manis tolong promote yg suami sy punya .. 😄😄😄😊😊 .
Yg inginkan kelainan di hari bahagia boleh contats Encik Kazim 0129501515
Instagram - Kazimahasan
Facebook -Kazim Mahasan