Happy Three Friends

Miss Money

Thursday 22 May 2014

Panduan Memilih Wedding Photographer anda



Zaman sekarang ni, photographer merupakan salah satu keperluan yang wajib dalam majlis perkahwinan. Tidak dinafikan setiap pasangan pengantin memang mahu mengupah photographer yang berbakat dan dirasakan terbaik untuk mengambil momen-momen indah mereka berdua dalam majlis bahagia mereka.

Zaman sekarang juga memang terlalu ramai photographer yang menawarkan perkhidmatan mengambil gambar majlis perkahwinan. Baik daripada student yang nak tambah pendapatan dengan mengambil upah dengan ambil gambar kahwin, freelancer, dan juga wedding photographer yang memang dah professional dan mempunyai company sendiri. Masing-masing menjanjikan perkhidmatan dan hasil gambar yang menarik melalui pakej-pakej yang disediakan.

Tapi kadang-kadang, bila dah terlampau banyak, agak memeningkan nak pilih, dan dikhuatiri tersalah pilih yang menyebabkan di akhirnya nanti, hanya membazir wang dengan hasil yang tidak berbaloi. Jadi, macam mana nak pilih wedding photographer yang terbaik untuk anda? Lihat panduan di bawah :)

Gempak gila...

Panduan Memilih Jurugambar Perkahwinan

1. Pilih dan senaraikan beberapa photographer yang menyediakan pakej yang bersesuaian dengan bajet anda



2. Daripada senarai itu, lihat hasil-hasil foto perkahwinan yang dah pernah diambil oleh photographer tersebut. Anda perlu tahu, lain photographer, lain style dan konsepnya.

i. Ada photographer yang suka konsep minimalism (dari segi teknik fotografi dan editing) serta bijak memanipulasikan gambar melalui penggunaan ruang dan sudut gambar yang berbeza. Contoh gambar :

Copyright by Ministry Of Moment
Copyright by Ministry Of Moment
Copyright by Ministry Of Moment

Copyright by Canvas Studio

ii. Ada photographer yang sukakan editing yang mengekalkan warna asal gambar (tidak menggunakan mode tertentu seperti vintage mode) serta mencantikkan lagi dengan 'menyegarkan' lagi warna-warna gambar. Contoh gambar :

Copyright by Izzphotogallery
Copyright by Nuzultaufiqart

Copyright by Shutterholic

iii. Ada juga photographer yang gemar menggunakan efek HDR (High Dynamic Range) untuk menghasilkan efek gambar yang lebih dramatik. Contoh gambar :

bride-bridegroom-wedding-decoration-in-hdr-photography-tutorial-bahasa-malaysia
Sumber / Copyright by momoc
Copyright by Shutterholic
CMR_9585_tonemapped
Sumber

iv. Ada juga photographer yang semakin canggih dalam menghasilkan wedding photomanipulation seperti ini :

Copyright by Shutterholic
Copyright by Shutterholic

Copyright by Shutterholic

Okay itu adalah beberapa contoh konsep dan style seseorang photographer itu mengambil gambar. Pilihlah mengikut citarasa anda. 

3. Kalau dah semua style anda suka dan masih pening kepala lagi nak pilih, boleh lah bandingkan perkhidmatan dan servis yang ditawarkan dalam sesebuah pakej yang dah mengikut bajet anda tu. Beberapa photographer mungkin menetapkan harga serendah Rm1000 sahaja untuk anda, tetapi mungkin yang sorang ni memang ambil gambar secara professional dan tidak menawarkan tambahan lain seperti sewaan untuk photobooth stuff, yang sorang lagi mungkin ambil gambar standard-standard saja tapi harga tersebut termasuk sewaan barang-barang photobooth.

Jadi kesimpulannya adalah :

1. Pilih ikut bajet
2. Tapis lagi dengan memilih konsep dan teknik fotografi yang anda suka
3. Bandingkan harga dengan perkhidmatan yang ditawarkan

So, pilihlah dengan bijak ya.
YANG PENTING HARUS MENGIKUT BAJET ANDA.

Harap bermanfaat, sekian terima kasih :) 



2 comments:

Unknown said...

Zaman sekarang ni memang wajib ada photographer majlis perkahwinan. Dah jadi trend outdoor photoshoot. Rugi sangat kalau tak dirakam...;)

Unknown said...

bajet sangat penting oleh itu perlu bertanya dahulu berapa bayarannya tetapi sebelum tu hendaklah lihat portfolio mereka. Jika tidak selesa dengan photographer lelaki servis jurugambar muslimah boleh membantu :)