Happy Three Friends

Miss Money

Friday 21 March 2014

Tips Buat Pelamin DIY




Okay, ramai bride to be di luar sana yang teringin nak buat dan hias sendiri pelamin mereka, tapi tak tahu macam mana nak mula. Jadi, dalam entry ini, aku nk kongsikan sikit apa yang patut anda buat untuk DIY Pelamin Perkahwinan anda :)

1. Sewa barang-barang pelamin yang basic

Aku bagi contoh untuk yang sangat-sangat basic dan
betul-betul perlu sahaja iaitu platform / stage untuk
pelamin seperti ini :


Platform / stage untuk pelamin, klik SINI jika berminat

2. Beli kerusi pelamin

Nampak macam membazir tetapi ia sebenarnya macam
3 in 1 apabila anda membeli sendiri kerusi pelamin.
Kerusi pelamin tak semestinya jenis yang ada ukiran-ukiran
sebab rata-rata zaman sekarang lebih gemar design kerusi
yang lebih moden.

 Furniture Awesome Modern Sitting Furniture Morning Dew Chairs & Sofas Unique Morning Dew Chair Design Sofa Furniture

 

Kalau macam tu, baik pergi IKEA dan beli sebijik yang mempunyai design moden dan ekslusif.
Kedai perabot lain pun mesti ada je kerusi-kerusi yang
cantik yang dijual tak lebih RM 1000. Kalau sewa,semua
anda kena pulang balik. Kalau beli sendiri, lepas habis
majlis, kerusi cantik tu masih anda yang punya, dannn...
siapa tahu, anda boleh sewakan pulak kerusi tu untuk
bride to be yang berkenan ;)

Dah lah jimat, dapat pulangan pula...hehe dan kalau kat
rumah memang dah ada kerusi yang just nice untuk dijadikan
kerusi pengantin, pon boleh sebat je...hahaha lagi jimat tahu!

3. Cara Nak Hias Pelamin DIY

Okay, kita akan lihat keseluruhan bahagian pelamin dan
cuba untuk seimbangkan hiasannya agar nampak sekata
dan 'tak togel' (tak kosong).

Aku andaikan kita dah berhabis duit beli kerusi
pelamin yang cantik, maka kita boleh jimatkan wang
untuk menghias background pelamin dengan :

1. Cara lipatan langsir yang 'just nice'
2. DIY Background berlampu (utk pelamin gaya ekslusif)
3. Penggunaan jurai-jurai hiasan

Sekarang aku akan terangkan satu-persatu, iaitu;

1. Cara Lipatan Langsir yang 'just nice'

Google dan study macam mana langsir background
pelamin di ikat dan di hias. Pemilihan warna dan cara
ikatan langsir sangat-sangat membantu menyerikan
pelamin, walaupun anda hanya meletakkan sebuah kerusi
pelamin semata-mata, tanpa ada hiasan bunga yang banyak.







Simple but still stunning kan dengan cara ikatan langsir
dia? Sangat jimat, just beli kain ela banyak-banyak kat
kedai kain, kalau nak bereksperimen pun boleh, mungkin
boleh mix-match kan dengan kain satin, kain yang jarang
tu ke, yang ada corak, or boleh juga guna jenis yang
macam liplap-liplap tu utk efek yang lagi ala-ala datin.
Hehehe...

Penggunaan langsir macam ni, perlu ada besi atau apa
saja sebagai bingkai utk sidai/pasang kain langsir tu.
Kalau tak yakin or xde besi-besi macam tu, boleh sewa
panel background pelamin sekali dengan platform pelamin
macam aku cakap di awal entry tadi :)

2. DIY Background Berlampu

Tak perlu ikut trend dengan lampu-lampu chandelier
(yang menyebabkan tetamu yang bergambar di belakang pengantin terhantuk), jika nak tampil dengan pelamin
yang jarang dibuat tetapi masih lagi nampak ekslusif,
boleh try seperti ini :


Mungkin boleh tanya pada yang lebih pakar untuk
membuat seperti ini, lampu ini aku pernah nampak
di bahagian luar Pavillion,KL di bahagian pintu yang
mengadap air pancut tu, kalau daripada luar, dinding
sebelah kiri, warna kelabu. Lampu dia sangatt kecik
dan macam jenis sticker, tapi dia boleh berkelip-kelip.
Serius style !

Bagi anda yang nak sesuatu yang sangat simple
dan minimal tanpa hiasan bunga yang melampau,
tetapi tetap lain dari yang lain, boleh cuba
background seperti ini. Boleh guna lampu lap-lip
saja. Style ini sesuai juga kalau ada yang nak
berkahwin dengan tema angkasa lepas. Wahh :D

Contoh lain yang menggunakan lampu lap-lip sebagai
background pelamin




Okay jom buat kira-kira sikit utk lihat penjimatannya :

Sewa platform pelamin (2 pcs) : RM 80
Sewa panel (1 pcs) : RM 50
Beli kerusi Pelamin : RM 800
Langsir Background Pelamin : RM 200
Lampu lap-lip : 100
Lain-lain Hiasan : RM 200

Jumlah : RM 1500 (anggaran kasar)

(berbaloi apabila semua barang adalah milik anda
dan tak perlu dipulangkan, melainkan yang disewa.
Kalau rasa terlebih bajet jugak, pandai-
pandailah nak cut cost celah mana ya. Hehehe...)


3. Penggunaan Jurai-jurai Hiasan



Okay, jurai-jurai hiasan juga sangat menyerikan pelamin
jika dikenakan pada gaya yang betul sebenarnya. Lebih-
lebih lagi jurai-jurai hiasan yang terdiri daripada manik-
manik berkilau seakan-akan mutiara gitu~

Jika berkilau, ia akn memberi kesan seperti cermin yang
menyebabkan ia kelihatan seperti lampu-lampu yang
indah, seperti ini:


Tapi ini dia hias bahagian meja tetamu, boleh juga
digayakan untuk pelamin. Ala-ala perkahwinan tema
kristal-kristal dan puteri ais gitu~ Hahah :p

Haaa...okay, itu sajalah tips yang aku dapat kongsikan
untuk anda yang rasa nak DIY Pelamin Kahwin sendiri.
Sangat disarankan untuk mereka yang rasa-rasa macam
bosan dengan trend pelamin sekarang yang begitu banyak
bunga-bunga dan berkaler pastel semata.

TAPI, jika anda membaca entry tips ini pun dah terasa
penat dan leceh, better JANGAN BUAT, sebab aku
takut tak kemana pelamin DIY korang tu, haha okay,
itu je, harap bermanfaat.. (n_n) TQ dan nantikan tips
selanjutnya daripada aku. Ewahh~~

15 comments:

Unknown said...

Nice sharing...kadang2 terfikir jugak nak buat pelamin DIY.Save bajet.Brg semua jadi hak milik sendiri.Untung dah kat situ...;)

Syira Lokman said...

cantik and kretif..lg jimat kannn

sagahayat said...

Nak sewa pelamin diy
Hanya rm350 all in.
Tgk kat
www.simplyrentbyeachother.blogspot.com
Atau call/whatsapp 0133981637

nini said...

Nini pon buat pelamin sendiri dgn en tunang...heheh

Anonymous said...

Yeap mmg jimat jika buat sendiri pelamin. Jika ada barang tambahan nak sewa macam jet set, stage, bantal ootoman.dll boleh jer sewa ngan ksyam.
nak sewa barang lain pun boleh.. atau nak pakej DIY RM180 (mini pelamin).
like FB iris bakery cupcake. Nak kak syam set up... boleh jer.
ksyam 0166026253

shamyheart said...

very nice.
Turun temurun pelamin tak pernah sewa. buat sendiri je. Tengah cari idea ni nak buat pelamin.

Kain belakang sebagai background tu memang kena banyak. Kena ada kain putih sebagai latarnya.

Kamila's Bundle said...

Cool..it is a useful tips..:)

Resepi Kebahagiaan said...

PROMOSI PELAMIN 2015 : RM300
(perkhidmatan sekitar KL/SELANGOR/N9/PAHANG)
Self pickup @ Delivery
Call/Whatsapp : 014-6097256

Anonymous said...

PROMOSI PELAMIN 2015 : RM300
(perkhidmatan sekitar KL/SELANGOR/N9/PAHANG)
Self pickup @ Delivery
Call/Whatsapp : 014-6097256

RRWW said...

Assalam, anda terpilih untuk memenangi salah satu hadiah cabutan bertuah kami. Baucar rm50-300, free photobooth, free pre wedding shoot, etc
Sila hantar butiran blog address, no phone, dan lokasi anda ke redribbonboutique@yahoo.com atau PM kami kat fb :)

Unknown said...

Wow Cantik,boleh kami jadikan umber inspirasi

Biah said...

Sy mbelanjakan 2k hanya utk pelamin.dan akhirnya sy tdk bpuas hati dgn servis..
:(

Renie said...

Semakin ramai pengantin yg pilih utk DIY pelamin mereka. Mcm trend yg baru ni. Mungkin ekonomi x begitu baik, perlu jimat wang utk perkahwinan.

Hashim said...

nice

Reem Doorgift said...

thanks for sharing