Happy Three Friends

Miss Money

Wednesday 20 February 2013

18 Cara Penulisan Gelak Anda & Maksudnya !!! Hahaha

Salam semua. :) Ok, hari ni kita belajar memahami maksud gaya penulisan
ketawa ya, anak-anak~~

1. Hehe
Lebih kepada bergurau secara sopan. Biasanya digunakan untuk menunjukkan statement
yang kita buat tu bukan lah sesuatu yang serius, gurau-gurau je~~Contoh ayat :

"Ko ni gila betul lah ! Hehe.."

"Ah, tak nak aku ajak kau ikut sekali ! Hehe.."

2. Hehehe (3x atau lebih)
Bergurau juga, disebabkan oleh kerajinan jari untuk menaip yang tinggi. Contoh ayat :

"Aku nak pergi makan jap g...siapa nak ikot?? Hehehehehehehehehehe.."

"Hari ni beliau datang kelas lah ! Hehehehehehehehe.." (boleh jadi juga sebagai gelak miang)

3. Ngehehehehehehehe...
Ini gelak menganjing. Ada juga yang berpendapat bahawa seseorang akan terdorong untuk
gelak seperti ini ketika dalam kepalanya sudah terniat untuk membuat sesuatu yang tak
berapa nak baik. Contoh ayat :

"Ngehehehehe ko ni tak reti masak ke...habislahhh xde sape nak kawen dgn kau"

"Yesssssss !!! Hari ni aku nak ***************** beliau ! Ngeheheheehehehe"

4. Kekekeke...
Hmmmmmmmmm........entahlah rase macam kekekeke ni bukan sejenis gelak.
Hmmmmmmmmmmmmmm (berfikir)

5. Huhu / huhuhu
Gelak macam ni selalunya disebabkan oleh rasa tak puas hati terhadap seseorang. Gelak
terbaik untuk digunakan jika kita nak sindir / perli seseorang tu tapi dalam masa yang nak
tunjuk yang kita gurau-gurau je. Dan juga untuk menyatakan kesilapan orang tu, tapi
segan. Contoh ayat :

"Awak ni cakap orang, habis awak tu baik sangat ke ? Huhu"

"Kalau tak reti, jangan nak komen lebih-lebih lah derr...Huhu"

6. Hihi / hihihi
Ni namanya gelak bajet comel. Biasanya digunakan oleh gadis-gadis bawah umur mahupun
terlebih umur untuk menonjolkan kecomelan mereka ketika ketawa.Contoh ayat :

"Malulah kita...hihi"

"Cantiknya kawan saya sorang ni, hihi"

7. Hihihihihihihihi..... (lebih 3x dan beralun seperti mengilai)
Ini hantu !!

8. Hihik
Ini namanya gelak tersedak

9. Hik..hik..hik...
Ini gelak mintak penampor. Tetapi bukan lah disebabkan sesuatu yang serius,
ia lebih kepada ke-poyo-an yang melampau, contoh ayat :

"Hari ni nak jumpa si dia lah, hik..hik..hik..."

"Ada orang kirim salam kat aku, cakap aku hensem~~Hikhikhik..."

10. Hiks
Ini diadaptasi daripada cara alien ketawa.

11. Haha / hahaha
Ini jenis gelak yang memang disarankan oleh doktor kerana jenis gelak macam ni adalah
normal. Tahniah jika anda memang gelak macam ni.

12. Ahahahahahaha
Ini namanya mereka memang bersungguh-sungguh nak gelak disebabkan sesuatu
yang sangat lawak gila. Tambahan huruf 'a' di depan menunjukkan betapa semangatnya
mereka nak ketawa. Contoh ayat :

"Ahahahahahahahahahaha...lawak gila doh citer Dua Alam tu !!"

"Ahahahahahahahahahahahaha...adeh tak leh benti gelak dah aku ni !Sumpah memang
lawak kan citer tu"

13. Hahahahahahahahahahaha!!!
Gelak panjang macam ni dan jika disertakan dengan tanda seru kat belakang tu, maksudnya
memang dia tengah gelakkan seseorang / sesebuah pihak, dengan rasa terpuas hati yang
amat sangat, seolah-olah dendam sudah terbalas ! Err...Contoh ayat :

"Padan muka kau, sameon! Hahahahahahahahahahaha !!!"

"Haaa amekaw !! Hahahahahahahaha !!!"

14. Muahahahahahaha
Cium skrin laptop/PC/Phone lepas tu ketawa (u_u)

15. Bhahahahahahahaha
Ini adalah gelak terbahak-bahak. Kajian mendapati untuk gelak terbahak-bahak sambil
menyebut 'bahak..bahak...' adalah sesuatu yang sukar dan mengarut. Jadi mereka
memudahkan gelak seperti ini dengan sekali semburan sahaja iaitu 'Bhahahahahahahaha'

16. Huahuahuahua
Mereka peminat anjing chi hua-hua.

17. Wawawawawa
Ini ketawa ke menangis?? Tangisan gembira kot~

18. Wakaka / wakakakakaka
Zamina mina..ey ey..waka waka ey Eyy~~~

Okay tu je lah yang aku dapat kupas hari ni. Jangan risau, takde seorang mahkluk pun
yang digunakan bagi tujuan eksperimen dalam kajian ini.

Sila jangan nak terasa pulak ya, sebab entri ni aku buat suka-suka sahaja.
Hehehehehehehehe....okay bye ! Thans sudi singgah sini ! :D


13 comments:

Falling . said...

aku penah wt semua di atas .. kekeke . eh aku da deac fb lame .. fb ko ape name ?

reenapple said...

Haha. Aku guna semua. Haha. Takj tahu pulak aku ada maksd rupanya. kikikiki

nuyui a.k.a miss YUI said...

aik..ada cmtu ea..haha

Nong Andy said...

wakakakakkakakak..


*sambil menari :)

Dhiya Fariza said...

HAHAHAHAHAHAHAHA! nak tau tak. semua jenis gelak ni saya guna pakai. Memang tiap satu bawak maksud tersendiri. kalau nyampeh, heh je.

fieda said...

adohai...hahahahaha..mmg tgh gelak besar ni..biasa kak fieda suka guna hihihi,hehehe dan hahahahahahaha.............

Fiey said...

HAHAHAHAHAHAHAHAHWAKAKAKK. haih penat gelak -.-"

Lynn Damya said...

Gugu : haha, owh yeke..nt aku bg

reenapple : haha aku pon, kecuali ade la certain yg ak rse xbest utk guna, haha

Yui : haha saje2 je nih, hihi

Nong Andy : HAHAHAHA :p

Lynn Damya said...

Dhiya Fariza : hahahaa samelah, haa tu lah yg mencabarnya study di overseas..tp best sbb dpt lihat culture org luar kan :)

Fieda : hahaha, tq kak...hihihihi~~

Fieya : hahaha sakit pipi gelak ea :p

Mohamadazhan.com said...

hahahaha. baca benda ni pun dah buat tergelak sorang2.terbaik! tak sangka "gelak" dalam terjemahan penulisan ada makna. ringkas padat! =)

Lynn Damya said...

MohamadAzhan : hahaha thank you ! :D

Tinta Lana said...

Assalammualaikum.

Semua diatas memang sah2 ak pernah guna,hahahah

Aku nak tambah, kadang2 aku guna 'hek hek hek'. Ini kawan ak yg salu taip lam sms dulu. Mula2 aku nyampah, mcm gedik ada, ntah, tak tau ak nak ekspresi 'hek' ni apa maksdnya.

Skrg ni, aku pulak yg sibuk guna,hehehe

Nurrul Hazieqah said...

NIce lah.. adik tak terpikir pun semua itu.. kalau adik suka guna kui3.. kikiki , lalala ngeh3.. gagaga :)