Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Monday, 18 February 2013

Lalalalaa~ Hari~Hari Kerja ~~

Owhh damn...Bosan...bosan....dan bosan...Sumpah rasa macam takde life
bila aku dah bekerja. Owhhh, di manakah zaman-zaman aku seronok berhuha-huha
bersama member-memberku, dan juga bersama di dia tanpa memikirkan kerisauan
terhadap apa-apa pun~~~Uhuk-uhuk~~~

Mana Doremon ni, aku nak jadikan dia hamba abdi aku. Aku nak rompak segala
bagai peralatan canggih yang dia ada ! Terutamanya Mesin Masa Ajaib !!!! Yaaa...
dengan itu, aku akan boleh kembali ke masa silam ku masa mula-mula nak masuk
U dulu. Lepas tu aku nak rasa yang seronok-seronok dan huha-huha je, bila part
kena buat assignment ke, kena induction ke, aku nak skip. Hahaha...

Hmm...lecturer aku semua cakap, susah-susah dulu, bersenang-senang kemudian.
Tapi apa yang aku rasa sekarang ni, entah celah mana entah kesenangannya tu.
Mungkin senang sebab ada duit sendiri lah kot. Hmm...entah lah tapi aku rasa
bosannya lah hidup asyik kerja je.

Kalau dulu, selalu cakap, bila lah nak habis belajar ni. Yelah, sebab kita tahu belajar
tu berapa lama masa tempoh dia. Sekolah rendah 6 tahun, sekolah menengah 5 tahun,
matrix 1-2 tahun, diploma 3 tahun, degree 2 tahun, pHd entah berapa tahun sebab aku
tak sampai lagi. Hmm, so kalau kerja?

Sampai mati lah kan?

Kebosanan aku ni kadang-kadang bengong jugak sampai aku terfikir nak berhenti
kerja jap, nak rehat lama-lama, lepas tu cari kerja balik. Hahaha...owhh boss, boleh tak??

Then apa yang aku nampak dan rasa sekarang adalah macam mana betul-betul menjadi
seekor mahkluk yang dewasa. So tired~~~~bla bla bla...

Aku dah rasa dah apa yang mak abah aku rasa before ni, macam mana rasanya bila
kita terpaksa lupakan apa yang kita nak beli, demi mencukupkan duit untuk menyara
keluarga. Hoho~~tough learning for me !

Dulu, aku takdelah boros mane, cuma kalau aku nak membeli-belah tu, memang senang
hati je lah, sekarang..baru aku tau apa yang mak abah aku rasa,macam mana diorang
dulu simpan duit untuk aku belajar dan terpaksa korbankan keinginan diorang nak
berbelanja. Serius weyh~~bila korang dah ada duit sendiri, janganlah lupa mak abah
adik beradik korang. Balas jasa wehhh, kang tak berkat hidup kau, haha..

Owh ye, satu benda lagi yang buat aku rasa macam dah dewasa habisssss lah apabila
aku kena pergi klinik sendiri, sebab masa tu tengah kerja. Batuk macam dah nak
mati dah, tu yang kena gak pergi klinik. Selalu, pergi dengan mak abah aku, mak kena
teman sampai dalam bilik doktor ! Hehe :p tapi hari tu, uhuk2 dah lah pergi sorang-sorang,
then kena bayar duit ubat pon sendiri. Melayang Rm 35~~~~ T_T

Hmmm, ahh bosan lah jadi dewasa nih, banyak gila benda nak kena fikir. Hadoi lah hai~~
Tabah je lah menghadapinya, wee~

(membebel tak nak berhenti)


2 comments:

Dhiya Fariza said...

takut pulak nak masuk alam kerja cm nih hehe. cuma mampu jadi independent tapi untuk detach dgn family dan uruskan kewangan sendiri di alam kerja ferh. harap2 mampu survive.

Nurrul said...

mmg macam tuh kan ? Time sekolah nak kerja , time kerja nak sekolah.. time dewasa nak jadi kanak3.. -,- lumrah.. :D