Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Tuesday, 10 September 2013

Beliau Hanyalah 'Seekor' Kerusi...







Hai. Nama saya kerusi. Tapi ada orang yang masih keliru, kadang-kadang mereka
memanggil saya ni bangku. Tapi lantaklah, apa pun yang mereka panggil, aku tetap
sebuah kerusi, yang berfungsi menjadi tempat duduk mereka. Kadang-kadang mereka
pijak aku, sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Macam dah takde benda lain apa nak pijak??

Teringat aku pada arwah nenek aku yang juga merupakan sebuah kerusi. (yelah takkan
lah nenek aku sebuah van pulak kan, luar tabi'i tu~haha). Masa tu aku kecik lagi, nenek
aku masa tu dah uzur. Dah ada sakit kulit, kulit dia banyak tumbuh dengan cendawan.
Berpanas berhujan di luar, aku yang tinggal di dalam rumah tuanku, hanya mampu melihat
saja dengan hati yang sayu.

Satu hari, anak tuan aku bermain badminton di laman rumah dan entah macam mana bola
badminton tu tersasar dan jatuh di atas bumbung rumah. Dengan rasa tak bersalah, tuan
aku pun memanjat dengan memijak nenek aku, untuk mencapai bola badminton tersebut.
Nenek aku menjerit ! Sakit ! Berkeriut-keriut bunyi tulangnya. Aku rasa macam nak lari
je selamatkan nenek, malangnya aku tak boleh, sebab aku kaki bangku !

Hmm...nenek aku mati ketika itu juga, akibat dipijak terlalu lama sehingga nenek patah riuk.
Aku sedih, tapi dalam masa yang sama, aku puas hati sebab tuan aku jatuh tersembam ke
tanah masa tu. HAHAHAHA !

Sekarang, dah 3 tahun nenek tinggalkan aku. Aku pun dah tak berapa nak empuk. Tulang
aku asyik sakit dan berbunyi-bunyi saja. Tuan aku juga dah beli set sofa baru, huh..musuh
ketat aku tu. Selalu sofa tu memperli-perli aku. Menyampah betul aku !

Kadang aku terfikir, nanti bila dah tua, adakah nasib aku akan jadi macam nenek, duduk
di luar menanti masa untuk patah / reput...?

Tidaakkk ! Aku tak nak mati macam tu !!!! Tolonglah, jadi kreatif sikit dengan mengitar
semula diri aku ni, sebelum aku betul-betul reput. At least, aku masih boleh berkhidmat untuk
tuan aku, macam ni :

green ideas to reuse and recycle wood chairs for home decorating

green ideas to reuse and recycle wood chairs for home decorating

green ideas to reuse and recycle wood chairs for home decorating

green ideas to reuse and recycle wood chairs for home decorating

green ideas to reuse and recycle wood chairs for home decorating

green ideas to reuse and recycle wood chairs for home decorating

green ideas to reuse and recycle wood chairs for home decorating
green ideas to reuse and recycle wood chairs for home decorating
green ideas to reuse and recycle wood chairs for home decorating

Dan kalau korang nak lagi hasilnya cantik, boleh lah cat dulu aku ni, gunakan gam yang
kuat atau pun apa-apa alatan yang berkenaan. Barulah nasib aku tak macam nenek aku
dulu. 

Hmm...

(motiflahhhh aku buat citer macam ni haaaah~~~) (-_-')



9 comments:

hana hadi said...

sangat best karangan autografi ni (eh betul ke ejaan macam tu)

reenapple said...

Haha. Aku rasa iini comel. :D

Zaza said...

waahaa..best la cite kerusi ni =) dan kreatif btl tampal kerusi kat dinding.. =)

eima said...

punya kreatif ko karang dik utk xplain2 gambo2 tu ..hebat

nuyui a.k.a miss YUI said...

mcm2 fungsi kerusi ni..hihi..kretiipp.

Tinta Lana said...

Salam.

Speechless ak dibuatnya..bukan sbb kreatif depa guna kerusi..

tapi sebab kreatif gila hang punya intro,hahahaha

Bertabah betul ko lynn.. ak ingt ko nak buat cerpen ka apa.

Nong Andy said...

Dri tdi asik tgk..

Mana la ekor kerusi tu eh..

Kesian nenek kerusi tu..

Mcm mana dia tahu kerusi tua bangka tu nenek dia eh? Dia ada checked DNA ke lynn?

Aujinz said...

power power... macam macam ada..
kakakakka

Schajar McFlurry said...

creative!! sangat~