Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Wednesday, 16 October 2013

Cerita Tentang Tudung


Salam. Sebagai seorang Muslim, tak payah aku terangkan lagi lah ye, faham-faham sudah ;)
Setelah berzaman-zaman ni, cara pemakaian tudung dan tudung itu sendiri telah direvolusikan
supaya sesuai mengikut gaya hidup masyarakat sekarang. Lihat illustrasi di atas nih, itu semua
antara fesyen dan cara pemakaian tudung yang pada aku rasa agak famous lah dalam kalangan
kita kaum hawa ni. Hehe ;)

Dan berikut merupakan gelaran yang aku sendiri bagi untuk tudung-tudung nih :

1. Free Hair
Okay ini aku saja je nak lukis,haha...aku pun pernah free hair, maklum lah zaman baru nak up.
Tapi aku still ingat lagi macam mana aku leh start nak pakai tudung. Masa tu mak aku ajak aku
jalan-jalan. Aku baru bangun tidur masa tu, dan tetiba je aku cakap kat mak aku, aku nak pakai
tudung. So, start situ lah aku pun Alhamdulillah pakai tudung, tapi still belum lah sempurna :)

2. Tudung Mengaji (tudung ikat belakang)
Tudung ikat belakang macam ni memang selalu aku buat masa pergi mengaji kecik-kecik dulu.
Konon rimas kalau ikat depan, so ikat belakang, sejuk sikit rasa angin kann..haha korang pernah
tak pakai tudung camni ?

3. Tudung Asrama (tudung bawal 3 segi / 4 segi)
Haha tau tak cara pemakaian tudung macam ni adalah memang wajib bila korang duk asrama.
Masa aku kat asrama dulu, tudung tak boleh nak silang-silang ke belakang, kena biar labuh ke
depan. Dan untuk itu, dua brooches diperlukan, satu untuk pin dekat bahagian leher, dan satu
lagi untuk dipinkan dekat bahagian depan tudung, konon supaya juntaian tudung tu tak
terselak-selak dan nampak kemas.. hahah..skema gila kalau pakai tudung macam ni, tapi tak
dinafikan memang dapat tutup aurat sebab cover depan :)

4. Tudung Wardina

Haaa ni lah yang dikategorikan tudung paling bergaya zaman-zaman aku sekolah menengah
dulu. Bila tengok Wardina gayakan tudung macam nih, semua dok pakat naaak jugeekkk
pakai style tudung macam ni, daripada kanak-kanak sampailah ke makcik-makcik pon nak
jugak. Haha, masa tu aku rasa orang yang jual brooches agak laris jualannya sebab fesyen
tudung Wardina ni memerlukan banyak gila pin, sampai 4 kalau tak silap. Hahaha...aku pon
pernah buat style tudung nih..hahaha~

5. Fasa Tudung Moden (tudung Yuna, Hana Tajima, dll)

Okayyy, ini sudah sampai fasa kedua dalam peng-revolusi-san tudung nih (apakahhh), di mana
tudung dan cara pemakaiannya diolah se-vogue yang mungkin sampai muncul lah beberapa
fesyen yang sangat fashionista dan dapat diterima oleh hampir majority kaum gadis dan wanita
di negara kita nih !

 
Penggayaan shawl dengan anak tudung yang lebih kemas dan 'bebas bergerak', Tudung syria,
tudung 3 layers, tudung indon dan sebagainya. Haha aku panggil tudung yang jenis tinggal
sarung tu je sebagai tudung indon :p Dan sekarang, sampai dah banyak gila tudung dah haa~
rambang mata nak pilih :D

Hehehe, aku ni bukan jenis yang 'fashionistaaa~~' sangat, so cukup lah dengan tudung indon
yang senang pakai tu. Senang nak pakai semula lepas solat kat mana-mana or kat tempat
kerja kan, sarungggg je haa~ Hahah

Owh ye, 10 tahun akan datang, macam mana agaknya rupa tudung yang anak-anak kita pakai
nanti ya? Adakah ianya serupa tudung saji? Aku pun tak tahu, tapi aku rasa kalau sekarang,
perkembangan fesyen tudung ni begitu diterima masyarakat sampaikan ramai kenalan aku
yang dulu free hair kini da bertudung, why not pereka-pereka fesyen fikirkan satu fesyen yang
juga 'fenomena' seperti Hana Tajima or siapa-siapa tu, create tudung yang bertutup muka tu
sesuai dengan lifestyle kita yang akif sekarang ni :)

Aku tak tahu guna material apa or designnya camne, sebab aku bukan fashion designer, hehe..
So maybe one day, semua gadis dan wanita-wanita bekerjaya atau pun surirumah sepenuh
masa akan bergaya macam ni pulak :

InsyaAllah. Okay itu je, rasanya belum terlambat lagi kalau aku nak wish
Selamat Hari Raya Aidiladha

(n_n)

p/s : btw, kalau dah tahu anda seorang yang bertudung, pakaian anda juga haruslah seimbang,
       jangan harap pakai tudung je, tapi baju ketat nak mampos. Sepak nanti baru tahu !! Kau
       ingat besttt sangat pakai camtu ?!! Grr~

15 comments:

aimi adilah said...

sy suke yg last sekali....

insyaALLAH

Genre Dari Langit said...

Hahahaha..

Pernah pakai tudung mengaji tu..


Sekarang suka pakai tudung bawal. Ntah.. masih suka bawal walaupun leceh nak iron..



Nong andy

nurdani said...

hahaha. saya bermula dengan tudung mengaji sampailah sekarang ni guna tudung syria. sebab lebih cepat and mudah.

tudung lilit2 ni tak berkenan sangat sebab jenis nak cepat.

ima salsuzaima said...

teringin nak pakai macam gambar last.tapi segan jugak kalau tetiba..kena padatkan ibadah dlu baru tutup habis mcm tu..hihi

Siti Aniza said...

sekarang pakai tudung sebab fesyen je. Tu sebab pakaian ketat la, apa la. Selamat hari raya Aidiladha wei. Nak duit raya. hehehe :P

zaza zehra said...

cantik tgk lukisan damya ni... :) insyaallah mana tahu nti jadi mcm yg last :)hehehe

ika zulkefli said...

lukis sendiri ke?? cantik.:D ika yg no 3. hihi

reenapple said...

Tudung aku yang bawal je tu. Haha. Aku pakai tudung labuh masa sekolah menengah je. Weeeeeee

Aku tak tahu style tudung macam mana anak perempuan aku pakai masa hadapan nanti, tapi aku tahu dia comel bila pakai tudung. Keh keh keh. (Ayat aku memang tak boleh blah. hahaha)

Asiah Najihah said...

salam singgah sini..
entry menarik.. macam2 fesyen tudung, berubah mngikut peredaran tahun.. (^_^)

seha fuad said...

salam. singgah sebentar.
nice entry. dapat sama2 mengimbas kembali tudung2 di pakai zaman lampau. hi.hi

hazlina azmi said...

macam-macam fesyen tudung yang ada sekarang...blogwalking.jom follow..http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

Tinta Lana said...

Assalamualaikum tuan rumah! hahaha

Aku masa sekolah menengah, selalu pakai tudung bawal 3 segi, yg zaman mak aku punya plak tu. ko hade? hahaha

Sekarang ni pun, aku masih selesa tudung bawal. Tudung yg ada awning mcm fariieda tu, aku kurg.. maybe sbb ak dah biasa dgn bawal.

Yg tdg style wardina tu,ekeke, betul2, memang pakai banyak pin. Last2 serabut juga ak tgk.

Teena Tna said...

Dulu masa saya gi mengaji saya pakai tudung ikat kat leher, pastu jadi 2 tangkai. Yg tudung duk asrama tu betul sgt, dulu kitorang mmg kena pakai camtu.
Nostalgia betul kalau difikirkan tudung dulu2 yg kita pakai

Liza Razak said...

teringat zaman kecik2 pakai tudung ikat belakang masa mengaji dulu..agak2 nya ada tak lagi orang pakai tudung style ni skrg? :)

Jia Mzy said...

mohon pinjam gambar tudung ikat pergi mengaji tu untuk presentation ^_^ tak akan salah guna. terima kasih in advance :3