Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Monday, 14 December 2015

Family Outing With Bakal Menantu

Assalamualaikum (n_n)

Owh lamanya aku tak update blog kesayangan aku ni. Maklumlah dulu 9 jam kat office, banyak masa nak update dan BW. Skang aku dah resign, punyalah malas nak bukak laptop kat rumah ni. Bersawang dah ni haa... then ada someone yang baik hati bagi aku Iphone yang dia dah tak guna, punn aku tak tahu camne nak update blog guna Iphone~ so kasihan. Eh, sory terpanjang pulak mukadimahnya...haha :D

************************************
So, family outing kali ni, overall aku nak cerita tentang 3 tempat yang kami pergi iaitu, yang pertama wajiblah :

1. Bateri (Kilang Bateri, Johor)


Ye! memang kalau pergi Bateri ni, mesti kena jakun dengan barang Coca-cola kat dalam tu. Haha...owh mesti korang dah bosan baca aku asyik cerita pasal Bateri ni je kan, masalahnya makanan kat sana semua sedap2 belaka! Paling aku mengidam nak makan cereal ni haa...hahaha

Let's Get Cereal - Choco Nana, Rm 7.99 (marshmallow +90sen)

Steak N Cheese - Rm7 kot? Entah lupa, tapi sedappp~

Ni tak ingat apa nama dia, Rm12

Chicken Chop - Rm 5.50. Chicken chop ni memang HIGHLY RECOMMENDED, sedap gila, murah gila, portion dia banyak gila, dan berbaloi gila. Gila kan? Haha, ayam pulak ayam sebenar tau, bukan ayam jenis yang nugget / segera tu. Sangat nice. Tapi kalau korang lambat, sila gigihkan diri untuk beratur, sebab Q dia panjang gila. Haha~

2. Puteri Harbour, Nusajaya


Pergi sini just untuk bersantai-santai menikmati udara petang gitu. Ramai, tapi tak bising. Semua orang pun relax tengok pemandangan kapal layar kat situ. Just nice (n_n) Aman.

Cuma tetap terasa kehilangan. Mana-mana pun bendera Johor dikibar suku tiang selama 3 hari begitu. Sangat terasa. Wuwu.. al-Fatihah buat Almarhum Tunku Jalil. I'm gonna FIGHT LIKE JALIL! :)

3. DC Comics Super Heroes (Souvenirs Shop)

And last but not least is kedai Superhero DC Comics ni, lokasi dia dalam Puteri Harbour tu jugak, dekat-dekat lorong yang ada Hello Kitty tu. Memang senang nak jumpa kedai ni. Hehe...jom kita tengok dalam dia pulak, apa yang best adalah dalam kedai ni ada cafe dan kita boleh amek gambar dalam kedai ni! Yahooo~~



Semua dekorasinya pun memang bertemakan DC Comics Superhero. Sesuai lah kalau bawak laki-laki korang or anak-anak korang yang gila obses dengan benda-benda ni, seperti tunang aku ni. Haha (n_n)

Owh, btw tengok design superhero belakang kiri aku tu. Comel gilaaaa superhero versi cute begitu! Cam nak picit2 je!! Hahaha~





Game Pinball versi DC. Gila complicated design dia, mesti best kalau dapat try main yang ni. Haha...apapun, kedai ni memang khas untuk peminat tegar DC Superhero yang sangat obses kepadanya, kalau kita-kita yang biasa-biasa je ni, memang say goodbye jelah untuk barang-barang dalam ni~ hahaha


Say bye~bye to this RM500's Superman Cap


Say bye~bye to this RM500+ Sweater and that Superman Guitar which is not for sale. Apa yang kami mampu beli hanyalah secawan smoothies ke ice blended entah ni...Siap ada logo Flash tau! Rasa strawberry freshh gila dan err...masam! Hahah



Aku imagine nanti lepas kahwin, aku dgn husband pergi honeymoon bawak beg ni sorang satu....aww~ confirm hilang!! Hahahaha okay bye! 

P/s: entry pasal family outing, tapi xde langsung gambar satu family bersama bakal menantu ek? Hahah~

7 comments:

Mommy Cici said...

mak aih mahalnya cap tu -,- kalau pencinta tegar mesti pejam mata je beli kan? tapi kan babe, ada benda yang kita pakai mahal macam mana pun orang taktahu tu mahal. >,<

ehemm . counting days lagi berapa hari babe ?

btw sonoknya dah resign T_T so buat freelance je lah kat umah ye

Julia Johari said...

seronok berjalan...mcm2 jumpa ye hihihi

anajingga said...

hye Lynn, menghitung hari dah ye :) banyak tempat2 menarik di JB sekarang ni kan :)

ct cheery said...

Cute lah if pakai beg tu g honeymoon hikhik

eima said...

dah dekat2 ni ..... kena jrg2 jumpa dah .....baru lebih berdebar ... hahahaha

D Orange said...

Hi Lynn.. jgn lupa jemput di Fb DeGraf nanti <3

Raz said...

aku sbg org johor rasa sedih sbb semua tmpt ni aku x pernah gi sob3